Sekadar gambar hiasan Hari ni aku kurang makan. Aku risau. Adakah nafsu makan aku dah hilang? Hari ni aku hanya makan 6 keping roti je. Kalo tau aku puasa je, ganti puasa yang lalu. Tapi nafsu nak merokok sukar dibendung. Ciss! Aku nak salahkan apek depan umah aku. Dia boleh jual rokok Pall Mall Menthol 20 dengan harga hanya RM5.80. Gile murah! Tu yang membuatkan nafsu merokok aku sukar dibendung (alasan). Ye, aku bercita-cita nak diet. Nak jadi macam hero dekat atas tu. Segak je aku tengok. Haha..
*****
Ok lah, disebabkan nafsu makan aku berkurangan hari ni, aku mengambil peluang untuk meronda-ronda pekan Parit Raja. Impian di dalam hati nak pergi ke bundle Ayer Hitam. Tetapi
on the way ke Ayer Hitam aku ternampak satu bundle di Parit Raja ni buat jualan murah. Dah lama aku tak jenguk bundle ni. So, aku mengambil keputusan untuk singgah bundle tersebut dengan harapan menggunung. Banyak pulak t-shirt kat sini. Aku suka cari t-shirt yang murah-murah je. Belek punya belek, ni yang aku jumpa!
T-shirt band
Shelter! Band krishna hardcore/punk dari US yang dianggotai oleh Ray Cappo (
Youth of Today, Better Than A Thousand). Line up band ni sentiasa berubah-ubah mungkin disebabkan pegangan mereka agaknya. Band ni memegang ajaran Krishna. Shelter telah wujud dari tahun 1990 dengan rilisan pertama mereka
Perfection of Desire dan sehingga kini mereka telah menghasilkan 12 buah album. Pada tahun 2001, mereka telah berpecah. Tetapi Ray masih bersemangat untuk menghidupkan band ini semula. Pada tahun 2002, mereka telah meriliskan album
The Purpose, The Passion dan telah menjelajah US dalam rangka promosi album ini. Dan pada May 2006, Shelter telah menghasilkan album
Eternal dibawah naungan
Goodlife Recording.
Aku sangat teruja memiliki t-shirt band ini kerana aku cukup meminati band ini. Tapi takde la sampai aku nak ikut ajaran Krishna dorang tu. Sengal! T-shirt band ini adalah sempena album mereka yang ke 10 iaitu
When 20 Summers Pass. Original dari US dengan saiz M. Condition memang baik punya. Memang rezeki aku la harini. Syukur.
Opss.. lupa nak bagitahu. Aku
tak nak jual baju ni.
Bintang kecik - Kadang-kadang instinct kita boleh bagitahu sesuatu.