Thursday, January 22, 2009

Oh vintage nya.. Auww!

ROOST JUICE + BAR. Alamat: No. 9, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor. Email: whhai@hotmail.com Waktu perniagaan: 12.00 pm - 4.00 pm & 6.00 pm - 12.00 am setiap hari. Jenis hidangan: Chinese dan western.

Beberapa fakta menarik mengenai Roost Juice + Bar:
  • Lokasi kedai ini sangat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Terletak di kawasan kedai-kedai lama di Jalan Dhoby yang juga terkenal dengan port pondan 'expired'.
  • Digalakkan membawa motosikal untuk datang ke sini. Parking memang susah nak dapat. Kalau bernasib baik dapat la dekat-dekat area kedai ni.
  • Suasana di dalam kedai ini sangat menarik. Ia mengekalkan konsep antik. Bila anda melangkah masuk ke dalam kedai ini, pasti akan merasakan satu perasaan yang selesa dan tenang. Pemilik kedai ini bijak menghasilkan suasana ambient dengan penggunaan cahaya yang suram diiring lagu-lagu yang menusuk kalbu. Chewahh..
  • Kesemua perabot dan hiasan dalaman yang digunakan di dalam kedai ini adalah antik dari era 60-an hingga 80-an. Kesemuanya adalah terpakai. Anda pasti kagum dengan barangan yang ada di dalam kedai ini. Pasti!
  • Rekabentuk dalaman kedai ini diilhamkan sendiri oleh pemilik kedai ini. Cukup kreatif dan sesuai dengan konsep kedai ini.
  • Ruangan makan adalah 2 tingkat. Anda boleh memilih untuk makan di tingkat bawah mahupun di tingkat atas. Kedai ini adalah berhawa dingin. Oleh itu merokok adalah dilarang sama sekali. Tetapi di tingkat atas, ada disediakan ruangan untuk merokok. Aku dan kawan-kawan biasanya dah chop tempat tu. VIP Corner untuk kami. Haha..
  • Di tingkat atas kedai ini juga terdapat sebuah butik pakaian vintage yang dikenali sebagai The Girl Next Door. Kebanyakan pakaian adalah untuk wanita tetapi masih ada juga pakaian untuk lelaki. Terdapat pelbagai barangan vintage di jual contohnya seperti dress wanita, jaket, t-shirt, kasut dan juga aksesori wanita. Kebanyakan barangan adalah sangat rare. Ada yang terpakai dan ada yang baru. Harga yang berpatutan dikenakan. Boleh nego. So, buat-buat baik dengan pemiliknya ok.
  • Jika anda nak potong rambut pun boleh. Perkhidmatan memotong rambut disediakan oleh pemilik butik The Girl Next Door. Harga juga berpatutan dengan khidmat yang diberikan. Gerenti puas hati.
  • Makanan yang disediakan terdiri daripada hidangan chinese dan juga western. Sedap dengan harga yang berpatutan. Apa yang menarik di sini cawan yang digunakan sangat unik kerana ia berbentuk seperti timba. Kalau order air gas, ia didatangi dengan botol. Vintage kan? Hehe..
  • Harga makanan dan minuman dalam lingkungan RM2 hingga RM15. Murah kan?
  • Kedai ini juga ada menjual mainan-mainan yang antik seperti paper doll, tin robot dan banyak lagi. Semuanya memang susah nak dapat (hard to find/rare). Harga boleh tanya pada pemilik kedai ini.
  • Layanan yang diberikan oleh pekerjanya juga sangat mesra. Rasa seperti dihargai membuatkan aku selesa untuk lepak di kedai ini. Juga pemilik kedai (Hai) dan butik (Bee) yang cukup peramah. Selesa.
  • Pengunjung yang datang ke kedai ini terdiri daripada berbilang kaum. Aku terasa perpaduan kaum gitu.
  • Sebelum terlupa, kedai ni ada wi-fi. So, kepada sesiapa yang baru beli laptop dan membawanya kehulu kehilir, eloklah singgah di kedai ini untuk online. Free je. Cuma kena order la air ke, makan ke. Bukan macam mamak yang caj 50 sen untuk 1 jam. Cekik darah betol!
Bintang kecik - Gambar-gambar diambil menggunakan henpon Sony Ericsson K810i. 3.2 mega pixel aje. Jangan komen kualiti gambar!

Rating - 3.5

17 comments:

matakucing said...

ermm best siak tempat ni..decoration dia best

iyan said...

tunggu lomokids bwat installation lomo wall kat roosts...
hahaha

.miss daimen. said...

yup best lepak di sini..jom dating kat roost syg..hehehe..

syed syahrul zarizi said...

lu tenguk latest posting http://sirehdancengkeh.com gamba gua curik lu nak marah suka hati la hahaha

gerobok said...

x sangka lak kedai ah hai masuk blog ni.. da lama gak x lepak situ..mmg best decoration dia.. lau nak cari perabot2 mcm kat roost tu bole tgk kat blog aku ae.. sbb ah hai pun antara custimer aku yang steady.hehehe

Si Jambi Darat said...

matakucing - best..cosy je tempat dia.pastu ambient!kena gi la..

iyan - bila lg korang nak bergabung tenaga ngan cudak2 lomo dorng?hehe

miss daimen - jom2..tp kalini makan kena habis la..hhehe

syed - ciss..nanti gua check.paling koman pun bg la royalti ke..hahaha

gerobok - bgtau kedai ko yg mana.aku nak dtg jenguk..hehehe.nanti aku nak gi benut gak ngan hai..hehe

abang mat tora said...

peh wa hari hari lalu dpn kedai tu takpernah jenguk dlm pun ingat kedai salon cina haahaaa

chuel said...

baik lu terus terang. lu gi checkout kedai ke lu checkout maknyah???!!!

paranoid of death said...

BRo..tempat ni mmg best..chill situ mmg best.. aku balik jb..kita chill sama2 kat situ kay..

Anonymous said...

ini bukan vintage la bongok!
vintage ngan rusty pun tak tau beza.

apek terror said...

cun la interior tu...gua ade mase nk lepak situ la..teringin...hehe

l.i.f.e said...

owhhh...one day bleh drop by

paranoid of death said...

bosh..kasut plague gagal utk cari le..gila dah abih dah..hehehe..aku nak jual sayang plak..nak letak kat muzium..jadi vintage..kekeke..

Si Jambi Darat said...

abang mat tora - dont judge a book by its cover..hehehe

chuel - gua sambil-sambil..hahaha

azmal - jom2..balik jb bgtau la bro..alaa,xde ke kasut plague?melepas aku..hahaha

anonymous - eh bongok? aku punya blog, aku punya entri, suke hati aku la nak letak apa..vintage ke, rusty ke, rare ke, peduli hape! xsuke jgn baca..kesian ko. (anonymous? x gentle..)

apek - jom la lepak situ..ni turun JB asik gi the zon je..peciter?hahaha

life - meh la drop by..hehe

Beingyunie said...

aku teruja tgk kedai ni!
mesti pegi ni.
suruh timmy belanje..
eh ke aku yg kene belanje timmy?
hahahaha

Si Jambi Darat said...

yunie - aku rasa ko yg kena belanja dia.hahaha..tp besday ko nanti ko soh timmy belanja ko kat sini..aku dah ckp kat timmy soh dtg kedai ni bwk ko..hehehe

blogmono said...

aku pernah masuk kedai tu...lawa n old skool..aku nak menetap situ owner dia marah...