Thursday, February 19, 2009

Hujung minggu, aku bantai berniaga je!

Fuhh.. weekend yang lepas memang paling busy buat aku dan kekasih hati. Kitorang belasah berniaga dari hari Jumaat hingga Ahad. Hari Jumaat dan Sabtu kitorang berniaga di Bazar JB menjual barangan-barangan terpakai (pre-loved), terdiri daripada baju, dress, cermin mata, beg dan banyak lagi. Kitorang bergabung tenaga bersama Matt dari Rebirth Concept Store menjual barang-barang tersebut. Sambutan amat menggalakkan. Memang puas hati la berniaga time tu. Dapat ramai kawan baru dikalangan pakcik-pakcik yang berniaga di situ. Diorang pun friendly juga. Cuma yang tak best, tempat kena berebut dengan peniaga lain. First come first serve! Tapi kami bernasib baik kerana beberapa orang peniaga kat situ tolong kitorang cari spot yang baik. So, kalau nak jumpa kitorang, datang la ke Bazar JB setiap hari Jumaat dan Sabtu ye.

Hari Ahad pula, kitorang bercadang nak buka booth menjual air di Pangsapuri Saujana. Ada sambutan Chinggay time tu. Kitorang bergabung tenaga dengan Anep yang menjual burger. Gile penat time ni. Orang tak putus-putus datang. Satu keputusan yang bijak oleh kekasih hati untuk menjual air time Chinggay ni. Keuntungan amat memuaskan hati! So, tiap-tiap tahun kitorang dah bercadang nak jual air time event ni! Yess..

Kesian awek gua, lepas ni susah la nak dating time hujung minggu!

Bintang kecik - Apa kelas berniaga kat UTM je? Tak berkembang langsung!!

10 comments:

matakucing said...

hoho...masyukkkkkkk

bacteria said...

weh, pesal aku x jumpe gerai ko ek??

Si Jambi Darat said...

mata kucing-boleh la tahan!

zamie-ko xcari btol2..hehe

AiYa said...

eleh kira niaga sama2 tu dating la jugak kan kan kekasih hati

*xcaya g tanya dia.

leng said...

pasni da bleh tuko bodykit ikan ko la..takde la nak berpusing2 lagi kat tengah jalan...hahaha..

Anonymous said...

dating ke laut!

muor76 said...

bagus ler lu nege beb... 9/10 rejeki dtg dari hasil nege... tapi kene ler nege yg betul dan bebetul.. semoge rejeki ko bertambah.. awek dah ade.. bile kawin beb?

paranoid of death said...

Hullamak bosh..best le kat JB..kalau aku kat JB leh join sekaki..kekeke.. Weh bosh..and di TAG..kekeke

Anonymous said...

shobih, best lah kau jambi! kalau tiap hujung minggu ada income masok
konfirm layan~nanti aku g jb kau kena belanja aku~ :D

Si Jambi Darat said...

aiya - tu x kira dating la..kekasih hati x iktiraf camtu dating!hahaha..

lengcipan - haha..aku nak tukar kete terus je nanti..hahaha

modandi - hehe!waklu!!ingat aku gi memancing ke?

muor76 - ala,kecil2an je..habiskan stok baju band je..kawin lambat lagi..3 thun lagi..masih muda lg..hahaha

azmal - perghh..kena tag.nanti aku reply.haa..kalo x de pepehal turun la JB weh..

ukee - kalo ko trun JB kompom aku belanja!meh la bro..