Tuesday, September 9, 2008

Rebirth Concept Store..

Plaza Seni, Johor Bahru. Apa yang menarik ada di Plaza Seni? Gadis-gadis hot bersantai indah? Mamat-mamat shuffle menari ketam? Semua persoalan diatas jawapannya TIDAK. Terletak di tengah-tengah pusat Bandar Johor Bahru, Plaza Seni adalah sebuah pusat perniagaan (dalam bahasa omputih Shopping Complex) yang kurang berjaya menarik minat pemuda-pemudi untuk mencuci mata melihat gadis-gadis hot berpeleseran. Terdapat beberapa buah kedai yang menjual ubat-ubatan tradisional (yang diluluskan kerajaan), menjual kain-kain, pusat urut tradisional serta kedai menggunting rambut. Memang kurang daya penarik di sini.

Tetapi, disebalik ketidak'best'an Plaza Seni ini, terdapat sebuah kedai yang berjaya menarik minat pemuda-pemudi untuk datang ke sini. Rebirth Concept Store yang dimiliki oleh Matt (nama sebenar adalah rahsia) telah berjaya menarik perhatian aku untuk datang membeli-belah serta melepak di sini. Rebirth Concept Store ini adalah sebuah kedai yang menjual pakaian-pakaian (baju, seluar, topi, kasut dan beg) terpakai dan juga CD dari band-band indie/hc tempatan dan juga oversea. Atau lebih mudah dikenali dalam bahasa pasar “kedai bundle”.

Masuk sahaja di kedai ini, anda akan disambut dengan senyuman manis pekerja yang menjaga kedai ini iaitu Cik Syikin (Perhatian: Dia ni dah berpunya!). Terus anda akan terasa selesa untuk membelek-belek barangan di kedai ini. Bukan macam sesetengah kedai/butik di pusat perniagaan yang lain, kerek semacam je dia punya pelayan. (Ingat aku takde duit ke nak beli barang kat kedai kau? Kau baru staff dah buat muka kerek! Ciss!)

Apa yang menariknya di sini, barangan yang terdapat di kedai ini kebanyakkannya memenuhi citarasa peminat barangan bundle. Pakaian yang dijual terdiri daripada pakaian lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak. Kualiti pakaian yang tinggi serta mengikuti perkembangan trend waktu kini. Kalau nak cari t-shirt band pun banyak di kedai ini. Ada yang baru dan juga terpakai. So kepada pengumpul baju-baju band yang ‘rare’, boleh juga datang ke kedai ini.

Suasana menarik di dalam Rebirth Concept Store..






Turut terdapat dikedai ini adalah beberapa koleksi barangan (mainan, kasut, baju dan topi) yang pada aku sangat ‘rare’ hanya untuk display sahaja. Setahu aku, pemilik kedai ini suka mengumpul barangan yang ‘rare’ dan ‘vintage’ yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Anda semua boleh melihat barangan-barangan tersebut di susun di atas rak yang terdapat di belakang counter cashier di kedai ini. Jikalau anda benar-benar berminat untuk memiliki barangan tersebut eloklah jika anda membodek tuan punya kedai serta menawarkan dengan harga yang cukup tinggi. Ciss.. HA HA!

Antara koleksi barangan yang ada di Rebirth Concept Store yang telah membuat aku jeles..








Antara anak-anak liar yang suka melepak di Rebirth Concept Store (Perhatian: jejaka berbaju merah bertopi adalah tokey kedai!)..

Beberapa fakta menarik tentang Rebirth Concept Store:
* Pemilik kedai ini mempunyai beberapa rangkaian kedai yang lain di daerah JB.
* Mempunyai koleksi barangan ‘vintage’ dan ‘rare’ yang boleh membuatkan pengunjung berasa cemburu serta mahu memilikinya. (Mat, aku nak topi komunis tu!!)
* Rajinkan diri anda untuk berkunjung ke kedai ini kerana barangan selalu di update.
* Pemilik kedai ini memiliki koleksi piring hitam dari band-band era 80-an seperti Blondie, Pink Floyd, The Beatles, Led Zeppelin, Black Sabbath dan banyak lagi. Ada turntable dan boleh dimainkan.
* Apa yang menariknya, harga barangan di kedai ini boleh dirunding! Bodek je Matt ni.. HA HA..
* Rebirth Concept Store ini biasanya dikenali sebagai BUNDLE MATT @ TOPMAT oleh anak muda di JB.
* Rebirth Concept Store ini selalu menjadi port lepak budak-budak band indie/ug JB dan KL. Boy Novelea suke lepak kedai ni.
* Di kedai ini boleh merokok. Yeay! Ash tray disediakan.
* Tokey kedai ini sangat pemalu dengan lensa kamera.

