Showing posts with label Peringatan... Show all posts
Showing posts with label Peringatan... Show all posts

Friday, July 2, 2010

Akhirnya..Lady Gaga tersungkur juga!

Ye..aku lah yang paling style!

Eh..eh..eh..

Terpeleot la pulak..

Oh mak kau!

Adoyai!!

Aduh..padan muka aku!

Tu la kau, nak style pun berpada-pada la. Kan dah tersungkur. Tapi kau ni Lady Gaga, apa ada hal. Cuba ko ni Fasha Sandha ke, Tiz Zaqyah ke.. kompom ko kena gelak kaw-kaw!

Wednesday, July 22, 2009

Entri ini menunjukkan aku macam bagus sangat!! Part 1

Okay, camni ceritanya. Dah lama aku pendam. Kali ni aku nak luahkan juga perasaan aku yang terbuku ni. Entri ni nampak macam aku ni bagus sangat je. Tapi aku peduli apa kan? Aku nak listkan perkara-perkara yang aku sangat benci dalam hidup aku sekarang ni. Kita mulakan ye!
  • Orang yang sangat trendy. Dulu bukan main indie. Seluar kaler-kaler. Dah macam pelangi aku tengok. Sekarang ni, hardcore tengah in. Semua dah pakai seluar pendek, kasut New Balance etc. baju hardcore. Yang paling best dah pandai joget hardcore. Rilek-rilek sudaa.. Lagi satu yang konon-konon radikal. Radikal ke radi'COOL'? Ah.. Lu pikir la sendiri!
  • Aku sekarang ni kemaruk menyelam. Satu yang aku paling benci bila kita tengak usha barang kat 1 row ni tiba-tiba ada mamat kancung yang menyelit depan aku! Ciss.. rilek-rilek sudaa.. Tunggu turn la bro! Nasib la siapa yang dapat emas dulu kan? Rezeki namanya kan?
  • Aku cukup sakit hati bila ada customer yang tanya macam-macam pasal barang yang aku jual kat blog aku lepas tu tak jadi beli. Paisey gua! Dah la tanya benda-benda remeh. Aduhai.
  • Lagi teruk kalo yang dah berjanji nak beli. Dah siap minta nombor acc tu, pastu tiba-tiba senyap. Spesis makhluk ni memang aku cukup menyampah. Aku terus black list!
  • Ada yang lagi lawak, SMS aku tanya barang ada ke tak. Bila aku cakap ada, dia pun senyap je. Apa point eh? Nak buang kredit sendiri ke? Lawak-lawak!
  • Orang yang selalu buat muka ketat. Susah ke nak senyum? Bukan kena bayar pun. Kejadian ni selalu berlaku kat bazar tempat aku niaga dengan kekasih hati. Biasanya penggemar muka ketat ni perempuan. Sorry, bukan bersifat sexist tapi kenyataan. Tak percaya sila tanya kekasih hati! Ye la, kalau dah berniaga mesti la kena promote barangan kita jual kan? So, bila kitorang promote sambil pelawa orang yang datang, ada la dua tiga pemuka ketat ni wat muka yang kalo korang tengok pun macam nak lempang. Rilek la kak! Kalau geli dengan barang-barang 2nd ni, tolong la jangan datang bazar. Buat semak la kak!!
  • Orang yang meludah merata-rata. Lagi-lagi kalau aku tengah makan. Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba ada mamat lalu sebelah meja aku, meneran kahak 1 kali dan dengan selambanya meludah! Cipet betol!
  • Orang yang suka backstab. Depan kita punya la baik. Belakang kita mengutuk kaw-kaw! Aku masih berdendam dengan budak Rantai mulut besar ni! Elak kena nyak je kalau kau balik JB. Haha.. "Call me a friend but you stab me in the back.. You pretend we get along.. Its all just an act you always use people to get what you need.. You take advantage of others to satisfy yourself - Friends Like You by Sick Of It All, 1987". Baru hardcore gini!

Akan bersambung..kalau aku rajin! Hehe

Thursday, July 16, 2009

Kalau terasa nak beli barang-barang murah, sila la datang!!

We sell rare band's & branded t-shirts, pre-loved dress,
blouse, bags, shoes, vinyl,
CD, vintage toys and many more pre-loved item at affordable price.
Come and meet us here!
(Cheh..speaking London plak!)

Wednesday, June 10, 2009

Jujur amalan mulia..

Aku suka dengan peniaga-peniaga yang jujur. Bukan macam sesetengah peniaga yang selalu menipu ni. Cuba amalkan sikap macam pemilik kedai di atas ni! Kan best tu..

Tuesday, February 10, 2009

Maceh je la..ite tak akai barang-barang terpakai..


the couple: new item's update, click http://the-good-old-things.blogspot.com

kasih (bukan nama sebenar): nper lak tetiber nk wat iklan lak dlm blog aku ni....ishhhhh

ir ib (bukan nama sebenar): iklan pe nih..xpki kot brg2 old things ni..the-good-brand-new-tihings..blehla

kasih (bukan nama sebenar): huahuahuahua....tau x per..hemmmmmmmmmm....

*******

Alamak bro, badan gatal-gatal ke kalau pakai pre-loved? Kalau nak pakai barang baru branded tapi kalau tak tau bergaya, aku rasa dah macam badut kot..

