Tuesday, April 14, 2009

Hujung minggu: Berniaga dan pergi gig!

Hurrmm.. aku malas nak menaip panjang-panjang untuk entri kali ni. Tengok je la gambar-gambar yang aku snap guna henpon canggih aku ni eh.

Hari Sabtu. Berniaga di Bazar JB. Dah 3 minggu tak niaga. Kali ni aku dan kekasih hati je yang berniaga. Mat malas. Mula berniaga jam 8.30 malam disebabkan hujan pada waktu petang tu. Aku ada menjual mainan yang paling aku suke time kecik-kecik dulu. Bird Glidder. Ada yang jenis kapal terbang punya tapi susah betol nak jumpa sekarang ni. Siapa yang tak main mainan ni masa kecik memang rugi. Budak-budak sekarang dah tak main semua ni. Semua yang ada remote punya. Tak mencabar langsung. Patut la budak-budak sekarang lembik je aku tengok. Hehe.. Hasil malam tu boleh dikatakan memuaskan hati. Jumaat dan Sabtu ni aku return lagi!

Hari Ahad. Pergi gig di U Mall, JB. Ditemani oleh kekasih hati. So, aku buka booth jual CD. Kawan-kawan dari band Pesawat minta tolong jualkan baju dan sticker dorang. Upah; baju 2 helai. Hehe.. Gig yang agak menarik, bermacam-macam genre music. Tapi penat sebab banyak sangat band. Band yang berjaya menawan hati aku ialah 2nd Combat, Fricky Tricky Tone, Conflict Prankster dan Pesawat. Ada beberapa band yang bagus tapi aku lupa nama band tu.

Sempat pergi menyelam. Tapi hasil tak beberapa menarik.

Hasilnya;
  • Back Pack Jansport
  • Agnes B v-neck t-shirt
  • Andy Warhol t-shirt (untuk dijual)
  • Grateful Dead t-shirt
  • Nick Cave & The Bad Seed t-shirt
  • Jimmy Eat World t-shirt
Bintang kecik - Duit semakin susut!

9 comments:

Anonymous said...

rugi tak g la. ada pesawat

tee dia berapa hengget???

Si Jambi Darat said...

qarma - hehe..x rugi sgt pun..aku tunggu gig burgerkill ni.hehehe.. tee dorang rm30 beb

Evagurl said...

good job!! hehe

.miss daimen. said...

minggu depan kite berniaga lg eh syg..seronok!!!

Si Jambi Darat said...

pod - thanx bro..

miss daimen - sudah semestinya syg..mari mencari duit!hehe

iyan said...

lu nk yg kapal terbang?
gua ade jumpe ari tuh...
satu rm 1.50...
tp kat sini la...

Si Jambi Darat said...

iyan - aku dah ada g kapal terbang.beli kat melaka..satu rm1.hehe..kat JB xde jual dah..

bacteria said...

duh.. nampak sgt aku nih workaholic.. satu hape gig kat jb pon x hapdet..

u mall 2 kat mana? hoh!

Si Jambi Darat said...

zamie - hehehe..bahye ko ni! U Mall kat tmn u..atas sket jusco..kat Giant tu.