Ini bukan realiti tv. Tapi realiti. Sunburst KL '09 ada membuat kejutan pada tahun ini. Mereka memberi hak kepada kamu semua untuk mengundi band dari 5 buah negeri untuk perform di main stage Sunburst KL '09. 4 band dari negeri Johor telah dipilih iaitu Novelea, Green Love, Juno Hana dan Cholyra untuk merebut peluang ini. So, warga JB semua, mari kita mengundi. Berikut adalah lokasinya:- 28hb Februari 2009 - RHINO TERRACE, Johor Cultural & Sports Club, 623 Jalan Colonel Wilson, Johor Bahru. (Belakang Dataran Bandaraya)
- 5hb Mac 2009 - CARRIBEAN BISTRO, No. 1, Jalan Dedap 3, Taman Johor Jaya, Johor Bahru. (Sebelah Daiman Bowl, Tmn. Johor Jaya)
- 6hb Mac 2009 - SOHO ROOM BISTRO, 64, 66, 68 Jalan Sutera Tanjong 8/3, Taman Sutera Utama, Johor Bahru. (Sebelah Sutera Mall)
- 7hb Mac 2009 - HOLA PUB & BISTRO, No. 14G, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Kampung wadihana, Johor Bahru. (Depan Plaza DNP)
DATANG TAU!
Bintang kecik - Sunburst tahun ni tak best! Tapi peduli apa, yang penting aku dapat all access pass! Aku nak ambik gambar dengan Korn! Hahaha..






