Wednesday, April 1, 2009

Hujung minggu lalu: Aku, mak aku, adik angkat aku dan si dia..

Hujung minggu lalu adalah hari bersama mak aku. Dah lama aku tak keluar dengan parents aku. So, beberapa minggu yang lalu, mak aku dan booked aku untuk bawak dia pergi shopping kain di sekitar JB. Turut dijemput sama adalah adik angkat aku, Maheera dan juga kekasih hati aku. Tujuan utama adalah nak membeli kain untuk membuat baju kurung sempana majlis perkahwinan sepupu aku. Diulangi; perkahwinan sepupu aku, bukan aku! Warna tema perkahwinan dia, lilac. Sumpah aku tak tau lilac ni warna dia camne. Tapi tak bermaksud aku ni buta warna macam Wandi Novelea eh. Aku rasa perempuan memang arif tentang nama warna-warna pelik ni kan?
Memandangkan mak aku nak tengok siaran ulangan Akademi Fantasia dulu, kami memulakan perjalanan pada pukul 2.30 petang. Lokasi pertama adalah Nagoya Textile di Giant Plentong. Pilihan kain-kain berwarna lilac memang kurang. Dah buntu juga time tu. Tapi akhirnya, mak aku berjaya membeli sepasang kain untuk Maheera. Budak kecik tak cerewet. Dia belasah je pakai design apa-apa. So, target untuk Maheera dah lepas. Aku memang fail dalam bidang mencari kain ni.
So, setelah selesai di Nagoya, mak aku pun bercadang untuk ke Gulati's Silk House di Plaza Angsana (Sorry, gambar pintu utama kedai lupa snap). Time ni aku tengok, mak aku dan kekasih hati dah rambang mata. Aku jangan cakap la. Pening terus tengok kain warna-warni. End up, aku dan Maheera lepak di sofa yang ada disediakan di dalam kedai ni. Gila la. Harga untuk 1 meter kain je ada yang mencecah rm300! Mahal betol. Belum masuk upah nak menjahit lagi. Tapi aku akui memang kain kat sini cantik-cantik la. Cuma harga dia macam tak masuk akal la untuk aku. Kalau aku, memang tak beli punya la. Bukan kedekut tapi berjimat. Hasilnya, sepasang kain untuk kekasih hati dan juga kakak kepada Maheera. Memang cantik hasilnya.

So, selepas penat membeli belah di Plaza Angsana, kami mengambil keputusan untuk pergi ke rumah sepupu aku. Nak melawat bini sepupu aku yang baru bersalin. Memang comel si kecik ni. Aku rasa nak cubit2 pipi dia. Geram. Rilek, aku kahwin lambat lagi. Study pun tak habis lagi ni. Duit pun asyik tak cukup je..hehe. Pergh..seharian berjalan penat juga. Pulang ke rumah pada pukul 7.00 petang. Settle!
*****
Ada pantun 4 kerat;
Pergi belajar ke rumah cikgu,
Tutup buku curi mempelam,
Macam biasa hujung minggu,
Rutin aku pergi menyelam!

Hehe.. Macam biasa, aku mesti melabur pada setiap hujung minggu. Hasilnya tak seberapa meriah. Tapi boleh la buat pakai sendiri.
  • T-shirt Keith Haring (untuk mak aku)
  • Hoodie Keith Haring
  • Sweater Supreme
  • T-shirt Andy Warhol 2 helai (mungkin jual!)
  • T-shirt The Distiller
  • T-shirt Flash Gordon
  • T-shirt Weezer (tidak di jual!)
  • Backpack Outdoor (tidak dijual!)
  • Vintage Adidas carrying bag (tidak dijual!)
Bintang kecik - Aku rasa aku dah addict la gi menyelam! Adoi!!

9 comments:

.miss daimen. said...

seronoknye hujung minggu lalu..
next time kite shopping dgn mak lg eh syg..
huhuhu..
saya nak beg OUTDOOR!!!

Si Jambi Darat said...

miss daimen - best kan?hehehe..ada masa lagi kita kuar poye2 ngan mak lagi..hahaha.
beg outdoor?xdpt beb..hahaha

HYKAL said...

endy..

distiller..
brape..

Si Jambi Darat said...

hykal - ko letak la harga..agak2 berpatutan aku tolak la..hehe

.khairi. said...

wow,distillers memang menarik hati..

Si Jambi Darat said...

khairi - kalo berminat,give me your best price..hehe...

muhd amirull said...

boss,
flash gordon size apa ya?

aku rare skang on9,
sms aku je sng k boss

we talk business
hehhe

017-2581285

;)

podshop said...

adidas? =P

Si Jambi Darat said...

pod - ada brani?