Alamat: F13, Bangunan Plaza Seni, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor.
Hubungi: 017-744 6944 (Matt – tokey kedai)
www.myspace.com/rbth
Waktu: 11.00 am – 9.30 pm
Jenis perniagaan: Concept store pakaian baru dan terpakai (vintage/retro, CDs)
Harga: RM 10 hingga RM 200 (boleh dirunding)

(Picture credit to Intan Shahnaz & Wandi)

Rating – 3.5

21 comments:

Anonymous said...

wahhh!! ade action figure yg rare tu..for sale ke..? hehehe..bleh jadi the next meeting point..heheh...btw it's nice to know such place in JB..hopefully there are more to come in the future..infoshop or etcs...bleh letak brg diy di situ ke endi..? hehhe..klu bole..kene lawat tiap2 minggu..mane tau ade good release to grab!!..Support Topmat!! hehe!

Si Jambi Darat said...

man..xjual la action figure tu..aku geram je tgk..hehehe
yup..harap2 nanti ada info shop la kat JB..we have to do sumthing..hehehe!
eh,bleh je letak barang2 diy kat situ..nak letak zine ke,cd ke,tapes ke..semua bleh..
Support TOPMAT!!
TOPMAT rulez!!

.farah. said...

wehh ala apsal pic leop sowang jek ade..aku nk la jugak wehh..time aku lepak kaw tanak plak amik gambo gambo kan endy..chait.

*glamer la si leop ni jap lg..haha

Anonymous said...

wooooo!!!!!!!!Gila best! Rare habeh!Oi, rugged oi bundle ni. Gila ah, concept dia lain! Oi, aku suka sangat kedai ni oi!! Aku nak g oi!

p/s-Tolong kirmkan salam saya pada header baru yang canggih dan bergaya itu, hehe.

l.i.f.e said...

urghhhh ada doc mart warna biru tu

:(( *sumpah pencuri itu menjadi tenggiling*

Rajuna said...

endy
kasi bukak kedai ini mcam kat bp mesti melletopz beb!

Si Jambi Darat said...

To farah..
* ala,ko lepak time bila? dah mmg rezeki ko la!hahaha... mmg aki nak naik kan liup ni! hahahaha

To Ukie..
* Ukie,ko kena tgk baju2 band yg ada kat kedai ni..sgt rare!! geram aku..hahaha

To l.i.f.e..
* eh,ko kena dtg beb kedai ni..harga doc mart leh runding..hahahaha

To rajuna..
* a ah kan..kat bp xde kedai camni kan..perghh..

Anonymous said...

banyak kali lepak kat TOPMAT ni tp xpernah bli brg2 nye..huhuhu..

apek terror said...

gua nak g beli figure sex pistol tu la...cantik beb...

Rembo said...

bape kedai ni bayo ko wat review nih?
hehehe

muor76 said...

salam brader... baju band byk ker?
bese bape yerk rate baju band kat johor?

Si Jambi Darat said...

to preciousdiamond..
* eh,sapu tgh burberrys tu i beli k!hahahaha

to apek..
* action figure tu bukan utk dijual la..kalo jual dah lama aku beli beb!hahaha

to rambo..
* ala,dia payung aku baju arcade fire 1 helai..hehehe

to muor76..
* tgk owner gak la.kalo yg xtau psal band dia letak rm5 je..kalo mcm kedai ni agak pricy sket sebab owner dia into band2 and brg2 yg rare..tp worth it la..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

woi berapa harga kedai tu? gua nak beli 3..

Si Jambi Darat said...

pipi..wa rasa dorang xnak jual kedai tu ngan lu..
hidup lu kena btol2 stabil ngan income rm10ribu setiap bulan baru bleh kot..hahahaha!!

Anonymous said...

wah~ endy ada blogs seh. Bole exchanges link ni =)

Selamat Berpuasa Bro!

Nurul Farhanna said...

hoo sgt tau kewujodan kedai ini. loveeeeeeeeeeeee it!

Si Jambi Darat said...

to hafidz..
* hehehe..boleh aje!

to farhanna..
* dtg2 la selalu kedai ni..banyak barang rare..hehehe

.miss daimen. said...

kat rebith ni byk gile dvd best2..
aku agak teruja mau menontonnya..
betol x encik jambi darat??

Si Jambi Darat said...

yup..btol tu..
tp apakan daya tu mt yg punya!!
jom kita cari dvd kat pelangi!!
hehehehe

AUR said...

Syabas!!! Rebirth Concept Store telah menge'best'kan plaza seni...

Unknown said...

Slm admin ..
Sory mencelah ..
Saya ad baju ADDICTION ORIGINAL untuk di let go ..
Agk2 boleh jalan x ??
Boleh wasap sye di 0179251814 ..
Tq admin