Tuesday, September 29, 2009

Entri ni agak jiwang jugak!

Akhirnya, pada 13hb Ogos yang lalu aku telah berjaya memiliki sehelai t-shirt The Police tahun 1983 (Sorry, lambat update!). Aku ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga buat kekasih hati, Intan Shahnaz kerana menghadiahkan aku t-shirt ni. Memang aku idam-idamkan t-shirt ni dan akhirnya aku berjaya memiliki t-shirt ni. Terima kasih buat Mat Rebirth sebab reservedkan aku baju ni! Rebirth ada banyak baju band vintage. Senang-senang datang la. Korang sergah je Mat, tanya dia mana dia simpan baju-baju vintage ni! hehe..
Buat kekasih hati, terima kasih sekali lagi sebab memahami kehendak dan minat saya. Hehe.. Bertuah badan. Saya sayang kamu Intan Shahnaz! Ohh ya..tahniah buat kamu sebab berjaya mendapatkan pekerjaan di UTM. All the best to you sayang!


Bintang kecik - Agak-agak, besday nanti dapat baju band lagi tak? Hehehe..

Boleh percaya ke apa yang kita baca? Part 1




Sekarang ni aku tengah confuse. Masa aku belajar geografi dulu, Eiffel Tower ni terletak di Perancis. Tapi dalam Harian Metro, dorang yang sengal ni cakap kat Italy pulak! Aishh.. boleh percaya ke ni? Ke Perancis ni di bawah jajahan Itali? Ke selama ni aku kena tipu yang Eiffel Tower ni sebetolnya terletak di Italy? Ke yang memang sengal adalah penulis tersebut (Shakilawati Abd Rahman - bukan nama sebenar!)?
Kadang-kadang, kita tak boleh percaya dengan apa yang kita baca. Lagi-lagi kat Harian Metro!

Tuesday, September 15, 2009

JOJO..hamster aku!

Tak sangka, ramai juga yang bagi nama pelik-pelik untuk hamster aku ni. Hehe.. Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus dan berusaha untuk memberikan nama yang paling comel. Sekarang aku senaraikan nama-nama tu:
  1. KID / SENDOH oleh Xam
  2. HENRY ROLLIN oleh Fahmi Embrace
  3. JONI ROTTEN oleh Jamshid Muor76
  4. RAMADHAN AL-MUBARAK oleh Apek
  5. ZOOEY DESCHANEL oleh Caon
  6. RAFIQUE oleh Abang Mat Tora
  7. SID VICIOUS oleh Wewet
  8. ADNAN oleh Rajuna
  9. CHEKODOK oleh Cik Cha
  10. COKI oleh Leng
  11. BJORK / HARON oleh Meor Lusuhone
  12. HOWDI oleh Rambo
  13. JANTAN oleh I-Sya
Fuh..menarik! Tapi aku nak minta maaf sebab tak dapat pilih antara nama-nama yang telah diberikan la. Last-last, aku dan kekasih hati telah sepakat nak bagi nama JOJO kat hamster aku ni. Nanti yang betina aku bagi la nama JIJIE plak. Hehe..
So, seperti yang dijanjikan iaitu sehelai baju band untuk nama yang terpilih terpaksa la aku batalkan. Tetapi ada berita baik. Kepada semua yang telah bekerja keras bagi nama-nama yang aku senarai kan tu, aku bagi DISKAUN hebat kalau korang beli barang kat blogshop aku! So check blogshop aku. Klik sini!

Jojo dengan aksi tido dia yang tak boleh blah!

Thursday, September 3, 2009

Jangan menilai diri seseorang tu melalui luarannya..



Aku terpegun dengan mamat ni. Nyanyian lahir dari kejujuran hati. Sumpah aku sebak! Kalau korang tengok video ni, mula-mula mamat ni masuk atas stage, dia kena gelak. Even judges pun ketawakan.. Kesian. Tapi bila dia dah mula menyanyi semua tercengang! Gile.. meremang bulu roma aku bila dengar dia ni menyanyi la. Siti Norhaliza pun tak berjaya buat bulu roma aku meremang. Korang tengok je la..

Bintang kecik - JambiJB, aku tak hardcore ke layan benda alah ni? Ptuiihh!!

Wednesday, August 26, 2009

Gula-gula kapas? Hamtaro?

Okay, dah lama aku tak menulis panjang-panjang. Sempena bulan Ramadhan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua penbaca yg beragama Islam. Minggu lepas, aku dan kekasih hati telah membuat keputusan secara tiba-tiba untuk membela seekor hamster. Beberapa buah kedai telah menjadi 'mangsa' kami! Last-last sebuah kedai di Carrefour menjadi pilihan. Si Kecik ni telah mempunyai tuan yang baru! Comel tak terkata. Si Kecik ni seekor hamster jantan. Sangat keletah dan nakal. Tapi aku terhibur. Best tengok dia berlari dan bersepahkan rumah dia ni. Hehe..
Masalahnya sekarang, aku takde nama nak bagi kat si kecik ni. Agak-agak korang ada idea tak nak bagi nama apa? Nama yang terbaik akan aku hadiahkan sehelai t-shirt band! Janji..tak tipu. Bulan Ramadhan ni.. hehe.

