Tuesday, April 7, 2009

Hujung minggu: Pesta kenduri kahwin!

Hujung minggu lalu memang pesta kawen-kawen. Perut aku pada hari Sabtu dan Ahad lalu penuh di isi dengan nasi beryani. Aku kurang minat sikit dengan nasi beryani ni, tapi apakan daya tu je lah juadah yang ada time kawen-kawen ni. Belasah je la. Hari Sabtu lalu merupakan hari persandingan kawan aku dari sekolah menengah. Dari form 1 sampai form 5. Majlis diadakan di rumah kawan aku iaitu Lockman Ariff di Nongchik, JB. Aku sampai pada pukul 2 petang. Sampai di sana, pengantin belum sampai lagi. So, aku dan kekasih hati pergi melantak dulu. Hari mendung. Menunjukkan tanda-tanda nak hujan. Jam 2.30 petang, penganti lelaki dan perempuan pun sampai. Habis je berarak, hujan pun turun. Timing memang cantik. Cuma kesian kat tetamu yang datang je la. Yang bestnya majlis ni, aku dapat jumpa kawan-kawan sekolah aku macam Taja, Tifla, Parjo, Loloq, Aji Kolam, Gemoq dan ramai lagi. Ada yang tak sempat nak jumpa gak. Semua badan dah jadi macam aku Ada juga yang semakin kurus. Hehe.. Jam 3.30 petang aku dan kekasih hati mengambil keputusan untuk beredar. Nak pergi menyelam! Hehe..

Hari Ahad pula ada jemputan di kampung aku di Rengit. Kali ni pakcik sedara aku punya majlis. Memandangkan majlis diadakan di Rengit, aku dan kekasih hati mengambil keputusan untuk gerak awal ke sana. Nak singgah di pasar pagi di Batu Pahat. Target; menyelam dan cari barang 2nd hand. Kami bertolak dari JB pada pukul 5.30 pagi. Berbekalkan tido hanya 2 jam, aku gagahkan juga driving untuk sampai ke sana. Miss Daimen hanya bertahan separuh jalan. Pastu dia bantai tidur dari Air Hitam sampai ke Batu Pahat. Gagah juga aku ni. Haha.. kami tiba di lokasi pasar pagi pada pukul 6.45 pagi. Keadaan masih gelap. Tapi aku tengok ramai orang dah menyelam. Aku cuba selit-selit gak tapi kecewa. Aku memang kurang sikit kalau ramai-ramai menyelam. Kurang selesa. So, aku suruh kekasih hati gi menyelam barang barang perempuan je. Aku pun tengok-tengok juga barang-barang 2nd hand. hasil pada pagi ni kurang memuaskan hati. Hanya sehelai baju je yang diperolehi. Lebih kurang jam 8.30 pagi kami mengambil keputusan untuk beredar dan terus bergerak ke kampung aku, Jambi Darat.

Majlis di rumah pakcik sedara aku ni mula awal. Sebab pengantin perempuan keluarganya dari Jengka. So, diorang nak gerak awal. Majlis persandingan diadakan pada pukul 12.30 tengahari. Time ni hujan lebat pula. Kesian aku tangok pengantin berarak sambil basah kuyup. Mungkin pawang tak hebat kot. Takpun takde orang baling seluar dalam atas bumbung rumah. Hehe.. Time ni aku dah memang lemau. Kepala aku nak tido je ni. Tapi aku melantak 2 round nasi beryani. Aku belasah lauk pengantin. Siakap 3 rasa, paru lembu masak rendang, sambal udang dan banyak lagi! Meriah dan tak malu. Peduli apa aku. Sedara aku tu. hehe.. Tepat jam 3 petang, aku dan kekasih hati mengambil keputusan untuk beredar pulang ke JB. Parent aku stay lagi di rumah sedara aku tu. Tapi aku dah tak larat. So, aku gerak dulu.

