Wednesday, February 4, 2009

Jutawan fakir?

Aku baru sahaja selesai menonton dvd filem ini. Ini semua hasil hasutan kekasih hati aku yang mengatakan bahawa cerita ni best. Aku memang menyampah sikit nak menonton filem hindustan. Cerita 3 jam tapi part nyanyi dan joget beramai-ramai 1 jam setengah. Boleh tertidur aku. Tapi cerita ni lain. Memang hebat. Two thumbs up wa cakap lu!!
Sedikit info mengenai pengarah filem ini. Danny Boyle dilahirkan di Manchester dan pernah bekerja dalam bidang teater dan juga televisyen sebelum mula berjinak mengarah filem. Filem pertama beliau adalah Shallow Grave (1994) di mana beliau mula membina nama dalam bidang perfileman ini. Tetapi filem arahan beliau, Trainspotting pada tahun 1996 telah membuatkan beliau terkenal.
Sedikit sinopsis cerita ini. Mengisahkan seorang remaja berusia 18 tahun, Jamal Malik yang berasal dari kawasan miskin di Mumbai yang mengejutkan peminat rancangan "Who Wants To Be A Millionaire" di India dengan menjawab kesemua jawapan dengan tepat sehingga bergelar jutawan. Kehebatan pemuda ini menjawab dengan tepat telah mengakibatkan dia di tahan oleh pihak berkuasa kerana dia disyaki menipu. Dalam membuktikan dia tidak bersalah, Jamal telah menceritakan kisah kehidupan dia dan abangnya ketika kecil yang penuh ranjau. Setiap bab dalam kisah kehidupan Jamal, memberi jawapan kepada kesemua soalan-soalan di dalam rancangan tersebut. Inilah yang dinamakan takdir dan rezeki. Di dalam pada masa yang sama, pemuda ini menghadapi konflik dalam percintaan dan juga hubungan persaudaraan dengan abangnya.

Beberapa fakta menarik mengenai Slumdog Millionaire:
  • Filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel terkenal yang ditulis oleh Vikas Swarup iaitu 'Q & A' yang juga telah diterjemahkan kepada 32 bahasa.
  • Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal dari Manchester iaitu Danny Boyle yang juga pernah mengarahkan filem Trainspotting (1996).
  • Telah memenangi 4 anugerah dalam Golden Globe Award iaitu Best Motion Picture, Best Director, Best Screenplay dan Best Music.
  • Telah mendapat 10 pencalonan Oscar termasuk Best Film dan Best Director.
  • Tiada babak menyanyi dan berjoget beramai-ramai. Jadi running time untuk filem ini hanya 2 jam sahaja. Tetapi dibahagian akhir filem ini (masa keluar nama pelakon) ada babak menyanyi dan berjoget beramai-ramai oleh hero dan heroin filem ini. Cerita hindustan memang tak boleh lari dengan babak ni kot.
  • Tiada babak bergaduh beramai-ramai yang mengeluarkan bunyi bukan-bukan.
  • Tapi ada cacat sikit kat cerita ni. Macam mana remaja yang tak pernah mendapat pendidikan secara formal boleh speaking english siap dengan slang UK lagi? Tu yang tak logik sikit pada aku. Kecik-kecik dah boleh speaking. Padahal kalau dilihat dari surrounding budak tu memang tak masuk akal. Dunia dah berubah, teknologi semakin maju kot. Aku je yang kolot.
  • Seperti biasa, hero mesti ada rupa sikit. Tapi abang hero muka tak kacak langsung. Kalau dah nama adik-beradik mesti ada iras-iras kan?
  • Buat pertama kali aku menonton filem hindi dengan penuh khusyuk sambil berangan jadi jutawan.
Bintang kecik - Boleh rekemen kan aku filem hindustan yang takde joget-joget tak?

Rating - 3.5

13 comments:

paranoid of death said...

alamak..mcm besh jek citer ni..aku ada baca gak review citer ni kat The Star.. aku ingat pelakun pompuan tu Jac Victor..ehehehe..bukan eee endy.. katne ko dpt DVD dia..pirate kape?mau cari gak le..

p/s: semu citer hindustan yang aku tengok ada nyanyi la bro.. paling best cite hindi aku layan MOHABBATEIN..sedih siot..sampai nangis aku..kekekek

Si Jambi Darat said...

mal - citer ni mmg best!lain daripada yg len..mcm biasa la,pirate beb..dah melambak kuar.hehehe

.miss daimen. said...

wah dah review sey..
kan i dah cakap dgn syg cite ni best..
mesti tonton punye..wajib la..
huhuhuhu..

bacteria said...

aku br tgk bharian on9 td.. dikatakan cerita ni kena boikot di india.. huhu..

Si Jambi Darat said...

miss daimen - thanx sebab berjaya saiko i menonton citer ni.mmg puas hati..i suke!

zamie - tu la pasal,dorang wat bantahan.maybe sebab tajuk dia kot.tp pd aku secara tak langsung menaikkan nama penduduk tu gak..ntah la.manusia..manusia..

iyan said...

last citer hindustan aku tgk kabhi kushi kabhi gam...
ntah bape tahun lps...
nk kena carik mood balik nk tgk filem hindi nih...

Si Jambi Darat said...

iyan - citer ni ko tak perlu cari mood.sebab mmg best..director filem trainspotting tu beb...

Beingyunie said...

ko tau x..aku agak bengang bilew masuk blog ko.
pg td kul 10 pg aku download movie ni.smpai kul 8.50mlm xhabis² lg download.
time tu dh 91% complete.
pastu beberape saat tu rumah aku blacout kejap!
mcm BABI.
arghhhhhhhhhhh!!!aku mcm nk bunuh org ko tau!

Si Jambi Darat said...

yunie - hahaha..sabar tu kan separuh dari iman.apa ko susah2 nak dwnload.gi je beli yg pirate punya. baru RM4. boleh simpan wat kenangan tau..citer ni sgt puas hati..best!
kalo ko nak bunuh org ajak aku..ada senarai org yg aku nak bunuh gak.hahah

bacteria said...

aku suggest kat Beingyunie tu download aje free download manager. if sumthing wrong mcm blackout, dia boleh continue balik download.. so save time!

Beingyunie said...

kehkehkeh aku xsuke beli cd.
habis duit.
btw aku dh download pakai ares.
aritu xleh gune idm.problem sikit.
citer ni mmg best beb!tp mcm ko jugak la tanye,mcm mane die leh speaking baik punye.
kalah aku!hahahahhaa

l.i.f.e said...

owhhh
harus cari cd or dvd cerita ini segera

Si Jambi Darat said...

yunie: kan aku dah ckp, budak setinggan speaking slang UK tu..hehehe.dlm citer dia xde gi sekolah pun.gi sekolah pun kena baling buku..hehehe

life: btol tu..wajib cari!!