Wednesday, September 10, 2008

Selsema biasa..BUKAN selsema burung!

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan. Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah:
  • sakit tekak
  • sakit kepala dan sakit badan
  • mata berair
  • demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • batuk, selalunya tanpa kahak
Rawatan
Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan
air yang banyak.
*****
Hari ini...

Apa yang aku dapat:
  • Bersin hampir 10 kali berturut-turut
  • Lubang hidung belah kanan, hingus meleleh tanpa henti
  • Lubang hidung belah kiri, tersumbat
  • Sakit kepala
  • Mata berair
  • Hati panas!!
Demm.. Dah la bulan puasa. Nak korek lebih-lebih hidung ni takut batal pula puasa ni! Siapa ada petua yang boleh menghilangkan selsema dalam masa 1 jam, sila bagitau aku. Ganjarannya; pahala di bulan Ramadhan!

14 comments:

Man The 9th said...

Itu simptom keputusan bekalan or 'witdrawal symptom'...da bape lame ko x isap rokok..?

Si Jambi Darat said...

hahaha..siot je man..
setiap hari 12 jam la aku x hisap rokok (dlm bulan ramadhan!)
hahahaha

miss daimen said...

dak selsema burung..
tu la byk sgt isap rokok..
minum air masak kurang..
degil sgt..
hehehehe..

Si Jambi Darat said...

miss daimen..
air kat pt raja ni kotor..
kena beli air mineral je..
xmampu saye..hahahaha

miss daimen said...

tu sume alasan la jambi..
pic tu sj je nk tunjuk sapu tgn burberry kn..
geli jek..

Si Jambi Darat said...

miss daimen..
mana ada nak tunjuk..
kalo nak menunjuk dah tunjuk logo dia dah..
hahahaha

apek terror said...

gua ade ubat rahsia turun temurun...

Si Jambi Darat said...

bagitau la apek!!
dpt pahala tau walaupun ko tak puasa..hahahaha

.farah. said...

gua sumbat idong lu dgn daun sireh mao?

Rambo said...

gua ada gua ada.

lu selam sekali pala lu dalam air panas menggelegak. amacam?

Si Jambi Darat said...

To farah dan rambo..
Tahniah..Pahala di bulan ramadhan menanti anda!!hahahaha

l.i.f.e said...

get well soon

Si Jambi Darat said...

thanx a lot life..
da beransur pulih..
hati pun xpanas lagi..
hahaha

aedy said...

Itu smua ptanda gjala rsdung. Rsdung ni brupa lendir mengandungi kuman yg melekat di bwh prmukaan kulit (daging). Mmg susah nk buang. Tp, ada caranya. Hang disarankan spya prihatin skit, ambk brat. Utk info lanjut:

hapuskan resdung