Bintang kecik - tarikh tutup 13hb September 2009!

Wednesday, August 5, 2009

Johor: Syurga makanan?

Lapar kan? Patut la aku susah nak diet!!

Wednesday, July 29, 2009

Entri ni agak jiwang!



Saya nak tujukan lagu ni kat Miss Daimen tersayang dengan ucapan I LEBIU!!

Tuesday, July 28, 2009

Ni baru vintage!!



Sila dengar suara latar dia! Agak menyeramkan la!

Thursday, July 23, 2009

Petang tadi di Minyak Beku, Batu Pahat.

Amacam? Sorang lelaki kuar ngan 3 gadis. Takde gaduh-gaduh pun..

Wednesday, July 22, 2009

Setelah setengah tahun, ni la 1st tag yang aku jawab!!

Okay, aku dapat award ni dari Miss Daimen iaitu kekasih hati aku. Dia ugut aku kalau nak baju The Police tahun 1983, kena jawab tag ni. Maka, dengan seikhlas hati aku pun menjawab tag ni! Owh.. The Police!!

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

Miss Daimen
  1. Merupakan kekasih hati aku. Susah senang bersama-sama. Aku tengah susah, maka dia akan membelikan sehelai baju The Police tahun 1983. Bila dia susah aku kena belikan baju Blondie pula! Mana nak cari ni??
  2. Sangat peramah. Mudah untuk bergaul walaupun baru pertama kali jumpa. Best! Harap-harap dia gunakan teknik ini semasa sesi tawar-menawar t-shirt The Police 1983.
  3. Kadang-kadang dia ni boleh jadi seorang yang sensitif. Tapi selebihnya dia seorang yang sangat ceria. Mungkin dia akan lebih ceria kalau keluar dengan aku sambil aku memakai baju The Police tahun 1983.
  4. Sekarang ni dia tengah kemaruk beli kasut ala-ala vintage dengan hand bag vintage. Takpe, masing-masing ada hobi kan? Macam aku nak tambah koleksi baju vintage juga. Coming soon; The Police 1983!
  5. Seorang yang sangat baik, sopan santun, menghormati orang tua dan memahami kehendak saya. Sebabnya; dia akan belikan saya t-shirt The Police 1983! Yess..
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yang seterusnya.
  1. Anak kedua daripada tiga adik beradik lelaki.
  2. Yang paling besar dalam keluarga.
  3. Suka berpeleseran di waktu malam dan tidur di siang hari.
  4. Suka mengumpul t-shirt. Tidak menggemari baju berkolar.
  5. Obsesi terkini adalah pergi ke bundle pada setiap hari Sabtu!
  6. Seorang yang sangat boros berbelanja.
  7. Kuat makan dan tidak suka menjaga bentuk badan. Redha dengan bentuk badan yang sedia ada.
  8. Perokok Pall Mall menthol tegar!
  9. Minuman kegemaran ialah nescafe ais dan makanan kegemaran ialah kailan ikan masin.
  10. Seorang yang panas baran tetapi bersopan santun di depan bakal mertua!
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
Sorry, i malas nak pilih la. kalau u all rasa u all layak terima award ni macam i, u all jawab la tag ni ye. Bye..

Entri ini menunjukkan aku macam bagus sangat!! Part 1

Okay, camni ceritanya. Dah lama aku pendam. Kali ni aku nak luahkan juga perasaan aku yang terbuku ni. Entri ni nampak macam aku ni bagus sangat je. Tapi aku peduli apa kan? Aku nak listkan perkara-perkara yang aku sangat benci dalam hidup aku sekarang ni. Kita mulakan ye!
  • Orang yang sangat trendy. Dulu bukan main indie. Seluar kaler-kaler. Dah macam pelangi aku tengok. Sekarang ni, hardcore tengah in. Semua dah pakai seluar pendek, kasut New Balance etc. baju hardcore. Yang paling best dah pandai joget hardcore. Rilek-rilek sudaa.. Lagi satu yang konon-konon radikal. Radikal ke radi'COOL'? Ah.. Lu pikir la sendiri!
  • Aku sekarang ni kemaruk menyelam. Satu yang aku paling benci bila kita tengak usha barang kat 1 row ni tiba-tiba ada mamat kancung yang menyelit depan aku! Ciss.. rilek-rilek sudaa.. Tunggu turn la bro! Nasib la siapa yang dapat emas dulu kan? Rezeki namanya kan?
  • Aku cukup sakit hati bila ada customer yang tanya macam-macam pasal barang yang aku jual kat blog aku lepas tu tak jadi beli. Paisey gua! Dah la tanya benda-benda remeh. Aduhai.
  • Lagi teruk kalo yang dah berjanji nak beli. Dah siap minta nombor acc tu, pastu tiba-tiba senyap. Spesis makhluk ni memang aku cukup menyampah. Aku terus black list!
  • Ada yang lagi lawak, SMS aku tanya barang ada ke tak. Bila aku cakap ada, dia pun senyap je. Apa point eh? Nak buang kredit sendiri ke? Lawak-lawak!
  • Orang yang selalu buat muka ketat. Susah ke nak senyum? Bukan kena bayar pun. Kejadian ni selalu berlaku kat bazar tempat aku niaga dengan kekasih hati. Biasanya penggemar muka ketat ni perempuan. Sorry, bukan bersifat sexist tapi kenyataan. Tak percaya sila tanya kekasih hati! Ye la, kalau dah berniaga mesti la kena promote barangan kita jual kan? So, bila kitorang promote sambil pelawa orang yang datang, ada la dua tiga pemuka ketat ni wat muka yang kalo korang tengok pun macam nak lempang. Rilek la kak! Kalau geli dengan barang-barang 2nd ni, tolong la jangan datang bazar. Buat semak la kak!!
  • Orang yang meludah merata-rata. Lagi-lagi kalau aku tengah makan. Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba ada mamat lalu sebelah meja aku, meneran kahak 1 kali dan dengan selambanya meludah! Cipet betol!
  • Orang yang suka backstab. Depan kita punya la baik. Belakang kita mengutuk kaw-kaw! Aku masih berdendam dengan budak Rantai mulut besar ni! Elak kena nyak je kalau kau balik JB. Haha.. "Call me a friend but you stab me in the back.. You pretend we get along.. Its all just an act you always use people to get what you need.. You take advantage of others to satisfy yourself - Friends Like You by Sick Of It All, 1987". Baru hardcore gini!

