Friday, June 18, 2010

Baju buruk pun bernilai tau!

Buruk kan baju ni? Haa.. kepada sesiapa yang tak layan baju terpakai ni memang akan berfikiran camni. Tapi kepada orang yang menghargai atau pengumpul baju-baju terpakai ni mungkin akan berpendapat sebaliknya.
T-shirt ni aku perolehi semasa 'menyelam' di Bazar JB beberapa minggu yang lalu. Ada 1 bundle baru bukak dan aku memperolehinya dengan harga yang cukup berpatutan (tak boleh bagitau berapa RM). Agak 'kanchung' gak la bila dapat baju ni sebab printing nya jenis 'iron-on'. Kepada sesiapa yang tak tau apa tu 'iron-on' boleh la baca kat SINI. Kebiasaannya printing jenis 'iron-on' ni amat popular pada tahun 70'an dan juga awal 80'an kerana proses membuatnya mudah berbanding printing jenis dye.

Contoh tag Hanes dari 1910 hingga awal 1990-an

Berbalik kepada baju ni, tag pada baju ni juga membuat aku 'kanchung' sebab t-shirt jenama Hanes ni agak pelik. Aku belum pernah jumpa selama aku 'menyelam' kat Malaysia ni. Nak kata Jepun punya buatan, memang bukan sebab baju ni takde tulang. Nak kata US aku tak pernah jumpa langsung. Cari dalam internet pun tak jumpa. So, aku selalu surfing internet dan buka website DEFUNKD ni untuk cari maklumat pasal tag baju ni. Tapi still tak jumpa juga. Tanpa berlengah lagi aku terus email author website ni;

Hi james..
Fendy here from Malaysia. I own a blog call The Good Old Things that u've review on your page.I always surfing ur website and it's quite helpful for me to learn more about vintage tee.I love to read about the brands column. Its help me to know what years of the tag. So, i would like to ask you about a tee that i found last few days here in Malaysia. It's a Hanes tee but i dont know what year its produce. Can you help me? enclose here is the pic of the tee. 100% old cotton with glitter iron on printing..
Hope you can help me..TQ


Dan tidak sampai sehari, aku dapat reply dari author website tersebut;

hello! yes, i know yours well....favorite malaysian blog!
http://www.defunkd.com/2010/02/16/hanes/
looks to be the late 1960s early 70s version

wow though amazing shirt. you should sell that one on eBay...it will get a lot of attention and $$ ....please let me know if you do and I will do a blog post about it.

could be really rare...I posted this in my forum:
http://www.defunkd.com/forum/brands-f13/very-interesing-hanes-tag-and-elvis-shirt-t359.html

Jimmy J


Perghh, macam nak menjerit je bila baca email ni. Menurut mamat ni, baju yang aku dapat ni kemungkinan berasal dari akhir tahun 60'an atau awal 70'an. Aku pun tak lahir lagi tu (bermakna aku muda lagi). Dan yang best sekali bila dia cakap aku boleh dapat duit banyak-banyak kalau jual baju ni kat Ebay! Malangnya, aku tak terfikir lagi nak jual baju ni. Biar la aku simpan dulu. Mana tau 5 tahun lagi harga baju ni juta-juta. Pergi haji terus aku. So, kat sini aku nak cakap la, baju buruk ni kadang-kadang bernilai juga. Jangan pandang hina kat orang yang pergi dan beli baju-baju bundle ni. Apa kelas Topshop? Quiksilver? A|X? Agas boleh la..shoohh.. shoohh..

Bintang kecik - Jual je baju ni, aku nak terus kawen. Miss Daimen, sila standby!

12 comments:

podshop said...

terbaek!!!! tahniah!! hehehe
nt nk khwin bgtaw,k...haaha

muor76 said...

hahahah nih nak level sebagai emas atau berlian?
ke emas hitam...
tahniah ler dpt barang yg cukup berharge...
yg penting usaha tangga kejayaan...

Si Jambi Darat said...

pod: kompom la jemput..hadiah aku nak baju siouxsie tu eh!haha

muor: ini boleh dikategorikan sebagai berlian mentah..blom potong punya!hehehe..rezeki.

esah ezral said...

Awak, apa maksud Kancung tu?

Si Jambi Darat said...

kancung = terlalu excited.. lebih kurang camtu la..sebagai contoh, nampak baju AX pastu ada perasaan nak sgt memiliki/suka kat baju tu smpai lupa benda lain..lebih kurang camtu la..hehe

matakucing said...

gua suka perkataan "kanchung" haha

Si Jambi Darat said...

mari kita guna perkataan ni..hehe

Pert Doherty said...

ape kata wat budle MLM.. hahahaha

Si Jambi Darat said...

pert: sape nak jadi downline aku?hahaha

Alexia Aqram said...

hi.

aku aqram. aku kaki bundle jugak. just nak bagitau baju Hanes ada banyak kat BIG BUNDLE Taman Johor. Sekarang Big Bundle ada buka satu lagi cwgn baru kat area situ. Bnyak lagi pilihan baju band dari Hanes.
pergilah rembat cepat. untung-untung kau akan terjumpa baju band buatan Hanes yang berharga rm5.90!

Si Jambi Darat said...

hi Aqram.tag hanes ni ada banyak jenis..tak semua tag hanes yg org collect (refer pic tag hanes vintage kat entri)..aku tau pasal BIG BUNDLE ni..dorang ada bukak cwgn baru lg kat pasar borong Pandan..tq for ur comment.

Unknown said...

Uiiittt hanes 1970 ni..fuhh rare boh ni..klu ade tag hanes tulisan warna kuning juai murah2 kt aq ea..u are my frend..hahahahaha