Showing posts with label Keinsafan diri... Show all posts
Showing posts with label Keinsafan diri... Show all posts

Tuesday, January 13, 2009

ANTI-WAR; Save Palestine!

Pada 10hb Januari yang lalu, sekumpulan sahabat aku telah menganjurkan demonstrasi jalanan anti-war bertempat di hadapan Jalan Wong Ah Fook, JB. Perarakan ini dilakukan dengan kerjasama SUARAM JB. Perarakan ini bertujuan untuk memprotes terhadap peperangan dan kekejaman yang berlaku di Palestine. Ia merupakan tanda sokongan bagi melawan penindasan yang telah dilakukan oleh konspirator Israel-Zionis dan US di atas bumi Palestine.
Demonstrasi dimulakan pada jam 5 petang bermula dari hadapan Plaza seni terus ke Plaza City Square. Malangnya aku tidak dapat turut serta kerana mempunyai rancangan awal pada hari tersebut. Tetapi aku dapat melibatkan diri pada sesi candle lite vigil pada malam tersebut. Aku juga telah mengambil inisiatif sendiri dengan menampal poster ANTI-WAR pada cermin belakang kereta aku tanda protes aku!
Aku harap, kawan-kawan yang lain dapat turut serta menampal poster ANTI-WAR pada kereta masing-masing tanda protes terhadap kekejaman Israel dan US. SAMA BANGKIT, SAMA LAWAN!

Untuk keterangan lanjut, layari: http://gugusankata.blogspot.com

Bintang kecik - Minimakan pengeluaran wang terhadap produk-produk US dan zionis!

Thursday, October 16, 2008

Surat seorang ibu..

Di kala mood raya masih ada..

Aku terjumpa video ni semasa melayari blog seorang sahabat aku. Saje aku nak kongsi dengan korang semua. Agak sedih bila aku melihat video di atas ni. Kita sebagai anak perlulah menghargai ibu bapa kita selagi mereka masih ada.

Syahdu..

Aku terasa rindu dekat kedua ibubapa aku. Sekarang ni mereka berada di Ireland bersama abang aku. Semalam aku mimpi mak aku. Mak aku bagi hadiah. Aku sayang mereka. Aku nak balas jasa mereka selagi mereka masih ada dan dapat melihat dan berkongsi kejayaan aku.

Aminn..

Bintang kecik - Aku anak mak!