Friday, February 26, 2010

Hobi baru aku!

Mengumpul baju-baju 'buruk' yang mempunyai nilai tinggi! Syiookk!! Boleh buat duit dan menghabiskan duit. So, tunggu la next entry aku akan ceritakan serba sedikit pasal baju-baju 'buruk' ni eh.

Senang-senang, jenguk la blog ni. Ada jual sikit baju-baju 'buruk'. Harga boleh runding punya!

Bintang kecik - Tidur berselimutkan baju-baju 'buruk' memang lena!

Wednesday, February 3, 2010

Deepset! Mono!









30th January 2010. Deepset + Mono. 1 words = AWESOME!!

Tuesday, February 2, 2010

Mana lagi menawan?

ATAU
ATAU

Bagi la pendapat korang. Agak-agak mana yang paling style? Hehe..

Bintang kecik - Apa barang supra? Agas boleh la!hehe.. Kepada brader Mata Kucing, sila hubungi saya di talian 017-7271500. Terdesak ni..hehe

Wednesday, January 20, 2010

Entri bulan sepuluh dua ribu sembilan!





Dah lama aku tak update blog ni. Aik sibuk berniaga je kan? Hehe.. So ni aku nak upload beberapa keping gambar masa bulan 10 lalu di mana anak buah aku yang pertama pulang bercuti di Malaysia. Time ni first time aku jumpa si kenit Sarah ni. Memang selamba si kenit ni. Tak takut orang langsung. Sama macam uncle ngah dia. Hehe.. Ye la, birthday pun sama tarikh dengan aku kan.. Time ni dapat juga aku sambut birthday dengan makan kek. Terima kasih buat kekasih hati yang belanja kek. Hehe..
Oh ya.. maybe lepas ni aku akan rajin menulis semula kat blog ni. Tapi tak boleh lantang-lantang sangat. Nanti kena tangkap! Hehe.. So tunggu je la eh. Aku bukan penulis yang baik pun..

Tuesday, September 29, 2009

Entri ni agak jiwang jugak!

Akhirnya, pada 13hb Ogos yang lalu aku telah berjaya memiliki sehelai t-shirt The Police tahun 1983 (Sorry, lambat update!). Aku ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga buat kekasih hati, Intan Shahnaz kerana menghadiahkan aku t-shirt ni. Memang aku idam-idamkan t-shirt ni dan akhirnya aku berjaya memiliki t-shirt ni. Terima kasih buat Mat Rebirth sebab reservedkan aku baju ni! Rebirth ada banyak baju band vintage. Senang-senang datang la. Korang sergah je Mat, tanya dia mana dia simpan baju-baju vintage ni! hehe..
Buat kekasih hati, terima kasih sekali lagi sebab memahami kehendak dan minat saya. Hehe.. Bertuah badan. Saya sayang kamu Intan Shahnaz! Ohh ya..tahniah buat kamu sebab berjaya mendapatkan pekerjaan di UTM. All the best to you sayang!


Bintang kecik - Agak-agak, besday nanti dapat baju band lagi tak? Hehehe..

Boleh percaya ke apa yang kita baca? Part 1




Sekarang ni aku tengah confuse. Masa aku belajar geografi dulu, Eiffel Tower ni terletak di Perancis. Tapi dalam Harian Metro, dorang yang sengal ni cakap kat Italy pulak! Aishh.. boleh percaya ke ni? Ke Perancis ni di bawah jajahan Itali? Ke selama ni aku kena tipu yang Eiffel Tower ni sebetolnya terletak di Italy? Ke yang memang sengal adalah penulis tersebut (Shakilawati Abd Rahman - bukan nama sebenar!)?
Kadang-kadang, kita tak boleh percaya dengan apa yang kita baca. Lagi-lagi kat Harian Metro!

Tuesday, September 15, 2009

JOJO..hamster aku!

Tak sangka, ramai juga yang bagi nama pelik-pelik untuk hamster aku ni. Hehe.. Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus dan berusaha untuk memberikan nama yang paling comel. Sekarang aku senaraikan nama-nama tu:
  1. KID / SENDOH oleh Xam
  2. HENRY ROLLIN oleh Fahmi Embrace
  3. JONI ROTTEN oleh Jamshid Muor76
  4. RAMADHAN AL-MUBARAK oleh Apek
  5. ZOOEY DESCHANEL oleh Caon
  6. RAFIQUE oleh Abang Mat Tora
  7. SID VICIOUS oleh Wewet
  8. ADNAN oleh Rajuna
  9. CHEKODOK oleh Cik Cha
  10. COKI oleh Leng
  11. BJORK / HARON oleh Meor Lusuhone
  12. HOWDI oleh Rambo
  13. JANTAN oleh I-Sya
Fuh..menarik! Tapi aku nak minta maaf sebab tak dapat pilih antara nama-nama yang telah diberikan la. Last-last, aku dan kekasih hati telah sepakat nak bagi nama JOJO kat hamster aku ni. Nanti yang betina aku bagi la nama JIJIE plak. Hehe..
So, seperti yang dijanjikan iaitu sehelai baju band untuk nama yang terpilih terpaksa la aku batalkan. Tetapi ada berita baik. Kepada semua yang telah bekerja keras bagi nama-nama yang aku senarai kan tu, aku bagi DISKAUN hebat kalau korang beli barang kat blogshop aku! So check blogshop aku. Klik sini!

Jojo dengan aksi tido dia yang tak boleh blah!