
Aku baru sahaja selesai menonton dvd filem ini. Ini semua hasil hasutan kekasih hati aku yang mengatakan bahawa cerita ni best. Aku memang menyampah sikit nak menonton filem hindustan. Cerita 3 jam tapi part nyanyi dan joget beramai-ramai 1 jam setengah. Boleh tertidur aku. Tapi cerita ni lain. Memang hebat. Two thumbs up wa cakap lu!!
Sedikit info mengenai pengarah filem ini. Danny Boyle dilahirkan di Manchester dan pernah bekerja dalam bidang teater dan juga televisyen sebelum mula berjinak mengarah filem. Filem pertama beliau adalah Shallow Grave (1994) di mana beliau mula membina nama dalam bidang perfileman ini. Tetapi filem arahan beliau, Trainspotting pada tahun 1996 telah membuatkan beliau terkenal.
Sedikit sinopsis cerita ini. Mengisahkan seorang remaja berusia 18 tahun, Jamal Malik yang berasal dari kawasan miskin di Mumbai yang mengejutkan peminat rancangan "Who Wants To Be A Millionaire" di India dengan menjawab kesemua jawapan dengan tepat sehingga bergelar jutawan. Kehebatan pemuda ini menjawab dengan tepat telah mengakibatkan dia di tahan oleh pihak berkuasa kerana dia disyaki menipu. Dalam membuktikan dia tidak bersalah, Jamal telah menceritakan kisah kehidupan dia dan abangnya ketika kecil yang penuh ranjau. Setiap bab dalam kisah kehidupan Jamal, memberi jawapan kepada kesemua soalan-soalan di dalam rancangan tersebut. Inilah yang dinamakan takdir dan rezeki. Di dalam pada masa yang sama, pemuda ini menghadapi konflik dalam percintaan dan juga hubungan persaudaraan dengan abangnya.
Beberapa fakta menarik mengenai Slumdog Millionaire:- Filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel terkenal yang ditulis oleh Vikas Swarup iaitu 'Q & A' yang juga telah diterjemahkan kepada 32 bahasa.
- Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal dari Manchester iaitu Danny Boyle yang juga pernah mengarahkan filem Trainspotting (1996).
- Telah memenangi 4 anugerah dalam Golden Globe Award iaitu Best Motion Picture, Best Director, Best Screenplay dan Best Music.
- Telah mendapat 10 pencalonan Oscar termasuk Best Film dan Best Director.
- Tiada babak menyanyi dan berjoget beramai-ramai. Jadi running time untuk filem ini hanya 2 jam sahaja. Tetapi dibahagian akhir filem ini (masa keluar nama pelakon) ada babak menyanyi dan berjoget beramai-ramai oleh hero dan heroin filem ini. Cerita hindustan memang tak boleh lari dengan babak ni kot.
- Tiada babak bergaduh beramai-ramai yang mengeluarkan bunyi bukan-bukan.
- Tapi ada cacat sikit kat cerita ni. Macam mana remaja yang tak pernah mendapat pendidikan secara formal boleh speaking english siap dengan slang UK lagi? Tu yang tak logik sikit pada aku. Kecik-kecik dah boleh speaking. Padahal kalau dilihat dari surrounding budak tu memang tak masuk akal. Dunia dah berubah, teknologi semakin maju kot. Aku je yang kolot.
- Seperti biasa, hero mesti ada rupa sikit. Tapi abang hero muka tak kacak langsung. Kalau dah nama adik-beradik mesti ada iras-iras kan?
- Buat pertama kali aku menonton filem hindi dengan penuh khusyuk sambil berangan jadi jutawan.
Bintang kecik - Boleh rekemen kan aku filem hindustan yang takde joget-joget tak?
Rating - 3.5