Showing posts with label Riak... Show all posts
Showing posts with label Riak... Show all posts

Friday, June 18, 2010

Baju buruk pun bernilai tau!

Buruk kan baju ni? Haa.. kepada sesiapa yang tak layan baju terpakai ni memang akan berfikiran camni. Tapi kepada orang yang menghargai atau pengumpul baju-baju terpakai ni mungkin akan berpendapat sebaliknya.
T-shirt ni aku perolehi semasa 'menyelam' di Bazar JB beberapa minggu yang lalu. Ada 1 bundle baru bukak dan aku memperolehinya dengan harga yang cukup berpatutan (tak boleh bagitau berapa RM). Agak 'kanchung' gak la bila dapat baju ni sebab printing nya jenis 'iron-on'. Kepada sesiapa yang tak tau apa tu 'iron-on' boleh la baca kat SINI. Kebiasaannya printing jenis 'iron-on' ni amat popular pada tahun 70'an dan juga awal 80'an kerana proses membuatnya mudah berbanding printing jenis dye.

Contoh tag Hanes dari 1910 hingga awal 1990-an

Berbalik kepada baju ni, tag pada baju ni juga membuat aku 'kanchung' sebab t-shirt jenama Hanes ni agak pelik. Aku belum pernah jumpa selama aku 'menyelam' kat Malaysia ni. Nak kata Jepun punya buatan, memang bukan sebab baju ni takde tulang. Nak kata US aku tak pernah jumpa langsung. Cari dalam internet pun tak jumpa. So, aku selalu surfing internet dan buka website DEFUNKD ni untuk cari maklumat pasal tag baju ni. Tapi still tak jumpa juga. Tanpa berlengah lagi aku terus email author website ni;

Hi james..
Fendy here from Malaysia. I own a blog call The Good Old Things that u've review on your page.I always surfing ur website and it's quite helpful for me to learn more about vintage tee.I love to read about the brands column. Its help me to know what years of the tag. So, i would like to ask you about a tee that i found last few days here in Malaysia. It's a Hanes tee but i dont know what year its produce. Can you help me? enclose here is the pic of the tee. 100% old cotton with glitter iron on printing..
Hope you can help me..TQ


Dan tidak sampai sehari, aku dapat reply dari author website tersebut;

hello! yes, i know yours well....favorite malaysian blog!
http://www.defunkd.com/2010/02/16/hanes/
looks to be the late 1960s early 70s version

wow though amazing shirt. you should sell that one on eBay...it will get a lot of attention and $$ ....please let me know if you do and I will do a blog post about it.

could be really rare...I posted this in my forum:
http://www.defunkd.com/forum/brands-f13/very-interesing-hanes-tag-and-elvis-shirt-t359.html

Jimmy J


Perghh, macam nak menjerit je bila baca email ni. Menurut mamat ni, baju yang aku dapat ni kemungkinan berasal dari akhir tahun 60'an atau awal 70'an. Aku pun tak lahir lagi tu (bermakna aku muda lagi). Dan yang best sekali bila dia cakap aku boleh dapat duit banyak-banyak kalau jual baju ni kat Ebay! Malangnya, aku tak terfikir lagi nak jual baju ni. Biar la aku simpan dulu. Mana tau 5 tahun lagi harga baju ni juta-juta. Pergi haji terus aku. So, kat sini aku nak cakap la, baju buruk ni kadang-kadang bernilai juga. Jangan pandang hina kat orang yang pergi dan beli baju-baju bundle ni. Apa kelas Topshop? Quiksilver? A|X? Agas boleh la..shoohh.. shoohh..

Bintang kecik - Jual je baju ni, aku nak terus kawen. Miss Daimen, sila standby!

Wednesday, February 3, 2010

Deepset! Mono!









30th January 2010. Deepset + Mono. 1 words = AWESOME!!

Tuesday, February 2, 2010

Mana lagi menawan?

ATAU
ATAU

Bagi la pendapat korang. Agak-agak mana yang paling style? Hehe..

Bintang kecik - Apa barang supra? Agas boleh la!hehe.. Kepada brader Mata Kucing, sila hubungi saya di talian 017-7271500. Terdesak ni..hehe

Friday, August 21, 2009

Anonymous?




