Thursday, March 26, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Aktiviti malam hari Jumaat dan Sabtu..
"U, beg ni cantik la" kata si balak.
"Eii, tak branded la beg tu. Dah la orang lain pernah pakai." kata si awek.
Eii, bodoh sungguh awek tu. Kalau nak cari barang branded kenapa datang pasar karat tu? Pergi la butik-butik kat pasaraya besar tu. Agak bodoh dan bahlol juga perempuan tu (kenyataan ini tidak berbaur sexist ye!). Aku panas hati la dengar. Kebetulan ada beg Seed yang aku jual murah. Aku paksa la si balak tu beli. Alhamdulillah, si balak ni memahami. Dapat aku RM15. Hehe..
Kadang-kadang aku pelik dengan manusia-manusia macam ni. Apa, hina sangat ke barangan terpakai? Kalau korang pandai pilih, dapat la yang branded dan original. Malah lebih berkualiti dari barangan cap ayam yang melambak jual kat kedai-kedai di pasaraya besar (baca: Crossover/Damage). Dalam keadaan gawat macam ni, elok la spend duit tu kat barang-barang camni. Branded dan murah. Contohnya kalau beli baju bundle. Kalau geli sangat, balik rumah rendam dengan air panas ke, cuci 8 kali ke sampai bersih. Kan senang! Boleh bergaya juga kan? Jangan jadi bodoh dan bahlol. Aku respek dekat makcik dan pakcik yang aku rasa berada juga. Dorang beli barang-barang terpakai kat tempat aku. Siap puji-puji lagi barangan yang kami jual. Tak macam sesetengah orang muda ni. Berlagak je lebih. YUPPIES!!
Hasil jualan kami pada kedua-dua hari tu memang lumayan. Boleh la kalau nak makan ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tom yam campur untuk 8 org makan. Amacam? Ada berani?
*****
Macam biasa la. Sepanjang minggu lepas aku banyak melabur wang aku kat bundle-bundle sekitar Parit Raja, Batu Pahat dan juga Johor Bahru. Ni la dia hasil-hasil dari selaman aku dan kekasih hati sepanjang minggu lepas. Hehe..


- Keith Haring t-shirt
- Andy Warhol t-shirt
- Super Lovers t-shirt
- Nickleback t-shirt
- Sheryl Crow t-shirt
- Husking Bee t-shirt
- Squeeze t-shirt
- Snail Ramp t-shirt
- Joe Strummer t-shirt
- Rock in Japan Fest 2004 t-shirt
- OC Supertones hoodie
- Keith Haring hoodie
- Jean-Michel Basquiat hoodie
- 45 RPM hoodie
- Hysteric Glamour hoodie
- The Clash hoodie
- Members Only jacket
Wednesday, March 18, 2009
Johor Bahru - Batu Pahat - Muar - Melaka
Perjalanan diteruskan pada pukul 11.oo pagi. Perut aku dah mula menyanyi. Mujur, kekasih hati membawa bekal. Begedel. Feveret kalau makan dengan soto. Sambil memandu menggunakan tangan kiri dengan cekap dan tangan kanan memegang begedel. Begedel di bawah ni bukak macam awek aku buat. Lagi kemas dan besar! Tak macam bawah ni. Seciput. Mana puas dengan isipadu perot aku.

