Showing posts with label perli. Show all posts
Showing posts with label perli. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Jewish Defense League VS Freshjive..what a loser!



Haha.. nak tergelak aku bila tengok video ni. A bunch of Psycho Moron Jewish buat bantahan kat depan kedai menjual pakaian dari jenama Freshjive sebab Freshjive keluarkan t-shirt yang memaparkan gambar Yasser Arafat. Apa yang lawaknya, JDL ni accuse yang Freshjive support terorrism. Hahaha.. What a loser and narrow minded jewish!

Please guys..buy more Freshjive tee!! Haha

Tuesday, September 29, 2009

Boleh percaya ke apa yang kita baca? Part 1




Sekarang ni aku tengah confuse. Masa aku belajar geografi dulu, Eiffel Tower ni terletak di Perancis. Tapi dalam Harian Metro, dorang yang sengal ni cakap kat Italy pulak! Aishh.. boleh percaya ke ni? Ke Perancis ni di bawah jajahan Itali? Ke selama ni aku kena tipu yang Eiffel Tower ni sebetolnya terletak di Italy? Ke yang memang sengal adalah penulis tersebut (Shakilawati Abd Rahman - bukan nama sebenar!)?
Kadang-kadang, kita tak boleh percaya dengan apa yang kita baca. Lagi-lagi kat Harian Metro!

Friday, August 21, 2009

Anonymous?




Sekadar gambar hiasan!

Wednesday, July 22, 2009

Entri ini menunjukkan aku macam bagus sangat!! Part 1

Okay, camni ceritanya. Dah lama aku pendam. Kali ni aku nak luahkan juga perasaan aku yang terbuku ni. Entri ni nampak macam aku ni bagus sangat je. Tapi aku peduli apa kan? Aku nak listkan perkara-perkara yang aku sangat benci dalam hidup aku sekarang ni. Kita mulakan ye!
  • Orang yang sangat trendy. Dulu bukan main indie. Seluar kaler-kaler. Dah macam pelangi aku tengok. Sekarang ni, hardcore tengah in. Semua dah pakai seluar pendek, kasut New Balance etc. baju hardcore. Yang paling best dah pandai joget hardcore. Rilek-rilek sudaa.. Lagi satu yang konon-konon radikal. Radikal ke radi'COOL'? Ah.. Lu pikir la sendiri!
  • Aku sekarang ni kemaruk menyelam. Satu yang aku paling benci bila kita tengak usha barang kat 1 row ni tiba-tiba ada mamat kancung yang menyelit depan aku! Ciss.. rilek-rilek sudaa.. Tunggu turn la bro! Nasib la siapa yang dapat emas dulu kan? Rezeki namanya kan?
  • Aku cukup sakit hati bila ada customer yang tanya macam-macam pasal barang yang aku jual kat blog aku lepas tu tak jadi beli. Paisey gua! Dah la tanya benda-benda remeh. Aduhai.
  • Lagi teruk kalo yang dah berjanji nak beli. Dah siap minta nombor acc tu, pastu tiba-tiba senyap. Spesis makhluk ni memang aku cukup menyampah. Aku terus black list!
  • Ada yang lagi lawak, SMS aku tanya barang ada ke tak. Bila aku cakap ada, dia pun senyap je. Apa point eh? Nak buang kredit sendiri ke? Lawak-lawak!
  • Orang yang selalu buat muka ketat. Susah ke nak senyum? Bukan kena bayar pun. Kejadian ni selalu berlaku kat bazar tempat aku niaga dengan kekasih hati. Biasanya penggemar muka ketat ni perempuan. Sorry, bukan bersifat sexist tapi kenyataan. Tak percaya sila tanya kekasih hati! Ye la, kalau dah berniaga mesti la kena promote barangan kita jual kan? So, bila kitorang promote sambil pelawa orang yang datang, ada la dua tiga pemuka ketat ni wat muka yang kalo korang tengok pun macam nak lempang. Rilek la kak! Kalau geli dengan barang-barang 2nd ni, tolong la jangan datang bazar. Buat semak la kak!!
  • Orang yang meludah merata-rata. Lagi-lagi kalau aku tengah makan. Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba ada mamat lalu sebelah meja aku, meneran kahak 1 kali dan dengan selambanya meludah! Cipet betol!
  • Orang yang suka backstab. Depan kita punya la baik. Belakang kita mengutuk kaw-kaw! Aku masih berdendam dengan budak Rantai mulut besar ni! Elak kena nyak je kalau kau balik JB. Haha.. "Call me a friend but you stab me in the back.. You pretend we get along.. Its all just an act you always use people to get what you need.. You take advantage of others to satisfy yourself - Friends Like You by Sick Of It All, 1987". Baru hardcore gini!