Akan bersambung..kalau aku rajin! Hehe

Thursday, July 16, 2009

Kalau terasa nak beli barang-barang murah, sila la datang!!

We sell rare band's & branded t-shirts, pre-loved dress,
blouse, bags, shoes, vinyl,
CD, vintage toys and many more pre-loved item at affordable price.
Come and meet us here!
(Cheh..speaking London plak!)

Thursday, July 9, 2009

I'm a loser bebeh, so why don't you kill me!!



Kalo aku seorang musician memang aku selalu main lagu ni berulang-ulang kali sampai muntah! Ahakss..!

Wednesday, July 8, 2009

How to hardcore dance?



Cool kan kalo jadi budak hardcore sekarang ni? Duuhhh...

Tuesday, July 7, 2009

Mari pekena kerang di Sg. Lurus!!

Sorry geng! Dah lama tak update blog ni. Busy dengan bisnes juta-juta. Duit tu.. hehe. Sepanjang proses hibernasi aku, sempat juga aku pekena kerang bakar berlada kat Sungai Lurus, Batu Pahat dengan member-member serumah. Aku baru pertama kali ke sini. Aku dengar kerang kat sini terbaik..


  • Lokasi kedai ni terletak di Sungai Lurus, Batu Pahat, Johor. Dari Batu Pahat lebih kurang 15km. Nak cari Sungai Lurus ni senang je. Kalau dari Batu Pahat, korang cari jalan ke Pontian. Selepas pekan Koris, mata korang kena awas. Sungai Lurus terletak sebelah kanan korang. Tengok signboard Sungai Lurus. Masuk je terus dalam kawasan kampung tu sampai korang jumpa laut. Kedai ni terletak di sebelah kiri korang. Ada bilik karaoke kat sebelah dia.
  • Waktu perniagaan kedai ni bermula pada pukul 5 petang hingga 9 malam. So, kepada sesiapa yang dah mengidam makan kerang kena datang awal la. Tempat pulak mcm terhad.
  • Dengar cerita, kalau hari minggu pukul 8 malam kerang dah habis! Haa.. baik datang awal. Melepas nanti!
  • Apa yang menarik kat sini adalah pemandangan dia yang cantik. Sambil makan boleh menikmati pemandangan yang menarik. Sejuk hati dan mata memandang!
  • Okay, cerita pasal makanan pula. Specialties kedai ni kerang bakar bersambal. Memang terbaik. Kalau biasa yang aku selalu makan, kulit kerang je yang kena sambal tp kat kedai ni, tukang masak dia membelah kerang tu dulu, baru bakar dengan sambal. So sambal tu meresap masuk kena isi kerang. Marvellous beb!
  • Ada dua pilihan untuk makan kerang. Iaitu dengan nasi putih atau pun makan begitu sahaja. Aku tengah lapar time ni so aku order nasi putih. Agak janggal la pada mulanya sebab makan tanpa kuah. Tapi disebabkan kerang tu sedap, aku belasah je!
  • Harga untuk 1 mangkuk kerang adalah RM4.50. Pada aku dah cukup murah dengan kuantitinya. Aku makan sampai langit-langit dan lidah melecet! Hehe..
  • Tetapi ada sedikit komen. Air dia tak sedap. Sungguh tak kaw! Aku harap tokey kedai ni tukar tukang buat air. Memang potong!
  • Diharap pekerja kedai tidak membuang sisa-sisa makanan ke bawah kedai (bawah kedai ni pantai). Sungguh menjijikkan dan mengotorkan kawasan. Tolong la cintai alam sekitar kita.
p/s - Disebabkan kerang kat sini terbaik, aku akan return lagi satu hari nanti!