Wednesday, September 3, 2008

Ralat..Ralat..Lalat..Ratatat..

Di dalam ruangan ulasan buku American Hardcore, terdapat sedikit kesilapan di mana sebelum ini aku menyatakan bahawa Rizman yang telah memberikan aku versi DVD American Hardcore. Pembetulan, Shin Chan sebenarnya yang telah memberikan aku versi DVD American Hardcore ini. Harap maaf di atas kekeliruan ini. Aku sebagai manusia biasa tidak dapat mengelak dari melakukan kesilapan ini. Di bawah ini adalah rupa sebenar Shin Chan yang aku maksudkan:

* Keceriaan ketika dibawa makan di lewat malam.

* Memiliki tahi lalat yang mampu memikat gadis-gadis

* Muka kerek posing depan kereta Alfa Romeo

Sedikit fakta menarik mengenai Shin Chan:
* Nama sebenarnya ialah Sharil dan tinggal di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
* Punk tunggal yang masih menetap di Parit Raja (mamat ni true!)
* Seorang yang workaholic dan mempunyai jawatan yang tinggi di syarikat telekomunikasi DIGI di Batu Pahat-Kluang.
* Mempunyai tahi lalat di bawah mata kanan yang mampu memikat gadis-gadis di Parit Raja.
* Walaupun berketurunan jawa, tetapi beliau fasih berbahasa melayu pasar.
* Mempunyai motosikal dengan sticker Black Flag. Menunjukkan beliau budak punk/hc.
* Amat pemalu di depan kamera. Jika sudah selesa jadi tak malu.
* Memiliki record label dengan nama Atonal Microtonal (susah aku nak sebut).
* Biasa mengambil pakaian di kedai bundle tanpa membayarnya.
* Beliau banyak duit.
* Lesung pipit yang dimiliki oleh beliau telah mengakibatkan keruntuhan moral gadis-gadis di Parit Raja (new)

11 comments:

Rambo said...

peehh...fakta last tu aku tak tahan

Sailor Chan said...

haha mcm binawe padam la oii post ni malu la.

Si Jambi Darat said...

gua nak up kan lu..
lu nak awek x?
hahahaha...

preciousdiamond said...

shin chan sedang mencari awek kah??

Si Jambi Darat said...

eleh..malu tapi suke kan?

Atonal Microtonal said...

hahaha suke kemendenye woii. gambar tu nampak aku gemuk la. cilakak. kau photoshopkan gambar aku ke?

Man said...

Sin Chan...roti keju...roti keju!

Si Jambi Darat said...

aku dah edit baik la kat photoshop ko punya pic tu..
tu yang terbaik leh aku wat..
sorry bro..
ahahahahahahaha

apek terror said...

haha...gua gelak guling tgk muke si gemok nie...andy lu lupe lesung pipit dia dia tu punca keruntuhan moral makwe di parit raje...

Si Jambi Darat said...

haaa...mmg gua tambah jap lagi..
hahaha...

preciousdiamond said...

perghh lesung pipit die mmg xleh angkat la..
hahahaha..