Plaza Seni, Johor Bahru. Apa yang menarik ada di Plaza Seni? Gadis-gadis hot bersantai indah? Mamat-mamat shuffle menari ketam? Semua persoalan diatas jawapannya TIDAK. Terletak di tengah-tengah pusat Bandar Johor Bahru, Plaza Seni adalah sebuah pusat perniagaan (dalam bahasa omputih Shopping Complex) yang kurang berjaya menarik minat pemuda-pemudi untuk mencuci mata melihat gadis-gadis hot berpeleseran. Terdapat beberapa buah kedai yang menjual ubat-ubatan tradisional (yang diluluskan kerajaan), menjual kain-kain, pusat urut tradisional serta kedai menggunting rambut. Memang kurang daya penarik di sini.
Tetapi, disebalik ketidak'best'an Plaza Seni ini, terdapat sebuah kedai yang berjaya menarik minat pemuda-pemudi untuk datang ke sini. Rebirth Concept Store yang dimiliki oleh Matt (nama sebenar adalah rahsia) telah berjaya menarik perhatian aku untuk datang membeli-belah serta melepak di sini. Rebirth Concept Store ini adalah sebuah kedai yang menjual pakaian-pakaian (baju, seluar, topi, kasut dan beg) terpakai dan juga CD dari band-band indie/hc tempatan dan juga oversea. Atau lebih mudah dikenali dalam bahasa pasar “kedai bundle”.
Masuk sahaja di kedai ini, anda akan disambut dengan senyuman manis pekerja yang menjaga kedai ini iaitu Cik Syikin (Perhatian: Dia ni dah berpunya!). Terus anda akan terasa selesa untuk membelek-belek barangan di kedai ini. Bukan macam sesetengah kedai/butik di pusat perniagaan yang lain, kerek semacam je dia punya pelayan. (Ingat aku takde duit ke nak beli barang kat kedai kau? Kau baru staff dah buat muka kerek! Ciss!)
Apa yang menariknya di sini, barangan yang terdapat di kedai ini kebanyakkannya memenuhi citarasa peminat barangan bundle. Pakaian yang dijual terdiri daripada pakaian lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak. Kualiti pakaian yang tinggi serta mengikuti perkembangan trend waktu kini. Kalau nak cari t-shirt band pun banyak di kedai ini. Ada yang baru dan juga terpakai. So kepada pengumpul baju-baju band yang ‘rare’, boleh juga datang ke kedai ini.
Suasana menarik di dalam Rebirth Concept Store..





Turut terdapat dikedai ini adalah beberapa koleksi barangan (mainan, kasut, baju dan topi) yang pada aku sangat ‘rare’ hanya untuk display sahaja. Setahu aku, pemilik kedai ini suka mengumpul barangan yang ‘rare’ dan ‘vintage’ yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Anda semua boleh melihat barangan-barangan tersebut di susun di atas rak yang terdapat di belakang counter cashier di kedai ini. Jikalau anda benar-benar berminat untuk memiliki barangan tersebut eloklah jika anda membodek tuan punya kedai serta menawarkan dengan harga yang cukup tinggi. Ciss.. HA HA!
Antara koleksi barangan yang ada di Rebirth Concept Store yang telah membuat aku jeles..






Antara anak-anak liar yang suka melepak di Rebirth Concept Store (Perhatian: jejaka berbaju merah bertopi adalah tokey kedai!)..
Beberapa fakta menarik tentang Rebirth Concept Store:
* Pemilik kedai ini mempunyai beberapa rangkaian kedai yang lain di daerah JB.
* Mempunyai koleksi barangan ‘vintage’ dan ‘rare’ yang boleh membuatkan pengunjung berasa cemburu serta mahu memilikinya. (Mat, aku nak topi komunis tu!!)
* Rajinkan diri anda untuk berkunjung ke kedai ini kerana barangan selalu di update.
* Pemilik kedai ini memiliki koleksi piring hitam dari band-band era 80-an seperti Blondie, Pink Floyd, The Beatles, Led Zeppelin, Black Sabbath dan banyak lagi. Ada turntable dan boleh dimainkan.
* Apa yang menariknya, harga barangan di kedai ini boleh dirunding! Bodek je Matt ni.. HA HA..
* Rebirth Concept Store ini biasanya dikenali sebagai BUNDLE MATT @ TOPMAT oleh anak muda di JB.
* Rebirth Concept Store ini selalu menjadi port lepak budak-budak band indie/ug JB dan KL. Boy Novelea suke lepak kedai ni.
* Di kedai ini boleh merokok. Yeay! Ash tray disediakan.
* Tokey kedai ini sangat pemalu dengan lensa kamera.
Alamat: F13, Bangunan Plaza Seni, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor.
Hubungi: 017-744 6944 (Matt – tokey kedai)
www.myspace.com/rbth
Waktu: 11.00 am – 9.30 pm
Jenis perniagaan: Concept store pakaian baru dan terpakai (vintage/retro, CDs)
Harga: RM 10 hingga RM 200 (boleh dirunding)
(Picture credit to Intan Shahnaz & Wandi)
Rating – 3.5