- Lokasi kedai ni terletak di Sungai Lurus, Batu Pahat, Johor. Dari Batu Pahat lebih kurang 15km. Nak cari Sungai Lurus ni senang je. Kalau dari Batu Pahat, korang cari jalan ke Pontian. Selepas pekan Koris, mata korang kena awas. Sungai Lurus terletak sebelah kanan korang. Tengok signboard Sungai Lurus. Masuk je terus dalam kawasan kampung tu sampai korang jumpa laut. Kedai ni terletak di sebelah kiri korang. Ada bilik karaoke kat sebelah dia.
- Waktu perniagaan kedai ni bermula pada pukul 5 petang hingga 9 malam. So, kepada sesiapa yang dah mengidam makan kerang kena datang awal la. Tempat pulak mcm terhad.
- Dengar cerita, kalau hari minggu pukul 8 malam kerang dah habis! Haa.. baik datang awal. Melepas nanti!
- Apa yang menarik kat sini adalah pemandangan dia yang cantik. Sambil makan boleh menikmati pemandangan yang menarik. Sejuk hati dan mata memandang!
- Okay, cerita pasal makanan pula. Specialties kedai ni kerang bakar bersambal. Memang terbaik. Kalau biasa yang aku selalu makan, kulit kerang je yang kena sambal tp kat kedai ni, tukang masak dia membelah kerang tu dulu, baru bakar dengan sambal. So sambal tu meresap masuk kena isi kerang. Marvellous beb!
- Ada dua pilihan untuk makan kerang. Iaitu dengan nasi putih atau pun makan begitu sahaja. Aku tengah lapar time ni so aku order nasi putih. Agak janggal la pada mulanya sebab makan tanpa kuah. Tapi disebabkan kerang tu sedap, aku belasah je!
- Harga untuk 1 mangkuk kerang adalah RM4.50. Pada aku dah cukup murah dengan kuantitinya. Aku makan sampai langit-langit dan lidah melecet! Hehe..
- Tetapi ada sedikit komen. Air dia tak sedap. Sungguh tak kaw! Aku harap tokey kedai ni tukar tukang buat air. Memang potong!
- Diharap pekerja kedai tidak membuang sisa-sisa makanan ke bawah kedai (bawah kedai ni pantai). Sungguh menjijikkan dan mengotorkan kawasan. Tolong la cintai alam sekitar kita.
Camille Corot - Mögöttem semmi, előttem semmi
4 months ago
7 comments:
ermm sdap nampak kerang tu
mata kucing - mmg sedap..tp air dia xsedap!
gua makan balik berak2 beb...hahahahahahahahah
bile nak bawak i??
daimen: eh..bkn u xnk ke haritu?
air dia memang super tak sedap. aku ingat dia cedok air bawah kedai dia la.
cecil: oit! ko jgn ckp camtu..geli aku weh!!
Post a Comment