Akan bersambung..kalau aku rajin! Hehe

Thursday, February 19, 2009

Hujung minggu, aku bantai berniaga je!

Fuhh.. weekend yang lepas memang paling busy buat aku dan kekasih hati. Kitorang belasah berniaga dari hari Jumaat hingga Ahad. Hari Jumaat dan Sabtu kitorang berniaga di Bazar JB menjual barangan-barangan terpakai (pre-loved), terdiri daripada baju, dress, cermin mata, beg dan banyak lagi. Kitorang bergabung tenaga bersama Matt dari Rebirth Concept Store menjual barang-barang tersebut. Sambutan amat menggalakkan. Memang puas hati la berniaga time tu. Dapat ramai kawan baru dikalangan pakcik-pakcik yang berniaga di situ. Diorang pun friendly juga. Cuma yang tak best, tempat kena berebut dengan peniaga lain. First come first serve! Tapi kami bernasib baik kerana beberapa orang peniaga kat situ tolong kitorang cari spot yang baik. So, kalau nak jumpa kitorang, datang la ke Bazar JB setiap hari Jumaat dan Sabtu ye.

Hari Ahad pula, kitorang bercadang nak buka booth menjual air di Pangsapuri Saujana. Ada sambutan Chinggay time tu. Kitorang bergabung tenaga dengan Anep yang menjual burger. Gile penat time ni. Orang tak putus-putus datang. Satu keputusan yang bijak oleh kekasih hati untuk menjual air time Chinggay ni. Keuntungan amat memuaskan hati! So, tiap-tiap tahun kitorang dah bercadang nak jual air time event ni! Yess..

Kesian awek gua, lepas ni susah la nak dating time hujung minggu!

Bintang kecik - Apa kelas berniaga kat UTM je? Tak berkembang langsung!!

Tuesday, February 10, 2009

Maceh je la..ite tak akai barang-barang terpakai..


the couple: new item's update, click http://the-good-old-things.blogspot.com

kasih (bukan nama sebenar): nper lak tetiber nk wat iklan lak dlm blog aku ni....ishhhhh

ir ib (bukan nama sebenar): iklan pe nih..xpki kot brg2 old things ni..the-good-brand-new-tihings..blehla

kasih (bukan nama sebenar): huahuahuahua....tau x per..hemmmmmmmmmm....

*******

Alamak bro, badan gatal-gatal ke kalau pakai pre-loved? Kalau nak pakai barang baru branded tapi kalau tak tau bergaya, aku rasa dah macam badut kot..

Aku rasa kita ni semua kena bersederhana kot. Tak kisah la nak pakai barang pre-loved or brand new tihings ke kan. Tak payah la nak kerek kot..

TAMPAR NAK?

bintang kecik - tihings? Apa maksudnya eh? Dah macam-macam kamus aku tengok, takde pun maksud dia? Chuel, ada suggestion?

Jawapan dari chuel:
tihing ni wa dah check.
short form untuk tahi+hidung = tihings.
sesuai digunakan untuk jimat space ketika menghantar sms.

Maceh cayang.. macakkan abang! Cayang dia..

Ini adalah spaghetti bolognese tau.

Apa, ingat lu je pandai masak? Awek gua pun pandai masak gak la.

Keikhlasan lebih penting dari KEPAKARAN memasak untuk berlagak! Baru nikmat.

Bintang kecik - Sumpah sedap! Dah boleh kahwin ni.

Maceh ye awak ace blog ite..ite cayang awak! Maceh..


" maceh sggp teman syg g beli brg..."

"maceh abg tulun syg..."

" maceh tulun syg wat psm.."

"ite atot la ecok nak present.."

"ite windu kat awak la.."

" maceh support ite.."

"sapew tew?"

" hem nk itut g kota tinggi.."

"x cedey...tp cedey kot.."

"neway maceh la abg byk luah kn maser gan syg.."

" hem maceh abggg..."


******

Alololo.. comelnye dia. Sweet je bila dengar dialog-dialog macam tu kan?

Rasa nak cubit-cubit je pipi kan?

Alolololo... TAMPAR NAK?