Showing posts with label Santai... Show all posts
Showing posts with label Santai... Show all posts

Saturday, July 24, 2010

Satu lagi kejayaan dalam hidup aku!

1.27 am
Berbekalkan kekuatan metal. Kekuatan fizikal. Keazaman yang tinggi. Sokongan moral dari kawan-kawan. Rokok.

Harini aku mencipta sejarah dalam hidup aku. Aku tutup berniaga jam 2.00 am. Tahniah Endy!

Bintang kecik - Aku terharu dengan kejayaan ini!

Friday, February 26, 2010

Hobi baru aku!

Mengumpul baju-baju 'buruk' yang mempunyai nilai tinggi! Syiookk!! Boleh buat duit dan menghabiskan duit. So, tunggu la next entry aku akan ceritakan serba sedikit pasal baju-baju 'buruk' ni eh.

Senang-senang, jenguk la blog ni. Ada jual sikit baju-baju 'buruk'. Harga boleh runding punya!

Bintang kecik - Tidur berselimutkan baju-baju 'buruk' memang lena!

Tuesday, September 15, 2009

JOJO..hamster aku!

Tak sangka, ramai juga yang bagi nama pelik-pelik untuk hamster aku ni. Hehe.. Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus dan berusaha untuk memberikan nama yang paling comel. Sekarang aku senaraikan nama-nama tu:
  1. KID / SENDOH oleh Xam
  2. HENRY ROLLIN oleh Fahmi Embrace
  3. JONI ROTTEN oleh Jamshid Muor76
  4. RAMADHAN AL-MUBARAK oleh Apek
  5. ZOOEY DESCHANEL oleh Caon
  6. RAFIQUE oleh Abang Mat Tora
  7. SID VICIOUS oleh Wewet
  8. ADNAN oleh Rajuna
  9. CHEKODOK oleh Cik Cha
  10. COKI oleh Leng
  11. BJORK / HARON oleh Meor Lusuhone
  12. HOWDI oleh Rambo
  13. JANTAN oleh I-Sya
Fuh..menarik! Tapi aku nak minta maaf sebab tak dapat pilih antara nama-nama yang telah diberikan la. Last-last, aku dan kekasih hati telah sepakat nak bagi nama JOJO kat hamster aku ni. Nanti yang betina aku bagi la nama JIJIE plak. Hehe..
So, seperti yang dijanjikan iaitu sehelai baju band untuk nama yang terpilih terpaksa la aku batalkan. Tetapi ada berita baik. Kepada semua yang telah bekerja keras bagi nama-nama yang aku senarai kan tu, aku bagi DISKAUN hebat kalau korang beli barang kat blogshop aku! So check blogshop aku. Klik sini!

Jojo dengan aksi tido dia yang tak boleh blah!

Wednesday, August 5, 2009

Johor: Syurga makanan?

Lapar kan? Patut la aku susah nak diet!!

Wednesday, June 10, 2009

Jujur amalan mulia..

Aku suka dengan peniaga-peniaga yang jujur. Bukan macam sesetengah peniaga yang selalu menipu ni. Cuba amalkan sikap macam pemilik kedai di atas ni! Kan best tu..

Wednesday, April 29, 2009

Hujung minggu: Mari berpoya-poya!

Jumaat. Aku baru tiba dari Batu Pahat. Tiba-tiba mak aku panggil aku suruh tengok dalam longkang belakang rumah. Ada seekor labi-labi. Comel tapi aku kesian sebab cengkerang dia dah rosak. Ada kesan retak dan tertanggal. Aku tak tau la apa nasib labi-labi tu. Siapa tuan dia pun aku tak tau. Yang aku tau, mak aku cakap labi-labi tu dah lama ada kat dalam longkang belakang. Kadang-kadang mak aku bagi makan sayur dan buah-buahan. Aku nak bela labi-labi tu tapi aku dah ada perancangan nak bela hamster. Kesian labi-labi tu.

