Beberapa fakta menarik mengenai Roost Juice + Bar:
- Lokasi kedai ini sangat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Terletak di kawasan kedai-kedai lama di Jalan Dhoby yang juga terkenal dengan port pondan 'expired'.
- Digalakkan membawa motosikal untuk datang ke sini. Parking memang susah nak dapat. Kalau bernasib baik dapat la dekat-dekat area kedai ni.
- Suasana di dalam kedai ini sangat menarik. Ia mengekalkan konsep antik. Bila anda melangkah masuk ke dalam kedai ini, pasti akan merasakan satu perasaan yang selesa dan tenang. Pemilik kedai ini bijak menghasilkan suasana ambient dengan penggunaan cahaya yang suram diiring lagu-lagu yang menusuk kalbu. Chewahh..
- Kesemua perabot dan hiasan dalaman yang digunakan di dalam kedai ini adalah antik dari era 60-an hingga 80-an. Kesemuanya adalah terpakai. Anda pasti kagum dengan barangan yang ada di dalam kedai ini. Pasti!
- Rekabentuk dalaman kedai ini diilhamkan sendiri oleh pemilik kedai ini. Cukup kreatif dan sesuai dengan konsep kedai ini.
- Ruangan makan adalah 2 tingkat. Anda boleh memilih untuk makan di tingkat bawah mahupun di tingkat atas. Kedai ini adalah berhawa dingin. Oleh itu merokok adalah dilarang sama sekali. Tetapi di tingkat atas, ada disediakan ruangan untuk merokok. Aku dan kawan-kawan biasanya dah chop tempat tu. VIP Corner untuk kami. Haha..
- Di tingkat atas kedai ini juga terdapat sebuah butik pakaian vintage yang dikenali sebagai The Girl Next Door. Kebanyakan pakaian adalah untuk wanita tetapi masih ada juga pakaian untuk lelaki. Terdapat pelbagai barangan vintage di jual contohnya seperti dress wanita, jaket, t-shirt, kasut dan juga aksesori wanita. Kebanyakan barangan adalah sangat rare. Ada yang terpakai dan ada yang baru. Harga yang berpatutan dikenakan. Boleh nego. So, buat-buat baik dengan pemiliknya ok.
- Jika anda nak potong rambut pun boleh. Perkhidmatan memotong rambut disediakan oleh pemilik butik The Girl Next Door. Harga juga berpatutan dengan khidmat yang diberikan. Gerenti puas hati.
- Makanan yang disediakan terdiri daripada hidangan chinese dan juga western. Sedap dengan harga yang berpatutan. Apa yang menarik di sini cawan yang digunakan sangat unik kerana ia berbentuk seperti timba. Kalau order air gas, ia didatangi dengan botol. Vintage kan? Hehe..
- Harga makanan dan minuman dalam lingkungan RM2 hingga RM15. Murah kan?
- Kedai ini juga ada menjual mainan-mainan yang antik seperti paper doll, tin robot dan banyak lagi. Semuanya memang susah nak dapat (hard to find/rare). Harga boleh tanya pada pemilik kedai ini.
- Layanan yang diberikan oleh pekerjanya juga sangat mesra. Rasa seperti dihargai membuatkan aku selesa untuk lepak di kedai ini. Juga pemilik kedai (Hai) dan butik (Bee) yang cukup peramah. Selesa.
- Pengunjung yang datang ke kedai ini terdiri daripada berbilang kaum. Aku terasa perpaduan kaum gitu.
- Sebelum terlupa, kedai ni ada wi-fi. So, kepada sesiapa yang baru beli laptop dan membawanya kehulu kehilir, eloklah singgah di kedai ini untuk online. Free je. Cuma kena order la air ke, makan ke. Bukan macam mamak yang caj 50 sen untuk 1 jam. Cekik darah betol!
Rating - 3.5