Thursday, January 15, 2009

Weeettt...Weeetttt.. Hi Kak Long!



Gua dah cakap, lu kalau nak racing pakai la kasut. Pakai kasut.. paham?

Wednesday, January 14, 2009

Tuesday, January 13, 2009

Barang lama pun berharga juga kan? [Kewangan aku belum kukuh..]

Ada seorang kawan pernah bercakap dengan aku yang dia tak boleh pakai barang-barang terpakai. Sebab nanti badan dia gatal. Geli aku dengar. Manja sangat. Pada aku, kalau dah basuh baju tu, pakai je la dengan selamba. Kadang-kadang baju terpakai ni cantik. Lepas tu benda rare. Bernilai pula tu.
So, cuba klik sini. Ada barangan terpakai yang berharga tau!

Sumpah, aku tak tipu!

ANTI-WAR; Save Palestine!

Pada 10hb Januari yang lalu, sekumpulan sahabat aku telah menganjurkan demonstrasi jalanan anti-war bertempat di hadapan Jalan Wong Ah Fook, JB. Perarakan ini dilakukan dengan kerjasama SUARAM JB. Perarakan ini bertujuan untuk memprotes terhadap peperangan dan kekejaman yang berlaku di Palestine. Ia merupakan tanda sokongan bagi melawan penindasan yang telah dilakukan oleh konspirator Israel-Zionis dan US di atas bumi Palestine.
Demonstrasi dimulakan pada jam 5 petang bermula dari hadapan Plaza seni terus ke Plaza City Square. Malangnya aku tidak dapat turut serta kerana mempunyai rancangan awal pada hari tersebut. Tetapi aku dapat melibatkan diri pada sesi candle lite vigil pada malam tersebut. Aku juga telah mengambil inisiatif sendiri dengan menampal poster ANTI-WAR pada cermin belakang kereta aku tanda protes aku!
Aku harap, kawan-kawan yang lain dapat turut serta menampal poster ANTI-WAR pada kereta masing-masing tanda protes terhadap kekejaman Israel dan US. SAMA BANGKIT, SAMA LAWAN!

Untuk keterangan lanjut, layari: http://gugusankata.blogspot.com

Bintang kecik - Minimakan pengeluaran wang terhadap produk-produk US dan zionis!

Friday, January 9, 2009

Lukisan comot pun ada harga juga kan? [Kewangan aku belum kukuh..]

Aku bukan seorang pelukis. Malah, dari sekolah rendah memang lukisan aku sentiasa comot. Tapi pernah sekali masa aku darjah 6 aku menang hadiah saguhati dalam pertandingan melukis. Itu pun setelah sorang kawan aku (yang sememangnya pakar melukis) telah membantu aku. Aku hanya mewarna je. Itulah pencapaian aku yang terbaik dalam bidang lukisan ni.

Tapi aku cukup suka dengan lukisan mamat ni. Nampak comot tapi penuh dengan maksud-maksud yang tersirat. Korang kena cekidaut la mamat ni. Dia peberet aku. Kalau nak tengok merchandise dia pun okay jugak. Just klik kat sini je.

Cerita hindi kadang-kadang best juga kan? [Kewangan tak kukuh lagi..]

Benda alah ni dah lama ada kat aku. Nak jual tapi tak terjual-jual. So, kalau sesiapa berminat, pergi la kat sini. Ada detail pasal benda ni semua. Benda ni pada aku rare. Sebab made in India. Original dari sana. Bukan Malaysia pressing. Tu yang rare. Lagi satu sebab kedua-dua cerita ni memang legend. Korang tak percaya, tanya parents korang. Mesti diorang pernah tengok cerita ni sambil nangis-nangis.

Gua tak tipu.

Kalau orang kata aku hot, maknanya aku hot..

1. Anda rasa anda hot?
Ye, aku memang hot. Kadang-kadang aku hot tempered. Si dia pun cakap aku hot tempered. Aku suka band Hot Hot Heat. Kalau tengah musim hujan aku suka minum Hot Choc. Tapi kalau musim panas memang hot. Terasa la diri aku ni hot.

2. Upload gambar kegemaran anda.


3. Kenapa anda suka gambar ini?
Aku suka gambar ni sebab aku nampak cool je. Ada orang cakap aku macam Pijie Bittersweet. Auww.. Tapi yang paling gempak sebab aku bergaya dengan jaket dan spec pinjam. Piring hitam pada dinding tu nampak vintage. I like..

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Erm, masa tu birthday si dia. Aku belanja. Dah lama tak makan pizza. Setelah beberapa bulan baru dapat merasa. Pizza tak mengenyangkan.

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
Einstein I Ain't - Scream! Shout! Say Nothing. Band ni best. Hardcore dicampur dengan sound-sound post rock. Ada feel ambient yang membuatkan aku melayang.

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Aku tengah download lagu-lagu untuk halwa telinga aku. Sambil-sambil tu aku tengah pikir nak tag siapa tanpa gaduh-gaduh.

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
  1. Fendy of Today - Nama yang nampak hardcore! Haha..
  2. Endy Player - Nama ni sangat legend!
  3. Endy Flop Pussy - Nampak lucah bukan?
  4. Endy Jambu - Kekacakan diri ini amat dicemburui oleh lelaki bernama Chuel.
8. Tag lagi 6 orang.
  1. Miss daimen
  2. Jimbo
  3. Alina
  4. Zamie Bacteria
  5. Timmy Cacat
  6. Chuel
9. Siapa orang nombor 1?
Kekasih hati saya.. sigh

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
Dia ada hubungan cinta dengan Zamie. Semoga hubungan mereka berkekalan. Dengar cite diorang dah pergi kursus kahwin.

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
Nanti gua carikan barang-barang Coke untuk lu. Ada brani? Tapi lu tau kan Coke tu barangan yahudi? hehe..

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
Dia kekasih hati Alina. Nak lebih lanjut, tanya sendiri kat tuan punya badan.

13. Siapakah orang nombor 2?
Gangster Tiram. Sudah berkahwin. Anak sorang. Budak punk tapi tak busuk.

14. Bagi pesanan pada orang nombor 6?
Konon-konon gangster Tiram. Tapi dah lama tak balik Tiram. Blah la lu Chuel!