Sabtu. Hari untuk menyelam dan berniaga di Bazar JB. Minggu ni hanya aku dan Mat je yang berniaga. Kekasih hati tak dapat berniaga sebab dia ada exam pada hari ahad. Katanya nak study. Takpe la. Minggu ni agak hambar sebab pelanggan kurang. Habuan ada tapi berkurangan la. Cukup la untuk buat belanja makan dan duit minyak kereta. Malam tu best sebab aku jumpa satu benda yang pada aku penuh nostalgia. Botol air Milo. Bila ternampak botol ni tiba-tiba teringat masa aku darjah 1. Dah 21 tahun. Masa tu botol air ni kira trend la kat sekolah rendah aku. Kebanyakan budak-budak sekolah mesti nak ada botol air ni. Padahal time tu free je botol air ni bila beli Milo tin besar. Masa aku darjah 1, aku dah pakai botol air ni. Cukup bergaya la sebab botol air ni ada penyangkut di pingggang. Aku pun sangkut kat pinggang. Cool weh.. Ada 1 hari ni botol air aku ni tertinggal kat sekolah. Balik rumah baru aku tersedar. Mak aku tanya mana botol air aku. Aku pun cakap yang botol air ni tertinggal kat sekolah. Apa lagi, kena hambat la dengan mak aku. Kena pergi sekolah semula cari botol air yang tertinggal ni. Dah la sekolah petang. Dekat nak maghrib aku pergi sekolah sambil menangis. Hehe..
Terima kasih la kat akak yang berniaga sebelah aku malam tu. Dia jual botol air ni dengan harga RM1 je. Gile best! Memang menjadi koleksi peribadi aku la.. Siapa yang berminat nak memiliki botol air ni sila tawarkan dengan harga yang berpatutan eh. Hehehe.. Wakluu!

Ahad. Aku dan kekasih hati mengambil keputusan untuk ke Kulai. Kedai barangan terpakai. Kami memang suka pergi ke kedai macam ni sebab banyak barang yang rare. Target utama nak cari CD dan mainan rare. So hasilnya sangat memberansangkan. Maybe ada diantara kamu yang rasa benda ni tak rare, tapi pada aku rare sebab aku takde mainan ni. hehe.. Patung kayu tu comel. Hand-color. Aku tak tau la mainan ni dibuat pada tahun berapa sebab takde copyright. Mainan Mr. Pop tu pulak aku suka sebab packaging dia macam old-school. Gambar yang tertera pada kotak dia pun style-style 80an punya. Vintage la konon. Hehe.. Last sekali patung Campbell's. Aku suka sebab patung tu diperbuat daripada kayu. Datang dengan packaging yeng menarik. Kepada peminat Andy Warhol, korang memang perlu memiliki patung ni!

Sampai di JB, perut sangat lapar. Kekasih hati bagi cadangan makan steamboat di Dataran JB. Dah lama kami tak ke sana. Di Dataran ni, para peniaga menggunakan Luton Van. Kebanyakkannya menjual steamboat. Ada segelintir yang menjual tauhu bakar, mi bakso, nasi goreng dan mi goreng. So, aku mengambil keputusan untuk memesan Mi Bakso. Sedap. Aku biasa makan di van bernombor G19. Mi bakso dia sedap. Kalau sesiapa yang datang ke JB harus singgah di sini.

Hujung minggu ni sempat juga aku pergi menyelam bersama beberapa orang Dewa. Hehe.. Hasilnya tak lah semeriah minggu lepas tetapi aku sangat berpuas hati.

Hasilnya;
  • The Cure 'Prayer Tour 1989' t-shirt
  • The Cure 'The Show' t-shirt
  • The Cramps t-shirt
  • Misfits t-shirt
  • The Grateful Dead t-shirt
  • Tokyo Ska Paradise Ochestra t-shirt
  • Paul Smith t-shirt
  • Barbara Kruger t-shirt
  • Vintage t-shirt
Bintang kecik - Syukur Alhamdulillah..

Wednesday, April 22, 2009

Hujung minggu: Menyelam!!

