Wednesday, March 11, 2009

Cara terbaik meriliskan tekanan hidup..

Merokok di kawasan larangan. Memang nikmat. Tapi kalau dah meletop stesen minyak ni, padan muka aku. Setelah berhempas pulas menguruskan event Road To Sunburst KL '09 di Johor Bahru sebanyak 4 venue yang agak celaka, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sambil menyelam di Kota Tinggi pada hari Isnin yang lalu bersama kekasih hati. Hari dimulai dengan pelbagai cabaran. Hujan, jalan jem dan ekzos tertanggal. Dah nak patah semangat kitorang pada haritu. Tapi aku tetap berdegil nak ke Kota Tinggi dengan harapan yang menggunung. Target: Baju band!

Kami memulakan perjalan pada pukul 2.30 petang. Hujan lebat. Memandangkan kereta aku yang pernah mengalami kejadian buruk pada bulan lepas, aku mengambil keputusan untuk bawak kereta slow-slow. Pukul 5.00 petang, tiba di bandar Kota Tinggi. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit telah memakan masa sebanyak 2 jam setengah. Macam nak pergi Melaka pula rasanya. Destinasi pertama; kedai paper doll. Lokasi di rahsiakan. Hehe.. Aku rasa paper doll ni sekarang dah jadi rare. Paper doll ni dulu menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan. Tapi sekarang kanak-kanak dah tak main mainan ni. Semua sibuk dengan PSP, internet, Xbox, Astro dan juga Aznil. Bosan. So, sekarang mainan ni agak susah didapati di pasaran. Aku rasa 10 tahun lagi mesti dah takde mainan ni. So, elok aku dan kekasih hati simpan mainan ni. Vintage tu! Haha.. Apa kelas cup cake? Trendy semua tu.

Cuaca masih hujan. Aku memang lemah kalau hujan ni. Bukan apa, perot aku yang dah macam perempuan mengandung ni sentiasa merengek minta diisi. Tensen betol. So, aku telah mengambil keputusan untuk menghasut kekasih hati untuk berhenti makan sebelum meneruskan perjalanan menyelam. Menu; maggi goreng. Lokasi; kedai mamak sebelah bas stand lama Kota Tinggi. Aku lupa nama kedai tu. Yang best pasal kedai ni, kerusi dia memang old school. Macam dalam cerita Bujang Lapok tu. Tengok gambar di atas.

Perot kembali full. Hati riang. Hari masih hujan. Perjalanan mesti diteruskan. Target hari ni pergi ke beberapa bundle dengan sepantas boleh. Kami berjaya menyelam di 3 buah bundle di sekitar Jalan Kota Tinggi - Mersing. Aku puas hati. Hatiku girang. Selaman haritu berbaloi.

Hasilnya, beberapa helai t-shirt yang berkondisi sangat tip top;
  • Keith Haring
  • Grand Slam
  • The Simpsons
  • Afro 5
  • Chiodos
  • My Son My Executioner
  • Prince 'Emancipation album'
  • Ziggy Marley '2000 US Tour'
  • Ozma 'Rock & Roll part three album'
  • Smashing Pumpkins
Ada diantara t-shirt ni aku nak jual. So, rajin-rajin la tengok blog ini. Kalau ada sesiapa yang hanya pakai the brand new tihings tu, elok tak payah bukak blog tu eh. Buat penuh site meter je. Haha..

Bintang kecik - Kekasih hati berpuas hati dengan 7 volkswagon. Hasilnya, dahi aku ada 3 line. Ada lori, ada bas. Len hari boleh balas.

23 comments:

matakucing said...

ermmm byk brg jumpa eh..tp ko tak citer pon pasal air terjun hahaha

Si Jambi Darat said...

matakucing- aku boikot air terjun kota tinggi..rip off.mahal sgt! rm9 per person. kereta rm4 kalo xsilap aku..

Rembo said...

amacam Romlah? ha ha ha

-akueMpTy- said...

askum be..
ozma nak tolak kah??
berapa??hehehe..

.miss daimen. said...

pergh..
gambar xleh blah..
hahahaha..
asal xcite pasal putu bambu jatuh dlm kete..
byk betol rintangan nak pegi mendapatkan baju2 band ni..
apa yg penting?
kerjasama..hehehehe..
7-0 tu volkswagen..

Si Jambi Darat said...

rambo - romlah terbaik! pipi punya mcm gampang!hahaha

akuempty - hehehe..ozma nak pakai sendiri la..

miss daimen - xnak la cite.mengaibkan tu..hahaha.yup,yg penting kerjesama. u dah pth semangatkan on dat day?nasib baik i x putus asa..puas hati.hehehe

Anonymous said...

ni la nasib baik si penyelam
kalau sangkut jem, ptus asa patah balik kompom tak dpt baju2 tu suma kn

Anonymous said...

"lokasi: dirahsiakan, hehe"
<<---hahahhaa, aku suka part ni! hahaha!

Si Jambi Darat said...

qarmadharma - btol tu..yg penting..kerjasama!hhehe..rezeki..rezeki!

ukee - hahaha..kena rahsia.kalo tak dah x rare!hehe

tora corgan said...

itu SP mau tolak ka??

Si Jambi Darat said...

mat tora - brape brani?hehe

tora corgan said...

saiz apa? murah murah sudah laa

Si Jambi Darat said...

mat tora - saiz M,tag anvil.. condition A++++++ terbaik..hehehe!

[ a D D y ] said...

endi..
tset ozma tu mau jual x??

Anonymous said...

nih mesti men tepok dahi bile nampak VW nih?

hahaha..

aku pon men tuh ok??

p/s : weh paper doll tuh gua men kot time kechik2..siap buat rumah lah bagai..hahahah..kool doh dapat jumpe bende camtuh di zaman serba canggih nih..
;)

Si Jambi Darat said...

HYKAL - tak jual la bro..pakai sendiri.hehehe

lis - amacam? ada brani x nak beli paper doll tu?hehehe.. check blogshop aku nanti ye..hehe

leng said...

camne la kete tak berpusing, asik nak bergumpal je dalam kete..

tora corgan said...

alamek saiz M la pulak. Brp hengget?

Si Jambi Darat said...

leng - eleh2..mcm la ko xpernah kan? kan? kan? hahahaha

mat tora - hajat di hati nak pakai dulu..hehehe

tora corgan said...

Saiz M baju sure sangkut kat tengkuk la geng bila wa pakai hahahaha

Evagurl said...

hahha...byk brg dpt..
ak rasa mcm pernh tengok kak ipar 2..
hahah..fakulti mane ek?

.miss daimen. said...

uish..kak ipar ke?hahaha..aku dak fppsm la..ko kn dtg booth kitorang ms garage sale kat ktc tu kn?

Si Jambi Darat said...

mat tora - hahaha..xde rezeki la..ko pakai saiz apa?

pod - awek aku la tu..hehehe.

miss daimen - btol tu!!btol..btol..btol..