Monday, June 7, 2010

THE WRATH 'Tales Of A Deadly Nightshade' CD. The review..

The Wrath 'Tales Of A Deadly Nightshade'

Dah lama sebenarnya aku tak review CD yang aku ada. Tiba-tiba sekarang ni aku naik semangat nak review. Time semangat ni elok buat cepat-cepat kan? CD ni aku baru dapat semalam daripada vokalis band ni sendiri semasa berada di Embrace Hall. Agak terharu juga la sebab dapat free je kan. Vokalis band ni bermain untuk band Kill The Apprentice di posisi drum.
Okay, band ni berasal dari Queensland, Australia. Ni kali pertama aku dengar pasal band ni. Bila first time CD ni berada di tangan aku, aku tertarik dengan artworknya. Layout dan grafik memang terbaik. Tu yang membuatkan aku tak sabar nak dengar. Sumpah aku tak dapat nak bayangkan diorang ni main camne. So, tunggu kat rumah baru aku layan. Fuh..terbaik! 1st song yang cukup energetic. Riff guitar yang cukup tajam dan laju dah macam speed metal. Campur plak drum beat yang mantap dengan double paddle yang macam machine gun. Part vocal memang rock n roll! Aku classifiedkan music diorang ni horror punk rock n roll. Hehe.. Influence dari Misfits, Danzig, Tider Army dengan sedikit sentuhan punk rock. Apa yang menarik pada band ni ialah part sing-a-long time chorus yang membuatkan aku semangat. Pendapat aku, band ni telah berjaya mencipta satu genre music mereka sendiri. Susah sebenarnya aku nak samakan band ni dengan band-band lain. Tak macam certain band 'indie' kat sini. Cilok sebijik! Tak rare! Haha..
Album ni memuatkan 10 buah lagu yang sungguh powerful dan energetic. Takde lagu feveret aku dalam album ni sebab pada aku semua lagunya mempunyai feel yang berbeza. Semuanya best. Setakat ni dah 3 kali aku ulang CD ni tanpa henti. Biasanya aku ni kalo band yang aku minat memang lama la CD dia dalam player aku. Hehe.. Aku tak sure la sampai bila aku boleh bertahan dengar album ni sebab aku belum bosan lagi. Hehe.. Dari segi artwork sleeve CD ni pun terbaik. Berkonsepkan gothic dan horror. Lirik disertakan juga dalam booklet album ni. Ianya banyak berkisarkan tentang realiti kehidupan. Friendship, penipuan, kematian, mayat hidup semula dan banyak lagi. Memang dark.
Aku bukan bodek sebab dapat CD ni free. Tapi ni lahir dari hati yang jujur. Hehe.. Kalau band ni baca pun bukan dia paham pun kan? Hehe.. So, aku syorkan kat music lover di luar sana, dig la pasal band ni. Tak rugi. Korang boleh klik kat sini untuk check page myspace diorang k. Sila dengar lagu dorang jugak!

Track list:
1. Prelude - Ressurection
2. Hellbound Train
3. Zero
4. Runs With The Wolves
5. So Long
6. Children Of The Dead
7. Last Breath
8. All Your Days
9. Downward Enemy
10. Terrorvision


Rating: 3.5 / 5

2 comments:

Besi Karat said...

ada cd lebih?haha.

drum beat agak layan.tapi pada aku suara vokalis ada sikit leleh la.

Si Jambi Darat said...

Xam: cd dpt sekeping je..hehe. erm..btol pendapat ko tp aku rasa vocal dia kena dgn style music dia kot..pada aku la.