Monday, November 3, 2008

Makan asam pedas ketika cuaca panas sungguh mengasyikkan..








ASAM PEDAS MAK PON Alamat: No. 6, Medan Asam Pedas MPM Parit Jawa, Muar, Johor. Telefon: N/A Waktu Perniagaan: 6.00 pg - 6.00 ptg Jenis hidangan: Sarapan, Nasi putih dan ikan asam pedas.

Beberapa fakta mengenai Asam Pedas Mak Pon:
  • Medan Asam Pedas ini terletak kira-kira 40 km daripada bandar Muar. Amat mudah untuk dijejaki kerana terdapat signboard besar 'MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA' di sepanjang jalan Muar - Batu Pahat. Korang takkan sesat. Kalau sesat memang nak kena hempuk.
  • Gerai Mak Pon ni terletak di hujung sekali medan selera ini. Gerai ini terletak bersebelahan tandas awam medan selera ini. Jangan risau, bau tandas tak sampai ke gerai ini.
  • Kesemua gerai di medan selera ini menjual masakan asam pedas tetapi gerai Mak Pon la yang paling ramai pengunjung. Caya lah Mak Pon!
  • Pengunjung gerai ini terdiri daripada berbilang kaum. Aku suka suasana macam ni. Terasa perpaduan kaum gitu.
  • Gerai Mak Pon hanya menjual masakan asam pedas sahaja pada waktu tengahari. Jangan memandai nak order ayam masak kicap mahupun pecal ikan keli. Memang kena karate dengan pekerja Mak Pon!
  • Terdapat 5 jenis ikan yang dimasak asam pedas di gerai ini iaitu ikan Sembilang, Kembong, Cencaru, Merah dan Siakap. Ikan yang disediakan sangat segar kerana bekalan ikan mudah didapati. Medan selera ini terletak bersebelahan jeti ikan Parit Jawa.
  • Setiap hidangan disertakan dengan sayur kobis goreng, telur dadar dan juga sambal belacan. Ringkas tapi mengancam nafsu makan. Asam pedas yang dihidangkan panas, menambah selera. Tapi rasa asam pedas di sini kurang kick mengikut citarasa aku. Terlalu cair dan sedikit tawar. Tapi, ikan sangat segar!
  • Harganya juga sangat berpatutan. Aku bersama Mak Uda aku dan kekasih hati telah memakan asam pedas ikan Merah (kepala), sayur kobis goreng, telur dadar, sambal belacan, 3 pinggan nasi putih, 1 sirap limau ais, 1 teh o ais limau dan 1 air limau asam boi hanya RM25. Perhatian: Harga adalah mengikut harga pasaran jenis ikan yang dipilih.
  • Layanan oleh pekerja yang cekap juga membuatkan aku selesa makan di sini. Pekerja Mak Pon memang peramah dan mempunyai semangat kerja yang tinggi. Chewahh!
  • Apa yang mengecewakan aku adalah dari segi kebersihan gerai. Lantai ruang makan di depan gerai agak kotor. Adalah lebih baik jika ada pekerja yang diberi tanggungjawab untuk sentiasa membersihkan lantai.
Bintang kecik - Kami sangat lapar. Lihat hasilnya selepas makan.

Rating - 3

9 comments:

muor76 said...

40 km? ermmm tu dari bandor muor ke semabok.. atau dr bandor muor ke jambatan batu pahat tu..
kalo bandor muor ke pekan parit jawa +-11 km.. kalo seri menanti +-20km...

aku ade gak makan kat pt jawa nih.. aku suke ikan mayong/pari.. tapi selalu nyer aku gi mlm ler.. kalo nasib baik kene berdiri jap.. tunggu org bangun lepas makan... hahahah

.miss daimen. said...

diet i terganggu gara2 nak mkn asam pedas kat pt jawa ni..haih..

Si Jambi Darat said...

muor76-ehehe..aku main belasah je jarak dia..hehehe. aku suka ikan pari masak asam pedas.tp pelik nape kedai tu xde jual ikan pari.ciss...

miss daimen- xpe syg, rezeki depan mata jgn tolak..hehhe

paranoid of death said...

ohoit..terbaik tu..ikan merah masak asam pedas..pergh..leleh siot air liur..bro..ko kena bitau ngan makcik tu..kebersihan kena jaga beb..kalau tak aku tak mo gi sana..hehehe

Si Jambi Darat said...

azmal - tp bila lu dah makan kat sana lu akan abaikan kebersihan dia.hahaha

Anonymous said...

apesal name die mak pon?
haish..
kurang sedikit selere di situ..

Si Jambi Darat said...

lis - mungkin owner dia seorang wanita lewat 40-an yang bernama halimaPON saadiah. Mungkin. Siapa tahu.

Anonymous said...

endy,sila buat byk lg pasal tmpat mkn,aku suka! huhuhu

Si Jambi Darat said...

anas - nanti aku review lagi.line internet prob ni.banyak lagi tempat aku nak review ni.hehehe