Sudah 1 tahun 4 bulan aku berniaga kat sini dan macam-macam ragam orang yang aku jumpa. Memang best. Naik meluat pun ada. Baju RM5 pun nak mintak kurang. Aduhai. Pening gak kepala aku. Biasa la orang Melayu. Semua nak murah. Tapi ada juga yang pemurah. Tak berkira. Orang macam ni aku suka. Yang paling aku meluat bila ada awek-awek yang konon-konon HOT (tapi muka pecah rumah atau kata lain muka tak siap!) boleh sound macam ni "Bang, ni baju 2nd eh? Eii, geli la..". Macam gampang. Dah tau ni Pasar Karat, yang korang nak cari baju kat butik tu apasal? Gi la CS ke, Jusco Tebrau ke. Bodoh. Memang aku sound direct je kat muka dorang. Tapi yang best bila ada regular customer. Tiap-tiap minggu datang beli baju dengan aku. Biasanya, regular customer ni aku bagi special price sikit. So, marilah jadi regular customer aku. Hehe..
Yang bestnya berniaga kat sini, aku dapat tambah kawan baru. Member-member yang niaga sebelah-sebelah aku. Pakcik jual barang antik kat belakang aku. Customer aku. Bertambah kawan-kawan aku. Banyak pahit manis berniaga kat sini. Berebut tapak dengan bahalol. Hari hujan dan banyak lagi. Tapi tu semua pengalaman dan pengajaran. Susah nak dapat woo...
So kat sini aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kekasih hati sebab selalu tolong dan berniaga sama-sama dengan aku. Matt Rebirth yang dulu berniaga sama-sama. Kawan-kawan yang selalu lepak dengan aku bila aku niaga. Kawan-kawan kat Bazaar JB dan semua orang yang lalu lalang depan tapak aku. Hehe.. Kepada customer The Good Old Things, boleh la datang melawat tapak aku di Bazar JB untuk dapat harga lebih murah. Hehe.. Waktu perniagaan aku pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Datang beb!
Bintang kecik - Geng-geng kamera JOHO, datang la review Bazar JB weh!!! Ada bran?!! HAHA..


