Hari Khamis malam. Kebiasaannya pasangan suami isteri akan pulang awal dan 'tido' awal pada malam Jumaat macam ni. Tapi kami yang masih bujang dan kacak bergaya ni menggunakan waktu ini untuk beriadah mengeluarkan peluh serta membuang lemak-lemak di badan dengan barmain futsal. Team aku; HQ 0110! Lawan budak-budak Saujana, JB. Walaupun kitorang ni kaki bangku tapi kami memenangi perlawanan persahabatan ni. Macam nak pitam. Dah lama sangat tak main futsal. hehe..
Bintang kecik - Aku score 2 je. Berat badan turun 5 kilo! (Aku tipu)

Hari Jumaat malam. Sebelum berniaga di Bazar JB, sempat juga aku, kekasih hati dan Matt pergi menjeling Junk Sale yang dianjurkan oleh Thats Cafe. Bertempat di area Jalan Dhoby, memang best. Aku suka tengok display barangan jualan mereka. Sangat kreatif dan menarik perhatian nak berbelanja. Kerugian aku pada malam tu RM30. Tapi dapat barang yang puas hati!

Hari Sabtu. Menyelam. Tapi sebelum tu sempat juga aku menemani kekasih hati menempah baju kurung. Tapi hati dah meronta-ronta tak sabar. Hehe.. Selaman bermula dari pukul 5.30 petang bersama kekasih hati ditemani oleh Mat dan rakan-rakan. Fuh.. hasil sangat memberansangkan. Gila puas hati! Sebelah malam kami berniaga seperti biasa di Bazar JB. Pulangannya juga boleh dikatakan lumayan. Lepas la untuk buat belanja menyelam. Hehe.. Habis berniaga jam 12.30 tengah malam, aku, kekasih hati, mat dan Akmal pergi menyelam di lubuk rahsia. Hehe.. Korang boleh tengok gambar-gambar diatas betapa kemaruknya kitorang menyelam beg dan baju-baju. Kerja-kerja selaman berakhir jam 4 pagi. Gila!
Bintang kecik - Dapat juga aku merasa pakai baju Iron Maiden 1988!

Gambar di bawah ni lah hasil-hasil selaman aku pada hujung minggu lalu. Tak larat aku nak menaip semua hasil-hasil selaman aku. Korang tengok la apa yang tersorok kat dalam tu eh. Semoga berjaya!

Tuesday, April 14, 2009

Hujung minggu: Berniaga dan pergi gig!

Hurrmm.. aku malas nak menaip panjang-panjang untuk entri kali ni. Tengok je la gambar-gambar yang aku snap guna henpon canggih aku ni eh.

Hari Sabtu. Berniaga di Bazar JB. Dah 3 minggu tak niaga. Kali ni aku dan kekasih hati je yang berniaga. Mat malas. Mula berniaga jam 8.30 malam disebabkan hujan pada waktu petang tu. Aku ada menjual mainan yang paling aku suke time kecik-kecik dulu. Bird Glidder. Ada yang jenis kapal terbang punya tapi susah betol nak jumpa sekarang ni. Siapa yang tak main mainan ni masa kecik memang rugi. Budak-budak sekarang dah tak main semua ni. Semua yang ada remote punya. Tak mencabar langsung. Patut la budak-budak sekarang lembik je aku tengok. Hehe.. Hasil malam tu boleh dikatakan memuaskan hati. Jumaat dan Sabtu ni aku return lagi!

Hari Ahad. Pergi gig di U Mall, JB. Ditemani oleh kekasih hati. So, aku buka booth jual CD. Kawan-kawan dari band Pesawat minta tolong jualkan baju dan sticker dorang. Upah; baju 2 helai. Hehe.. Gig yang agak menarik, bermacam-macam genre music. Tapi penat sebab banyak sangat band. Band yang berjaya menawan hati aku ialah 2nd Combat, Fricky Tricky Tone, Conflict Prankster dan Pesawat. Ada beberapa band yang bagus tapi aku lupa nama band tu.

Sempat pergi menyelam. Tapi hasil tak beberapa menarik.

Hasilnya;
  • Back Pack Jansport
  • Agnes B v-neck t-shirt
  • Andy Warhol t-shirt (untuk dijual)
  • Grateful Dead t-shirt
  • Nick Cave & The Bad Seed t-shirt
  • Jimmy Eat World t-shirt
Bintang kecik - Duit semakin susut!