Wednesday, December 17, 2008

Hasil kejadian 2 hari sebelum Aidil Adha..









Photo credit: Bourne Inc.
Inilah hasil kejadian yang berlaku pada 6hb Disember lalu. Aku juga ada membuka booth bersama teman wanita. Keputusannya, aku sangat gembira dan penat.
Lokasi: Eskimo Joy, Plaza DnP, JB.
Penganjur: The Girl Next Door.
Masa: 7.00 pm - 3.00 am.
Bayaran: Percuma beb!!
Situasi: Sebanyak 30 booth menjual pakaian terpakai dan vintage telah dibuka kepada orang ramai. Baju lawa-lawa. Ada yang murah, ada yang mahal. Memandangkan kewangan aku tak mengizinkan, aku hanya melihat je. Pada pukul 8.30 pm, 2 buah band telah menghiburkan semua yang hadir. Band tersebut ialah Urnhaler dan Novelea (masing-masing dari JB). Pengunjung terhibur. Pada pukul 11.30 pm, pengunjung dihiburkan oleh kumpulan DJ terkemuka JB iaitu KBnL! Sangat hebat. Time ni semua dah tak ingat dunia. Acara tamat tepat pukul 3.00 am diakhiri dengan persembahan khas dari Novelea.
Beberapa fakta menarik sepanjang acara ini:
1. Arak dijual murah. (3 bucket = RM100) * aku tak minum.
2. Dapat tengok gelagat budak-budak mabuk yang ada kalanya menggelikan dan menghiburkan hati.
3. Boleh tengok baju band yang rare/vintage. Tapi harga mak datok!
4. Adegan mencuci mata sangat galak dilakukan. Amoi-amoi yang sangat 'hawt' banyak sangat.
5. Event ni mengeratkan silaturahim antara kaum sebab semua kaum ada datang. Takde gaduh-gaduh macam kat gig. Apa kejadah semua tu?
6. Dinasihatkan untuk bawa duit yang banyak sebab barang-barang yang ada dijual di sini sangat menarik dan susah didapati di pasaraya-pasaraya besar. Apatah lagi di Crossover!
7. Shuffle diharamkan di acara ini! Hahaha..
8. Trend fesyen kini telah kembali ke tahun 80'an - 90'an. So, barang-barang yang dijual berkisarkan tahun tersebut.
Kesimpulan: Acara hebat. Junk sale+gig+party=fun!

Bintang kecik - Event ini dianjurkan setiap 2 bulan sekali.

5 comments:

Aida Zahrol said...

cantiknye miss daimen lam picca nih...

Si Jambi Darat said...

aida- hehehe..dia da pandai bergaya mengalahkan laki dia skang..hahaha

miss daimen said...

malunye sayep..

paranoid of death said...

pergh..rugi siot aku atkde kat JB.. bacin betul le..hehehe..bro..kasut offspring tu size kicik le plak..kalau ada size 11 bagitau aku..aku mau sambar..hehehhe

Si Jambi Darat said...

Azmal - mmg best gile event tu.nanti kalo ada lagi pegi la jom.wah..besar btol kaki ko..hahaha!weh..nak tanya ni,kasut PoH ada lagi ke?haritu ko ada nak jual kan?