Tuesday, January 13, 2009

ANTI-WAR; Save Palestine!

Pada 10hb Januari yang lalu, sekumpulan sahabat aku telah menganjurkan demonstrasi jalanan anti-war bertempat di hadapan Jalan Wong Ah Fook, JB. Perarakan ini dilakukan dengan kerjasama SUARAM JB. Perarakan ini bertujuan untuk memprotes terhadap peperangan dan kekejaman yang berlaku di Palestine. Ia merupakan tanda sokongan bagi melawan penindasan yang telah dilakukan oleh konspirator Israel-Zionis dan US di atas bumi Palestine.
Demonstrasi dimulakan pada jam 5 petang bermula dari hadapan Plaza seni terus ke Plaza City Square. Malangnya aku tidak dapat turut serta kerana mempunyai rancangan awal pada hari tersebut. Tetapi aku dapat melibatkan diri pada sesi candle lite vigil pada malam tersebut. Aku juga telah mengambil inisiatif sendiri dengan menampal poster ANTI-WAR pada cermin belakang kereta aku tanda protes aku!
Aku harap, kawan-kawan yang lain dapat turut serta menampal poster ANTI-WAR pada kereta masing-masing tanda protes terhadap kekejaman Israel dan US. SAMA BANGKIT, SAMA LAWAN!

Untuk keterangan lanjut, layari: http://gugusankata.blogspot.com

Bintang kecik - Minimakan pengeluaran wang terhadap produk-produk US dan zionis!

2 comments:

iyan said...

tapi gua nampak cermin depan keta lu ada sticker mcd?
he...

Si Jambi Darat said...

iyan - haa..lu x prasan ada pangkah kat mcd tu!hehe