Wednesday, June 9, 2010

sHELL services!!

Lokasi: Skudai

Situasi 1 (8:07 am 08 Jun 2010)
Pelanggan 1: Isi pam 7 RM5 dengan rokok Dunhill 20 sekotak.
Pekerja wanita bertudung: (Setelah mengambil rokok di belakang kaunter). Ok, ni rokoknya.
Pelanggan 1: (Leka)
Pekerja wanita bertudung: Bang..ni rokok!! (Dengan suara bernada tinggi)
Pelanggan 1: (Berlalu pergi)
Pekerja wanita bertudung: Bodoh betol!! Pagi-pagi dah pekak!!

Situasi 2 (8:09 am 08 Jun 2010)
Seorang penunggang motosikal menghadapi masalah untuk mengisi minyak di pam 15. Dia memberi isyarat kepada pekerja wanita bertudung yang berada di kaunter dari pam 15.

Pekerja wanita bertudung: Bengap betol! Hari-hari isi minyak pun tak tau lagi!!

Peristiwa di atas berlaku ketika pelanggan ramai di dalam kedai serbaneka Shell tersebut. Aku berada di empat kejadian. Macam gampang!

*****

Situasi 3 ( 5:56 pm 08 Jun 2010)
Sedang aku beratur nak bayar air tin Nescafe, seorang pelanggan di hadapan aku bertanya kepada pekerja Shell tersebut.

Pelanggan wanita cina: Excuse me. Did you sell Touch n Go card here?
Pekerja lelaki lembut: I'm sorry, we didn't sell the card here.
Pelanggan wanita cina: May I know where can i buy the card?
Pekerja lelaki lembut: I'm not sure. (Sambil buat muka malas nak layan)
Pelanggan wanita cina: Where is the nearest place that i can buy that card?
Pekerja lelaki lembut: Not sure.

Pelanggan wanita tersebut berlalu pergi dengan hampa. Tiba-tiba..

Pekerja lelaki lembut: Bodoh. Aku cakap tak tau, tak paham-paham lagi!

Mak ai, kasar betol bahasa. Depan pelanggan lain pulak tu cakap camtu. Apa kena dengan pekerja Shell ni harini?

6 comments:

podshop said...

diorg yg bodoh..kalo diorg pandai sgt..xkeja la plak kt shell 2..haahaa..msti diorg da keja kt ofis ke..site engineer ke..hahha..xgitu?

Si Jambi Darat said...

pod: btol..btol..btol..hehehe

Besi Karat said...

"budi bahasa budaya kita"

haha!

podshop/podboy/evagurl said...

ak taw si lembut 2..hahaha

Pert Doherty said...

ahaha.. bertudung.. haha..

Si Jambi Darat said...

aku rasa pekerja wanita bertudung tu n lelaki lembut tu period la on dat day..