Jam 12.15 tengahari kami tiba di pekan Parit Jawa, Muar. Target; Asam Pedas Ikan Merah! Yess.. Ikan Merah ada. Dengan pantas aku tapau 2 potong ikan Merah. Kerugian mencecah RM20. Mahal? Tapi berbaloi dengan kualiti dan kuantitinya. Kami terus bergerak ke Muar. Rancangan kami adalah untuk bermalam di rumah atok aku. Atok dan nenek aku dah meninggal tapi Pak Long dan Mak Uda aku tinggal di rumah atok aku. Dah lama aku tak melawat dorang. So, dengan hai berkobar-kobar, kami meneruskan perjalanan. 1 misi; nak makan asam pedas kat rumah! Kami tiba di rumah atok pada pukul 12.45 tengahari.
Bintang kecik - Aku tak pergi sembahyang Jumaat. Musafir la katakan. Hehehe..
Lokasi kedua adalah The Stadthuys. Ala, bangunan merah tu. Sempat juga la, kami bergambar pose-pose minah Indon di sekitar bangunan merah tu. Keadaan sudah semakin gelap. Dah masuk maghrib pun. Masih sempat lagi bergambar di sebuah kota kecil yang ada meriam. Aku lupa nama tempat tu. Hehe..
Yeah. Pada malam tersebut, aku dan kekasih hati masih sempat menyelam. Itu memang rutin mingguan kami (aku). Dalam masa 1 jam setengah kami berjaya menyelam di 3 buah bundle sekitar bandar Muar. Selaman pada malam itu boleh dikatakan berjaya. Tapi tak semeriah minggu lepas la.
- Keith Haring long sleeve t-shirt
- Jean-Michel-Basquait long sleeve t-shirt
- Milkboy 'God Save The Queen' long sleeve t-shirt
- Hysteric Glamour long sleeve t-shirt
- Comme Des Garcons girls long sleeve t-shirt
- Dashboard Confessional t-shirt
- Bad Brains t-shirt
Bintang kecik - Sorry, aku lupa nama-nama tempat dan lupa nak ambil gambar. Biasa la, dah tua.
Thursday, March 12, 2009
Kalau 1st date..pastikan jangan datang lambat!
Semalam, memang rezeki aku lagi. Tujuan sebenar hanyalah untuk menukar bateri jam Casio F-91W. Tapi aku terpandang sebuah jam Casio AE-9W (188) di atas ni. Tawar punya tawar, aku berjaya memiliki jam tersebut dengan harga yang paling memuaskan hati. Lokasi; dirahsiakan lagi! Haha..
Jam Casio AE-9W (188) ni merupakan model yang dikeluarkan pada tahun 1984. Vintage kan? Hehe.. Model ini merupakan salah sebuah model dari siri AE. Untuk model Casio AE-9W (188) ni, dia ada adik beradik iaitu dari model AE-91W (188) dan juga AE-71W (188). Memang sebijik. Cuba korang cari kat Google. Mesti jumpa. Apa yang menarik pada jam ini adalah terdapat 2 paparan waktu. Menggunakan jarum digital dan juga nombor digital. Masa tahun 1980an dah kira canggih. Kondisi masih hebat walaupun skrin dia agak kabur, tapi masih boleh lihat waktunya. Jam ini hanya untuk koleksi peribadi sahaja, bukan untuk dijual ya.
Bintang kecik - Model F-91W made in Japan kat kedai baru RM39 tapi ada bundle di JB yang jual sampai RM70. Hek eleh..
Orang tamak selalu rugi..
Bintang kecik - Kalau sesiapa ada baju sigur ros bgtau ye.
Wednesday, March 11, 2009
Cara terbaik meriliskan tekanan hidup..

Perot kembali full. Hati riang. Hari masih hujan. Perjalanan mesti diteruskan. Target hari ni pergi ke beberapa bundle dengan sepantas boleh. Kami berjaya menyelam di 3 buah bundle di sekitar Jalan Kota Tinggi - Mersing. Aku puas hati. Hatiku girang. Selaman haritu berbaloi.
- Keith Haring
- Grand Slam
- The Simpsons
- Afro 5
- Chiodos
- My Son My Executioner
- Prince 'Emancipation album'
- Ziggy Marley '2000 US Tour'
- Ozma 'Rock & Roll part three album'
- Smashing Pumpkins
Bintang kecik - Kekasih hati berpuas hati dengan 7 volkswagon. Hasilnya, dahi aku ada 3 line. Ada lori, ada bas. Len hari boleh balas.
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)