Sekadar gambar hiasan!

Thursday, July 23, 2009

Petang tadi di Minyak Beku, Batu Pahat.

Amacam? Sorang lelaki kuar ngan 3 gadis. Takde gaduh-gaduh pun..

Wednesday, July 22, 2009

Setelah setengah tahun, ni la 1st tag yang aku jawab!!

Okay, aku dapat award ni dari Miss Daimen iaitu kekasih hati aku. Dia ugut aku kalau nak baju The Police tahun 1983, kena jawab tag ni. Maka, dengan seikhlas hati aku pun menjawab tag ni! Owh.. The Police!!

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

Miss Daimen
  1. Merupakan kekasih hati aku. Susah senang bersama-sama. Aku tengah susah, maka dia akan membelikan sehelai baju The Police tahun 1983. Bila dia susah aku kena belikan baju Blondie pula! Mana nak cari ni??
  2. Sangat peramah. Mudah untuk bergaul walaupun baru pertama kali jumpa. Best! Harap-harap dia gunakan teknik ini semasa sesi tawar-menawar t-shirt The Police 1983.
  3. Kadang-kadang dia ni boleh jadi seorang yang sensitif. Tapi selebihnya dia seorang yang sangat ceria. Mungkin dia akan lebih ceria kalau keluar dengan aku sambil aku memakai baju The Police tahun 1983.
  4. Sekarang ni dia tengah kemaruk beli kasut ala-ala vintage dengan hand bag vintage. Takpe, masing-masing ada hobi kan? Macam aku nak tambah koleksi baju vintage juga. Coming soon; The Police 1983!
  5. Seorang yang sangat baik, sopan santun, menghormati orang tua dan memahami kehendak saya. Sebabnya; dia akan belikan saya t-shirt The Police 1983! Yess..
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yang seterusnya.
  1. Anak kedua daripada tiga adik beradik lelaki.
  2. Yang paling besar dalam keluarga.
  3. Suka berpeleseran di waktu malam dan tidur di siang hari.
  4. Suka mengumpul t-shirt. Tidak menggemari baju berkolar.
  5. Obsesi terkini adalah pergi ke bundle pada setiap hari Sabtu!
  6. Seorang yang sangat boros berbelanja.
  7. Kuat makan dan tidak suka menjaga bentuk badan. Redha dengan bentuk badan yang sedia ada.
  8. Perokok Pall Mall menthol tegar!
  9. Minuman kegemaran ialah nescafe ais dan makanan kegemaran ialah kailan ikan masin.
  10. Seorang yang panas baran tetapi bersopan santun di depan bakal mertua!
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
Sorry, i malas nak pilih la. kalau u all rasa u all layak terima award ni macam i, u all jawab la tag ni ye. Bye..

Wednesday, May 20, 2009

Masa itu emas kan?

Masa itu amat berharga kan? Sebab tu la aku pun kumpul jam-jam Casio. Mana tau la 1 hari nanti ianya berharga. Kan? Kan? Sekarang ni aku tengah meroyan nak cari jam-jam seperti di bawah ni! Kalau sesiapa ada, offer la aku harga! Aku sanggup.. Hehe!
Bukan apa, untuk mengisi masa terluang, elok main game kat tangan kita kan? Daripada dok merempit, meragut, mengorat anak dara orang tak tentu pasal. Betol kan? Kan? Kan?

Thursday, March 12, 2009

Orang tamak selalu rugi..

Dengan riak dan berlagak; memandangkan aku ada 3 helai t-shirt Radiohead (tag W.A.S.T.E) seperti di dalam gambar di atas, aku ingin menawarkan kepada sesiapa yang ingin trade sehelai t-shirt Radiohead dengan sehelai t-shirt koleksi anda! Hanya untuk trade sahaja. Yang kaler hitam tu. Yang 2 helai lagi tu sayang aku nak trade. Original merchandise tau.

So, give me your BEST offer! Agak-agak aku berkenan, korang berpeluang memiliki t-shirt Radiohead ni. Tapi jangan la offer nak trade dengan cup cake pulak. Memang sepak laju-laju perot kau nanti. Untuk keterangan lanjut, sila tengok sini.

