Camille Corot - Mögöttem semmi, előttem semmi
2 years ago
16hb Julai 2010. Komuniti JOHO telah menganjurkan satu event yang telah diberi nama GEGO. Event ni memang hebat. Lokasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan. Memang rare sebab BSI ni adalah mercu tanda negeri Johor. Antara bangunan tertua di Johor juga. Kat event ni ada demo dari budak-budak skate, fixie dan juga budak-budak Soccer Bike. Aku kagum dengan mereka ni semua. Paling best bila tengok banyak budak basikal low-rider dan juga fixie. Tapi aku lebih tertarik dengan basikal low-rider. Mereka telah berjaya mengancungkan aku dengan basikal tu. Aku mesti dapatkan sebiji basikal low-rider ni! Hehe..
16hb Julai 2010. Satu event gempak oleh komuniti JOHO. Macam-macam aturcara ada masa event ni. Ada live show dari local band, skate/bike/in-line demo, Motard autoshow dan juga Junk Sale. Lokasi di Bukit Timbalan, JB. Bermula dari jam 4.00 pm hingga lewat malam. Pastikan korang semua datang! Kat bawah ni adalah aturcara event tersebut ye:

Owh ya, blog shop aku juga akan buka booth kat event ni. Barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai. Kepada sesiapa yang geli nak pakai barangan terpakai ni, abaikan booth aku ye. Nak beli barang baru sila ke butik. Barang-barang yang aku akan jual kali ni ialah band tee, beg, kasut, buku dan juga CD. Kalau sesiapa yang nak dapatkan baju-baju band dengan harga special boleh la datang booth aku! Kepada yang nak beli secara online boleh la klik kat sini! So, kita jumpa pada 16hb Julai nanti ye!