Ok, entri ini merupakan catatan apa yang berlaku semasa cuti panjang yang lalu. Parents aku pergi bercuti di Kuala Lumpur selama seminggu dan aku pula banyak menghabiskan masa bersama kekasih hati serta teman-teman rapat aku. Cuti selama 5 hari aku cukup bermakna dan sangat mengembirakan hati aku.
25hb Disember 2008Hari ini aku mengambil keputusan untuk keluar dating bersama kekasih hati aku. Dah lama aku tak menonton wayang bersama si dia. Dah naik merajuk si dia ni. Hehe.. Setelah berbincang (ada pertengkaran juga) sehari sebelum ini, kami mengambil keputusan untuk menonton filem 'Histeria' arahan James Lee.
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta. Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental. (
Ulasan dari www.budiey.com)
Ok, ni komen aku pula. Kalau diberi 5 bintang aku hanya boleh bagi 1.5 bintang je. Tu pun sebab jeritan pelakon-pelakon wanita (Liyana Jasmay, Scha, Norisnainy, Ainul Aishah, Yanna, Talya dan Reana) berjaya terkejutkan aku. Serta muzik latar yang sedikit menyeramkan. Tapi bila hantu jembalang tu muncul, aku nak gelak. Baik aku tengok cerita 'Predator'. So, kesimpulannya, cerita ni memang tak seram langsung. Takde serangan histeria berlaku di dalam panggung wayang.. Dem.
Semasa hendak membeli tiket filem tersebut, aku dan kekasih hati singgah sebentar di sebuah kedai barangan terpakai di Plaza Seni. Belek punya belek, tak jumpa pula dengan apa yang berkenan. So, aku mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Tiba-tiba mata aku terpandang sepasang kasut berwarna merah (gambar di bawah) di dalam longgokan kasut dalam kotak di pintu masuk kedai tersebut. Yess.. Vans old school Tony Alva. Siapa yang tak kenal dengan Tony Alva, sila klik
sini. Tanpa berlengah lagi, aku memulakan sesi tawar menawar dengan tokey kedai tersebut. Aku beli dengan harga yang boleh dibanggakan. Hehe.. Kepada sesiapa yang berminat nak memiliki kasut ni, sila hubungi aku.
27hb Disember 2008Hari ini merupakan hari istimewa buat dua orang teman aku kerana mereka melangsungkan hari persandingan mereka. Selamat Pengantin baru buat Peja (Deepset) dan Esah. Aku dan kekasih hati serta beberapa orang teman (Wandi, Jiboy, Erin & Tepet) telah bertolak dari JB tepat pada pukul 12.00 tengahari (
Sorry Erin.. biasala janji melayu. Haha..). Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit ke rumah pengantin perempuan (Esah) di Batu Pahat. Sampai di lokasi, teman-teman dari KL sudah siap makan. Kami yang sedang kebuluran tanpa segan silu telah menjalankan operasi memakan nasi minyak dan meminum air durian belanda. Masakan dia memang champion. Aku tambah 2 kali. Badan aku yang besar ni memerlukan kandungan makanan yang banyak. Sekian.
Masa ini juga aku mengambil kesempatan untuk melakukan sedikit penukaran kasut dengan Jalutfi (Deepset). Dia berminat untuk memiliki kasut Offspring aku. Hasilnya, dia membuat pertukaran dengan kasut Camper. Terima kasih Jalut. Kalau ada sesiapa yang berminat nak memiliki kasut ni, sila hubungi aku.
Dalam perjalanan pulang ke JB, kami mengambil keputusan untuk melalui jalan lama (Rengit-Benut-Pontian-JB) dengan tujuan untuk singgah ke Pusat Perniagaan Barangan Terpakai Orang Asli Rengit. Hajat di hati nak cari lampu meja. Setelah 1 jam lebih menyelongkar barangan-barangan terpakai di sini, haram tak jumpa pun. Aku pulang dengan hampa. Trip ke Rengit kali ni gagal buat aku. Kawan-kawan lain aku ada juga membeli beg-beg terpakai. Nanti aku akan bercerita lebih lanjut pasal Rengit ni eh.
Kami akhirnya sampai ke JB pada pukul 9.00 malam. Terus ke Jusco Bukit Indah. Manusia memang ramai malam tu. Habis tawaf di Jusco kami dinner di Restoran Sejati, Taman Perling. Muiz cakap tu kedai Awie. Ntah betol ntah tidak. Perot lapar, aku belasah makan je sambil ditayangkan filem Titanic. Kami pulang ke rumah masing-masing jam 12.00 tengah malam.
28hb Disember 2008Plan hari ni nak berehat je di rumah. Tapi Muiz ajak ronda-ronda ke bundle di sekitar JB. Aku memang pantang di ajak ke bundle. Hari ni aku malas nak drive. So, selepas Muiz menjemput Sharul, dia terus ke rumah aku untuk menjemput aku pula. Sebelum memulakan penjelajahan, kami mengambil keputusan untuk mengisi perot dulu. Makan nasi beryani dengan air limau asam boi. Puas hati.
Jam 4.00 petang kami memulakan penjelajahan ke beberapa bundle di sekitar JB. Muiz nak cari jaket. Nak tampal patches band-band katanya. Pada hari tu je, Sharul beli sehelai jaket, Muiz 3 helai jaket, 2 t-shirt dan 5 topi comel.
Dan aku pula, ni yang aku dapat. Ni la hasil yang tak seberapa pada haritu. Hehe.. Aku pulang dengan hati yang riak.
Bintang kecik - Cuti panjang yang meriah. Aku suka menghabiskan masa dengan kekasih hati dan juga kawan-kawan rapat!