Thursday, July 16, 2009

Kalau terasa nak beli barang-barang murah, sila la datang!!

We sell rare band's & branded t-shirts, pre-loved dress,
blouse, bags, shoes, vinyl,
CD, vintage toys and many more pre-loved item at affordable price.
Come and meet us here!
(Cheh..speaking London plak!)

Thursday, July 9, 2009

I'm a loser bebeh, so why don't you kill me!!



Kalo aku seorang musician memang aku selalu main lagu ni berulang-ulang kali sampai muntah! Ahakss..!

Wednesday, July 8, 2009

How to hardcore dance?



Cool kan kalo jadi budak hardcore sekarang ni? Duuhhh...

Tuesday, July 7, 2009

Mari pekena kerang di Sg. Lurus!!

Sorry geng! Dah lama tak update blog ni. Busy dengan bisnes juta-juta. Duit tu.. hehe. Sepanjang proses hibernasi aku, sempat juga aku pekena kerang bakar berlada kat Sungai Lurus, Batu Pahat dengan member-member serumah. Aku baru pertama kali ke sini. Aku dengar kerang kat sini terbaik..


  • Lokasi kedai ni terletak di Sungai Lurus, Batu Pahat, Johor. Dari Batu Pahat lebih kurang 15km. Nak cari Sungai Lurus ni senang je. Kalau dari Batu Pahat, korang cari jalan ke Pontian. Selepas pekan Koris, mata korang kena awas. Sungai Lurus terletak sebelah kanan korang. Tengok signboard Sungai Lurus. Masuk je terus dalam kawasan kampung tu sampai korang jumpa laut. Kedai ni terletak di sebelah kiri korang. Ada bilik karaoke kat sebelah dia.
  • Waktu perniagaan kedai ni bermula pada pukul 5 petang hingga 9 malam. So, kepada sesiapa yang dah mengidam makan kerang kena datang awal la. Tempat pulak mcm terhad.
  • Dengar cerita, kalau hari minggu pukul 8 malam kerang dah habis! Haa.. baik datang awal. Melepas nanti!
  • Apa yang menarik kat sini adalah pemandangan dia yang cantik. Sambil makan boleh menikmati pemandangan yang menarik. Sejuk hati dan mata memandang!
  • Okay, cerita pasal makanan pula. Specialties kedai ni kerang bakar bersambal. Memang terbaik. Kalau biasa yang aku selalu makan, kulit kerang je yang kena sambal tp kat kedai ni, tukang masak dia membelah kerang tu dulu, baru bakar dengan sambal. So sambal tu meresap masuk kena isi kerang. Marvellous beb!
  • Ada dua pilihan untuk makan kerang. Iaitu dengan nasi putih atau pun makan begitu sahaja. Aku tengah lapar time ni so aku order nasi putih. Agak janggal la pada mulanya sebab makan tanpa kuah. Tapi disebabkan kerang tu sedap, aku belasah je!
  • Harga untuk 1 mangkuk kerang adalah RM4.50. Pada aku dah cukup murah dengan kuantitinya. Aku makan sampai langit-langit dan lidah melecet! Hehe..
  • Tetapi ada sedikit komen. Air dia tak sedap. Sungguh tak kaw! Aku harap tokey kedai ni tukar tukang buat air. Memang potong!
  • Diharap pekerja kedai tidak membuang sisa-sisa makanan ke bawah kedai (bawah kedai ni pantai). Sungguh menjijikkan dan mengotorkan kawasan. Tolong la cintai alam sekitar kita.
p/s - Disebabkan kerang kat sini terbaik, aku akan return lagi satu hari nanti!

Thursday, June 11, 2009

Hujung minggu ni weh!!

Jemput la datang! Sila bawa duit dalam kuantiti yang banyak ye! Barang baik-baik akan dijual pada hari tersebut! Chewaaahh...

Wednesday, June 10, 2009

Jujur amalan mulia..

Aku suka dengan peniaga-peniaga yang jujur. Bukan macam sesetengah peniaga yang selalu menipu ni. Cuba amalkan sikap macam pemilik kedai di atas ni! Kan best tu..

Tuesday, June 2, 2009

Gossip hangat?

Owh.. patut la dah lama Rambo tak balik Parit Raja. Ini kerje dia rupanya. Patut la aku tengok badan dia dah tough sket. Lu senyap-senyap je eh.. Ciss!