16hb Julai 2010. Komuniti JOHO telah menganjurkan satu event yang telah diberi nama GEGO. Event ni memang hebat. Lokasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan. Memang rare sebab BSI ni adalah mercu tanda negeri Johor. Antara bangunan tertua di Johor juga. Kat event ni ada demo dari budak-budak skate, fixie dan juga budak-budak Soccer Bike. Aku kagum dengan mereka ni semua. Paling best bila tengok banyak budak basikal low-rider dan juga fixie. Tapi aku lebih tertarik dengan basikal low-rider. Mereka telah berjaya mengancungkan aku dengan basikal tu. Aku mesti dapatkan sebiji basikal low-rider ni! Hehe..
Ada juga show live band dari band-band indiependent Johor iaitu Radio Antik, Dewata, Redemption dan juga Plague of Happiness. Tapi aku berkesempatan nak layan Plague of Happiness je. tapi review semua cakap ketiga-tiga band lain hebat-hebat belaka! Waduhh..melepas. Ada juga sesi open mic yang menampilkan persembahan akustik dari sesiapa saja yang berani tampil membuat persembahan. Paling champion, geng-geng Aiman! Aku suka gile!
Tak lupa juga ada Junk Sale yang dianjurkan oleh Junk Junkies. Memang meriah. Sebanyak lebih kurang 70 booth menjual pakaian/barangan terpakai dan baru dibuka! Aku pun mengambil kesempatan untuk join Junk Sale ni. Gambar kat atas adalah booth aku. Sambutan meriah. Kami kaya sekejap. Hehe.. Kepada sesiapa yang nak beli secara online boleh juga klik kat SINI.
Terima kasih kepada sesiapa yang membeli barangan yang dijual oleh kami. Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang melepak di booth aku. Terima kasih kepada kekasih hati kerana join sama-sama. Terima kasih kepada JOHO kerana menganjurkan event yang hebat ni.
TAHNIAH!
Bintang kecik - Cukup annoying bila orang Johor tak tau Bangunan Sultan Ibrahim ni kat mana! Layak dibuang negeri!
Camille Corot - Mögöttem semmi, előttem semmi
4 months ago
2 comments:
nice.. ske baca ur blog.. keep up the good work man
stevo: thanx a lot dude!
Post a Comment