Aku rasa kita ni semua kena bersederhana kot. Tak kisah la nak pakai barang pre-loved or brand new tihings ke kan. Tak payah la nak kerek kot..

TAMPAR NAK?

bintang kecik - tihings? Apa maksudnya eh? Dah macam-macam kamus aku tengok, takde pun maksud dia? Chuel, ada suggestion?

Jawapan dari chuel:
tihing ni wa dah check.
short form untuk tahi+hidung = tihings.
sesuai digunakan untuk jimat space ketika menghantar sms.

Maceh cayang.. macakkan abang! Cayang dia..

Ini adalah spaghetti bolognese tau.

Apa, ingat lu je pandai masak? Awek gua pun pandai masak gak la.

Keikhlasan lebih penting dari KEPAKARAN memasak untuk berlagak! Baru nikmat.

Bintang kecik - Sumpah sedap! Dah boleh kahwin ni.

Monday, February 2, 2009

Tragedi di Tahun Baru Cina..

Dah seminggu aku menyepikan diri. Aku cuti panjang. Seminggu aku tak online. Sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ni, macam-macam peristiwa berlaku. Tapi aku rasa kalau Tahun Baru Cina je dah macam 'suey' buat aku.

Tahun Baru Cina 2008..
Tahun Baru Cina 2009..
Kereta aku berpusing 2 kali. Last-last tersadai kat devider tepi jalan. Alhamdulillah, aku tak cedera teruk. Nak kata aku bawak kereta laju, kereta aku 'stended' je. Ekjoz pun tak bising. Apatah lagi enjin turbo. Tapi benda dah nak jadi, redha je la.

Peringatan: Kepada sesiapa yang memandu di JB, hati-hati dengan selekoh di hadapan Courts Mammoth Jalan Tun Razak. Banyak kejadian tidak diingini berlaku di sana. Aku salah seorang mangsa.

*****

Sepanjang cuti yang panjang tu, aku banyak menghabiskan masa bersama kekasih hati. Lokasinya ialah bundle-bundle dan kedai terpakai di sekitar JB. 'Menyelam' orang cakap. Ni lah hasilnya yang tak seberapa.
  • Boy Sets Fire t-shirt
  • Thursday t-shirt
  • Saves The Day t-shirt
  • Lynyrd Skynyrd US Tour 2005 t-shirt
  • Grateful Dead t-shirt
  • The Clash 'London Calling' t-shirt
  • Eagles 'Hotel California' LP
  • Billy Joel 'Glass House' LP
  • Uriah Heep 'Firefly' LP
  • AC/DC 'TNT' LP
  • Pearl Jam 'Vitalogy' LP
Semua ni nak pakai sendiri je. Tapi kalau ada sesiapa yang berminat, sila email aku. Harga boleh nego. Hehe..


Bintang kecik - Setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya kan?

Thursday, January 15, 2009

Weeettt...Weeetttt.. Hi Kak Long!



Gua dah cakap, lu kalau nak racing pakai la kasut. Pakai kasut.. paham?

Tuesday, January 13, 2009

ANTI-WAR; Save Palestine!

Pada 10hb Januari yang lalu, sekumpulan sahabat aku telah menganjurkan demonstrasi jalanan anti-war bertempat di hadapan Jalan Wong Ah Fook, JB. Perarakan ini dilakukan dengan kerjasama SUARAM JB. Perarakan ini bertujuan untuk memprotes terhadap peperangan dan kekejaman yang berlaku di Palestine. Ia merupakan tanda sokongan bagi melawan penindasan yang telah dilakukan oleh konspirator Israel-Zionis dan US di atas bumi Palestine.
Demonstrasi dimulakan pada jam 5 petang bermula dari hadapan Plaza seni terus ke Plaza City Square. Malangnya aku tidak dapat turut serta kerana mempunyai rancangan awal pada hari tersebut. Tetapi aku dapat melibatkan diri pada sesi candle lite vigil pada malam tersebut. Aku juga telah mengambil inisiatif sendiri dengan menampal poster ANTI-WAR pada cermin belakang kereta aku tanda protes aku!
Aku harap, kawan-kawan yang lain dapat turut serta menampal poster ANTI-WAR pada kereta masing-masing tanda protes terhadap kekejaman Israel dan US. SAMA BANGKIT, SAMA LAWAN!

Untuk keterangan lanjut, layari: http://gugusankata.blogspot.com

Bintang kecik - Minimakan pengeluaran wang terhadap produk-produk US dan zionis!

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri..



Hmm.. Tahun ni aku beraya di kampung aku di Sg. Jambi Darat, Rengit, Johor. Hari Raya tahun ni mungkin tak semeriah macam tahun lepas. Aku baru kehilangan atuk aku pada 13 Ramadhan yang lalu.

Al-Fatihah.

Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk memohon sejuta kemaafan kepada semua jika terdapat salah dan silap sepanjang aku hidup. Aku juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kepada sesiapa yang nak meminta maaf kat aku kalau korang ada buat salah. Aku ni pemaaf sikit orangnya. Orang buat baik, aku balas baik. Orang buat palat, taik palat aku bagi. Sekian.

Bintang kecik - Hari Raya pertama jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiran aku. Semua digalakkan memberi hadiah yang berguna.

Wednesday, September 3, 2008