Bintang kecik - Kalau sesiapa ada baju sigur ros bgtau ye.

Thursday, February 26, 2009

Ledakan matahari di Johor Bahru?

Ini bukan realiti tv. Tapi realiti. Sunburst KL '09 ada membuat kejutan pada tahun ini. Mereka memberi hak kepada kamu semua untuk mengundi band dari 5 buah negeri untuk perform di main stage Sunburst KL '09. 4 band dari negeri Johor telah dipilih iaitu Novelea, Green Love, Juno Hana dan Cholyra untuk merebut peluang ini. So, warga JB semua, mari kita mengundi. Berikut adalah lokasinya:
  • 28hb Februari 2009 - RHINO TERRACE, Johor Cultural & Sports Club, 623 Jalan Colonel Wilson, Johor Bahru. (Belakang Dataran Bandaraya)
  • 5hb Mac 2009 - CARRIBEAN BISTRO, No. 1, Jalan Dedap 3, Taman Johor Jaya, Johor Bahru. (Sebelah Daiman Bowl, Tmn. Johor Jaya)
  • 6hb Mac 2009 - SOHO ROOM BISTRO, 64, 66, 68 Jalan Sutera Tanjong 8/3, Taman Sutera Utama, Johor Bahru. (Sebelah Sutera Mall)
  • 7hb Mac 2009 - HOLA PUB & BISTRO, No. 14G, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Kampung wadihana, Johor Bahru. (Depan Plaza DNP)
Masuk adalah percuma. PERCUMA beb!! Ada contest yang menawarkan tiket percuma ke Sunburst KL '09 juga. Realiti ni beb.. Pastikan pukul 9 malam dah ada sebab event mula pada pukul 9.30 malam. Bagi support sikit dekat local band kita ni.

DATANG TAU!

Bintang kecik - Sunburst tahun ni tak best! Tapi peduli apa, yang penting aku dapat all access pass! Aku nak ambik gambar dengan Korn! Hahaha..

Wednesday, January 14, 2009

Wednesday, January 7, 2009

Aku masih mempertimbangkan untuk menjualnya..


Ini merupakan piring hitam koleksi lagu-lagu terbaik Allahyarham P. Ramlee. Merupakan cetakan tahun 1973 oleh Regal Trademark Sdn. Bhd. Dihasilkan di Malaysia. Datang dengan 2 keping piring hitam dan gatefold cover.

Agak-agak ada yang berani letak harga? Hehe..

Wednesday, December 31, 2008

Cuti panjang yang meriah..

Ok, entri ini merupakan catatan apa yang berlaku semasa cuti panjang yang lalu. Parents aku pergi bercuti di Kuala Lumpur selama seminggu dan aku pula banyak menghabiskan masa bersama kekasih hati serta teman-teman rapat aku. Cuti selama 5 hari aku cukup bermakna dan sangat mengembirakan hati aku.

25hb Disember 2008
Hari ini aku mengambil keputusan untuk keluar dating bersama kekasih hati aku. Dah lama aku tak menonton wayang bersama si dia. Dah naik merajuk si dia ni. Hehe.. Setelah berbincang (ada pertengkaran juga) sehari sebelum ini, kami mengambil keputusan untuk menonton filem 'Histeria' arahan James Lee.‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta. Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental. (Ulasan dari www.budiey.com)
Ok, ni komen aku pula. Kalau diberi 5 bintang aku hanya boleh bagi 1.5 bintang je. Tu pun sebab jeritan pelakon-pelakon wanita (Liyana Jasmay, Scha, Norisnainy, Ainul Aishah, Yanna, Talya dan Reana) berjaya terkejutkan aku. Serta muzik latar yang sedikit menyeramkan. Tapi bila hantu jembalang tu muncul, aku nak gelak. Baik aku tengok cerita 'Predator'. So, kesimpulannya, cerita ni memang tak seram langsung. Takde serangan histeria berlaku di dalam panggung wayang.. Dem.
Semasa hendak membeli tiket filem tersebut, aku dan kekasih hati singgah sebentar di sebuah kedai barangan terpakai di Plaza Seni. Belek punya belek, tak jumpa pula dengan apa yang berkenan. So, aku mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Tiba-tiba mata aku terpandang sepasang kasut berwarna merah (gambar di bawah) di dalam longgokan kasut dalam kotak di pintu masuk kedai tersebut. Yess.. Vans old school Tony Alva. Siapa yang tak kenal dengan Tony Alva, sila klik sini. Tanpa berlengah lagi, aku memulakan sesi tawar menawar dengan tokey kedai tersebut. Aku beli dengan harga yang boleh dibanggakan. Hehe.. Kepada sesiapa yang berminat nak memiliki kasut ni, sila hubungi aku.

