Thursday, August 28, 2008

Cinta itu indah..


AYAT-AYAT CINTA. DVD dan Novel.
Aku pasti ramai antara kalian yangg menggemari kisah ini. Tepukan gemuruh diberikan. Huhuhuhu..minggu lepas sebelum berangkat ke KL, aku de
ngan si dia singgah ke kedai menjual dvd di sebuah shopping kompleks yg agak terkenal di JB. Aku telah ketemu dengan dvd kisah ini. Memang sudah lama aku ingin memilikinya. Bukan aku tidak pernah tengok filem ini, tapi sekadar mahu memiliki yg asli sebagai koleksi karena terlalu mencintai kisah ini. Begitu juga dengan novelnya. Tidak kusangka, penulis muda dari Indonesia ini sangat matang dalam penulisannya. Setiap apa yang ditulis telah membuatkan ku benar-benar mahu menghayati kisah ini. Sedikit sinopsis yang bisa aku ceritakan pada kalian.
Kisah ini kisah cinta tapi bukan cuma sekadar kisah cinta yang biasa. Kisah ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai
gelar masternya di Al Ahzar. Beliau tabah menjalani kehidupan di kota Cairo, Mesir. Pelbagai target ingin dicapai Fahri begitu juga dengan kesederhanaan hidup kecuali satu iaitu menikah. Fahri berkenalan dengan seorang gadis bernama Maria Girgis, tetangga satu flat yang beragama Kristian Koptik tapi mengagumi Al-Quran dan juga menganggumi Fahri dalam diam. Akhirnya kekaguman itu berubah menjadi cinta namun cintanya Maria terhadap Fahri hanya tercatat dalam sebuah diari saja. Dalam masa itu juga, Fahri mengenali seorang gadis. Namanya Noura, tetangga yang sering disiksa oleh bapanya. Fahri sangat bersimpati dengan hidupnya. Namun Noura mengharap lebih daripadnya. Terakhir muncullah Aisha. Sungguh terharu melihatkan pengorbanan yang dilakukan gadis ini. Gadis yang mempunyai sepasang mata yang indah. Aku sendiri jatuh cinta pada matanya. Sejak kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku orang-orang Mesir, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Begitu juga dengan Fahri. Beliau tidak boleh membohongi hatinya sendiri..
Maka, pelbagai masalah dan pergolakan yang besar telah timbul dan kalian harus lihat bagaimana mereka menyelesaikannya. Siapa yang dipilih Fahri? Bolehkah beliau menghadapi semua ini mengikut ajaran Islam yang diyakini? Ben
arkah cinta sejati memerlukan pengorbanan yang besar?


Kalian harus menonton kisah ini. Aku percaya selesai kalian menontonya pasti kalian juga akan jatuh cinta sepertimana diriku. AYAT-AYAT CINTA kisah cinta terbaik pernah ku baca dan juga ku tonton. Terbukti sudah bahawa penulisnya memenangi award novel terpuji di Indonesia. Aku sangat menggalakkan kalian menonton kisah ini dan menghayati setiap babak-babak dalam kisah ini.

Rating - 4
(Ulasan oleh preciousdiamond)

8 comments:

al said...

endy, mane ko dpt cd ni kat jb?
aku cari dr hari tuh

Aku said...

tengok cerita ni menanges sakan.. :'(

tgk kat youtube je..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Si Jambi Darat said...

laa..ko beli je kat speedy. baru rm25. kalo yg pirate susah nak dapat la skang..

Si Jambi Darat said...

beli la yang ori nina..baru feel..hehehe

al said...

aku dah beli kat speedy ahad lepas..
sbb aku nampak advertisement kat luar kedai
sampai mak aku terjebak tgk cerita ni.. haha

Anonymous said...

np ade komen yg dh delete??

Si Jambi Darat said...

hehehe...nasib bek pandai cari kat speedy!
dah bape kali ulang tu?