Thursday, October 23, 2008

Chicken Chop @ It Roo Cafe, JB




IT ROO CAFE. Alamat: 17, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-222 7780. Waktu perniagaan: 12.00 pm - 12.00 am. Jenis hidangan: western, hidangan cina dan tempatan.

Beberapa fakta mengenai It Roo Cafe:
  • Lokasi kedai ini adalah cukup strategik kerana ia terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Amat mudah untuk mencari kedai ini kerana ia terletak di kawasan 'pondan' yang terkenal di Johor Bahru. hehe..
  • Suasana di dalam kedai ini cukup santai. Ia mengekalkan konsep cafe era 80'an. Terdapat gambar-gambar old school yang digantung pada dinding kedai ini yang membolehkan kita berasa seperti berada di zaman tersebut.
  • Terdapat dua kawasan untuk kita makan iaitu di dalam dan di luar kedai. Di kawasan dalam adalah berhawa dingin dan merokok adalah di larang sama sekali. Di kawasan luar sangat santai dengan dikelilingi oleh pokok-pokok renek yang sengaja diletakkan di sekeliling kawasan kedai. Boleh merokok di luar.
  • Layanan yang cukup baik oleh pelayan kedai ini membuatkan aku selesa dan terasa dihargai dan dihormati. Terbaik.
  • Pernah dianugerahkan "The Best Chicken Chop" oleh surat khabar The Star pada tahun 2003. Kalian harus mencuba Chicken Chop di sini.
  • Set Chicken Chop disajikan sekali dengan hirisan tomato, timun, kacang hijau dan kentang yang dipotong dan digoreng sendiri. Kombinasi ini dapat mengurangkan rasa mual.
  • Saiz Chicken Chop yang agak besar boleh mengenyangkan perot yang sederhana besar macam aku.
  • Harga Chicken Chop di sini berpatutan dengan saiznya iaitu RM11. Harga-harga makanan dan minuman lain juga berpatutan antara RM2 hingga RM20. Jangan sesekali membandingkan harga di sini dengan warong-warong kecil di kampung anda!
  • Kawasan meletak kereta adalah terhad. Jika tidak bernasib baik, anda harus meletakkan kereta anda berhampiran dengan Plaza Kotaraya. Lantas kena berjalan kaki yang amat jauh dan membolehkan ketiak anda berlendir setibanya di sini. Jadi, berdoalah agar terdapat petak kosong di hadapan kedai ini. Membawa motosikal adalah amat digalakkan.
  • Sesuai untuk pasangan kekasih bermadu asmara sambil memakan makanan western. Tetapi diingatkan untuk membuat tempahan tempat duduk kerana tempat duduk adalah terhad.
bintang kecik - gambar-gambar di atas di ambil ketika aku berbuka puasa bersama kekasih hati dan ditemani oleh Wandi Novelea dan kekasih hatinya juga.

Rating - 3

19 comments:

xy bundle said...

nampak cam menarik kedai ni..
ni kedai melayu ke cina ni..?

Si Jambi Darat said...

mmg menarik pun kedai dia..
kena cuba dtg.hehehe..
kedai cina tapi semua pekerja melayu..halal.

al said...

sape kekaseh hati wandi novelea??
huhuhuhuh..

Si Jambi Darat said...

al..
rahsia.hanya beberapa org je yg penah jumpa.hehehe

Rembo said...

lu cerita jb je, luka parah hati dan jiwa gua.

jgn lu cerita kampung melayu dah la endy. mau gua pekik2 sing along I Killed The Prom Queen dalam opis ni kang.

Si Jambi Darat said...

Bo..gua tunggu lu kat pt raja je ni..lu balik wa review ikan bakar kat BP..hahaha!

.miss daimen. said...

jom g makan kat situ lg..
huhuhu..

Si Jambi Darat said...

xnak la miss daimen..
chicken chop dia x power sgt!

muor76 said...

aku dah lame nak gi johor.. dah lame tak ronda-ronda johor.. banyak bende dah aku tak ingat dan tertinggal kat johor.. paling kuat pon takat sampai kat larkin jerk

.miss daimen. said...

ok klu camtu kte g mkn chicken chop kat kg melayu..
masyuknye..

apek terror said...

gua tau nie sedap...

esah ezral said...

WEH! Hwa Mui lagi layan lah :D
and perasan tak kedai roti yang vintage gile across kedai ni?
kedai roti ni masih guna oven dalam dinding.

Rembo said...

kg melayu?
ktne? jalan tengah? hahaha

Si Jambi Darat said...

muor76..
dtg la JB..banyak tempat menarik skang ni..hehehe.tp banyak tempat makan la..

miss daimen..
jom la..kg lagi baik kan?hehe

apek..
lu kena try..

ezral sya..
hwa mui tutup awal..mana ada org makan chiken chop kol 4 ptg?hehehe..yup,kedai roti depan tu mmg old skool.

rambo..
depan masjid kg melayu!suria grill..

Unknown said...

weh endy, reviewkan kerang goreng sungai lurus untuk aku!

Si Jambi Darat said...

oro..
sg lurus yg nak ke rengit tu ke?
aku xpernah g..nanti kalo berkesempatan aku pegi n review k..

dazhana said...

hmmm, slalu gak lalu kedai ni tp x pernah singgah krn 1. selalu nampak crowded(maknanya sedaplah kan) 2. parking payah ;(. 3. tak pasti tukang masak nya sapa, sbb sticker halal senang jer nak letak x tau lah still valid ke tak pastu terkadang klu org agama lain ni ramai yg x brp maklum dgn agama islam ni, mungkin bg mereka selagi masa tu diaorg x masukkan bhn yg x berpatutan tp masa2 lain, mungkin diaorg ada pegang doggy ker, makan pxxx ke..huhu jd bl dah timbul keraguan mungkin patut ditinggalkan kan, huhuhu, tp klu tukang masaknya pun Islam ok lah..

Anonymous said...

hi broo.. saje nak tahu.. kedai ini ada pensijilan halal tak??

Just another random guy lol said...

Nk tau gak..sini kompem ade halal jakim x? halal swasta bole main tarok je..risau la skg..byk sgt penipuan sane cni..