27hb Disember 2008
Hari ini merupakan hari istimewa buat dua orang teman aku kerana mereka melangsungkan hari persandingan mereka. Selamat Pengantin baru buat Peja (Deepset) dan Esah. Aku dan kekasih hati serta beberapa orang teman (Wandi, Jiboy, Erin & Tepet) telah bertolak dari JB tepat pada pukul 12.00 tengahari (Sorry Erin.. biasala janji melayu. Haha..). Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit ke rumah pengantin perempuan (Esah) di Batu Pahat. Sampai di lokasi, teman-teman dari KL sudah siap makan. Kami yang sedang kebuluran tanpa segan silu telah menjalankan operasi memakan nasi minyak dan meminum air durian belanda. Masakan dia memang champion. Aku tambah 2 kali. Badan aku yang besar ni memerlukan kandungan makanan yang banyak. Sekian.
Masa ini juga aku mengambil kesempatan untuk melakukan sedikit penukaran kasut dengan Jalutfi (Deepset). Dia berminat untuk memiliki kasut Offspring aku. Hasilnya, dia membuat pertukaran dengan kasut Camper. Terima kasih Jalut. Kalau ada sesiapa yang berminat nak memiliki kasut ni, sila hubungi aku.
Dalam perjalanan pulang ke JB, kami mengambil keputusan untuk melalui jalan lama (Rengit-Benut-Pontian-JB) dengan tujuan untuk singgah ke Pusat Perniagaan Barangan Terpakai Orang Asli Rengit. Hajat di hati nak cari lampu meja. Setelah 1 jam lebih menyelongkar barangan-barangan terpakai di sini, haram tak jumpa pun. Aku pulang dengan hampa. Trip ke Rengit kali ni gagal buat aku. Kawan-kawan lain aku ada juga membeli beg-beg terpakai. Nanti aku akan bercerita lebih lanjut pasal Rengit ni eh.
Kami akhirnya sampai ke JB pada pukul 9.00 malam. Terus ke Jusco Bukit Indah. Manusia memang ramai malam tu. Habis tawaf di Jusco kami dinner di Restoran Sejati, Taman Perling. Muiz cakap tu kedai Awie. Ntah betol ntah tidak. Perot lapar, aku belasah makan je sambil ditayangkan filem Titanic. Kami pulang ke rumah masing-masing jam 12.00 tengah malam.

28hb Disember 2008
Plan hari ni nak berehat je di rumah. Tapi Muiz ajak ronda-ronda ke bundle di sekitar JB. Aku memang pantang di ajak ke bundle. Hari ni aku malas nak drive. So, selepas Muiz menjemput Sharul, dia terus ke rumah aku untuk menjemput aku pula. Sebelum memulakan penjelajahan, kami mengambil keputusan untuk mengisi perot dulu. Makan nasi beryani dengan air limau asam boi. Puas hati.
Jam 4.00 petang kami memulakan penjelajahan ke beberapa bundle di sekitar JB. Muiz nak cari jaket. Nak tampal patches band-band katanya. Pada hari tu je, Sharul beli sehelai jaket, Muiz 3 helai jaket, 2 t-shirt dan 5 topi comel.Dan aku pula, ni yang aku dapat. Ni la hasil yang tak seberapa pada haritu. Hehe.. Aku pulang dengan hati yang riak.

Bintang kecik - Cuti panjang yang meriah. Aku suka menghabiskan masa dengan kekasih hati dan juga kawan-kawan rapat!