Tuesday, June 1, 2010

Iron Maiden 'Stranger In A Strange Land' 3/4 Jersey

Jersey 3/4 Iron Maiden 'Stranger In A Strange Land' ni merupakan antara koleksi kesayangan aku. Memang satu penyeksaan untuk dapatkan baju ni sebab kena melabur duit dan masa yang banyak. Tapi berbaloi sebab puas hati dengan kondisi baju ni. Jangan tanya berapa RM aku beli sebab ada orang yang tak faham dengan minat dan kegilaan aku ni. Tapi peduli apa dengan dorang kan? Kalau nak dibandingkan dengan harga di Ebay.com, harga yang aku perolehi ni cukup murah. Kalau tak percaya, sila klik sini. Dikatakan vintage sebab terdapat copyright tahun 1986 Iron Maiden Holdings pada bahagian hadapan baju ni. So, bermakna dah 24 tahun usia baju ni. (Sama umur dengan Cik Intan). Jenis kain pada baju ini adalah 50% cotton dan 50% polyester. Selesa kerana kainnya nipis bukan seperti baju-baju baru sekarang ni yang kebanyakkannya 100% cotton. Panas.
'Stranger In A Strange Land' ni merupakan single kedua dalam album Iron Maiden pada tahun 1986 iaitu 'Somewhere In Time'. Lagu ni menceritakan kisah seorang pengembara Artic yang telah mati dalam penjelajahan beliau dan mayatnya beku. Setelah beratus tahun seorang pengembara telah menemui mayat pengembara tersebut dalam keadaan yang cukup sempurna.
Ada juga orang offer nak beli baju ni tapi aku memang sayang nak jual. Sebab aku tak banyak koleksi baju-baju band vintage yang rare macam pengumpul tegar baju-baju vintage di luar sama. Cukup la sekadar beberapa helai je untuk dijadikan aset pada masa hadapan. Hehe.. Lepas ni boleh la turunkan kat anak-anak aku. Tu pun kalau anak-anak aku gemok macam aku la.. Hehe.. So, setakat ni je yang dapat aku menaip. Nextime kita jumpa lagi dengan baju yang lain ye! Daa..

Bintang kecik - Tak rare! Bukan untuk dijual!

3 comments:

1976bundle said...

lawo nyer bj maiden dia...
huhuhuhu..,

Fariz said...

Serius bro.. aku nak cari gak baju Iron Maiden 3/4 sleve camni.. mana nak cari ek? puas menjajau ni..

hijaubumituhan said...

bro..semat baju...jual kt aku la..serius ney