Perjalanan pulang ke JB waktu tu hujan renyai-renyai. Aku dah mamai time ni. Tapi sempat juga aku ambil gambar permandangan kawasan kampung di area Bukit Batu, Sedenak. Macam Texas wa cakap lu. Tapi jalan tak rata. Tak boleh pecut. Paling laju aku berani bawak 60km/j walaupun aku tau top speed kereta aku 160km/j. Sampai di hentian Kulai, aku mengambil keputusan nak lelapkan mata. Macam ada gam kat mata aku ni. Aku lena selama 30 minit tu pun setelah kekasih hati kejutkan aku. Parent dia dah tunggu kat Jusco Taman Universiti. Nak ajak pergi makan lagi. Kami tiba di JB pada jam 5 petang. Pergi makan di Restoran Johnnys, Jusco Taman U. Aku dah full cuma jamah sikit je. Selesai makan, aku pun kena hantar kekasih hati pulang ke UTM.
Aku selamat tiba di rumah jam 7 petang. Apa lagi, aku sambung tidur sampai jam 12 tengah malam. Menarik kan? Hujung minggu, penuh dengan makan. Tapi aku sempat juga menyelam dengan kekasih hati.

Hasilnya;
  • Soulfly US tour t-shirt
  • U2 Elevation 2001 tout t-shirt
  • Johnny Cash t-shirt
  • Saves The Day t-shirt
  • Sugarcult t-shirt
  • Victim t-shirt
  • Set Your Goals t-shirt
  • Hello Goodbye t-shirt
  • 45RPM t-shirt
  • Doves t-shirt
Minggu ni dapat banyak baju band je. Takde yang rare pun. Huhu..

Bintang kecik - Tahniah diucapkan kepada Lockman Ariff dan Hairul di atas persandingan kamu. Jangan tanya aku bila nak kawen. Lempang nak?

15 comments:

.miss daimen. said...

baju MNG RM5 je ok..
hahaha..
pergh jgn kwn u je tny bile nak kawen, mak siap tny i nak wat majlis kat mn lg tau..
huhuhu..

Si Jambi Darat said...

miss daime - ada gak mak kena lempang ni..hahahaha!gurau je mak!

muor76 said...

makan... makan sampai muntah... hehehehe

Qarmadharma said...

kata xda brg??????

Si Jambi Darat said...

muor76 - uih..bahye kalo muntah..aku mmg fobia dengan muntah..hehehe

Qarma - aku dpt soulfly je kat pasar pagi..yg len semua kat JB..hehe

.miss daimen. said...

xbaiklah wat camtu kat mak..
bilang mak!!!

lengcipan said...

tak helo2 pun nak gi jambi..

emotion device said...

Tu ko pergi kenduri kawin boy loco ke?.. perhh.. hebat.. ko bile andy?.. bisness dah maju.. ahak!

bacteria said...

bila nak bukak kedai ni.. hehe.. jeles-jeles..

Si Jambi Darat said...

miss daimen - saje je la gurau.

leng - ala,aku balik kg jap je..xtido sana pun.

ed - wahh..ed dah ada blog!!hhehe..aku lambat lagi..perniagaan kecil2an je..hehe

zamie - ukak kat bazar JB je la..modal xde.hahah

emotion device said...

dah lama la geng blog ni.. cuma tak sehardcore ko.. aku mana larat nak tulis banyak2.. time2 tertentu boleh la menulis blog.. tu pun semua dalam alam bawah sedar.. ahak!

Si Jambi Darat said...

ed - hahaha..mana ada hardcore.aku 'indie2' je menulis blog ni..hahaha!

podshop said...

endy ko bile? haha...
lempang2... kt punggung bley? aauuwwww!!!!! =P

Si Jambi Darat said...

pod - meh sini bontot ko! biar berbekas sket..hahaha

.miss daimen. said...

wah men2 bontot eh..
bahaya betol la..