Wednesday, March 18, 2009

Johor Bahru - Batu Pahat - Muar - Melaka

Weekend yang menarik. Rancangan hujung minggu tersebut; trip ke Muar dan Melaka! Perjalanan dimulakan pada hari Jumaat. Jam 10.30 pagi. Aku start dari Parit Raja tetapi kekasih hati sanggup menaiki bas dari JB untuk ke Parit Raja. Tahniah. Sayang kamu!

Lokasi pertama; kedai jam old school. Kerugian yang dialami adalah sebanyak RM20. Hasilnya ialah sebuah jam tangan Casio DB-30. Jam ni tak berapa rare. Tapi aku tetap nak memilikinya sebab ia original dari Jepun. Dan semenstinya sebab CASIO!

Perjalanan diteruskan pada pukul 11.oo pagi. Perut aku dah mula menyanyi. Mujur, kekasih hati membawa bekal. Begedel. Feveret kalau makan dengan soto. Sambil memandu menggunakan tangan kiri dengan cekap dan tangan kanan memegang begedel. Begedel di bawah ni bukak macam awek aku buat. Lagi kemas dan besar! Tak macam bawah ni. Seciput. Mana puas dengan isipadu perot aku.
Jam 12.15 tengahari kami tiba di pekan Parit Jawa, Muar. Target; Asam Pedas Ikan Merah! Yess.. Ikan Merah ada. Dengan pantas aku tapau 2 potong ikan Merah. Kerugian mencecah RM20. Mahal? Tapi berbaloi dengan kualiti dan kuantitinya. Kami terus bergerak ke Muar. Rancangan kami adalah untuk bermalam di rumah atok aku. Atok dan nenek aku dah meninggal tapi Pak Long dan Mak Uda aku tinggal di rumah atok aku. Dah lama aku tak melawat dorang. So, dengan hai berkobar-kobar, kami meneruskan perjalanan. 1 misi; nak makan asam pedas kat rumah! Kami tiba di rumah atok pada pukul 12.45 tengahari.
Bintang kecik - Aku tak pergi sembahyang Jumaat. Musafir la katakan. Hehehe..

Setelah kenyang melantak asam pedas di rumah, aku mengambil keputusan untuk berehat sambil melelapkan mata. Mengikut perancangan asal, kami nak gerak ke Melaka pada pukul 3.00 petang. Tapi hampeh. Aku bangun-bangun dah pukul 4.30 petang. Cepat-cepat siap, minum sikit dan terus gerak ke Melaka. Misi; jalan-jalan di Bandar Hilir dan Jonker Street. Kami tiba di Melaka pada pukul 6.15 petang. Terus ke Bandar Hilir. Parking di hadapan Muzium Kastam dan berjalan kaki di sekitar Bandar Hilir. Lokasi pertama adalah di sekitar jeti Sg. Melaka. Memang cantik. Dengan menggunakan henpon canggih aku, dapat juga aku snap beberapa keping gambar. Apa kelas DSLR (padahal tak mampu nak beli)?
Lokasi kedua adalah The Stadthuys. Ala, bangunan merah tu. Sempat juga la, kami bergambar pose-pose minah Indon di sekitar bangunan merah tu. Keadaan sudah semakin gelap. Dah masuk maghrib pun. Masih sempat lagi bergambar di sebuah kota kecil yang ada meriam. Aku lupa nama tempat tu. Hehe..

Lokasi seterusnya adalah Menara Taming Sari. Kerugian adalah sebanyak RM20 untuk 2 tiket menaiki Menara Taming Sari. 7 minit yang sangat best. Keindahan malam di Melaka sukar digambarkan. Nasib baik cuaca tidak hujan pada hari tersebut. Next time aku nak naik pada sebelah siang pula. Confirm aku gayat!

Lokasi terakhir adalah Jonker Street. Aku memang suka melaburkan wang kat sini. Banyak benda-benda rare kat sini. Macam-macam ada. Yang paling aku suka adalah mainan kat sini. Banyak yang susah nak dapat katt kedai-kedai runcit mahupun Tesco. Aku telah berjaya membeli kapal terbang mainan dan juga tin toys. Sorry, tak dapat snap gambar. Tapi aku tak tipu. Aku beli tau. Kerugian RM20. Sempat juga aku singgah di sebuah kedai menjual Laksa Baba. Kedai ni best. Memang rusty dan antik. Melangkah masuk ke kedai ni, mata aku melilau tengok keadaan sekeliling kedai ni. Best. Orang ramai dan tak putus-putus datang. Malangnya, aku lupa nama kedai ni. Hehe..

Sabtu. Gig di Dewan Jubli Intan, Muar. Dah lama tak ada gig di Muar ni. So, aku mengambil keputusan untuk pergi menonton dan berniaga kat sana. Lagipun banyak band member-member yang perform kat gig ni. Dewan ni cukup besar. Mengalahkan Dewan Jubli Intan, JB. Crowd ramai tapi still tak nampak packed. Aku anggarkan sekitar 700 orang datang ke gig tersebut. Antara band-band yang perform adalah Couple, The Times, Plague Of Happiness, Revenge, Amarah, Sil Khannaz, Out Of Tune dan banyak lagi. Aku tak dapat stay lama sebab rakan-rakan dari Plague Of Happiness menjemput aku ke rumah Pozy (drummer PoH) sebab ada makan-makan. Hasilnya adalah seperti gambar di bawah ni. Menu; Asam pedas, sambal goreng, sup tulang raksasa dan sambal kicap. Memang champion!


Yeah. Pada malam tersebut, aku dan kekasih hati masih sempat menyelam. Itu memang rutin mingguan kami (aku). Dalam masa 1 jam setengah kami berjaya menyelam di 3 buah bundle sekitar bandar Muar. Selaman pada malam itu boleh dikatakan berjaya. Tapi tak semeriah minggu lepas la.
Hasilnya;
  • Keith Haring long sleeve t-shirt
  • Jean-Michel-Basquait long sleeve t-shirt
  • Milkboy 'God Save The Queen' long sleeve t-shirt
  • Hysteric Glamour long sleeve t-shirt
  • Comme Des Garcons girls long sleeve t-shirt
  • Dashboard Confessional t-shirt
  • Bad Brains t-shirt
Boleh la kan? Takde la meriah mana pun. Tapi kekasih hati yang sangat berpuas hati. Sentuhan tangan dan mata dia sungguh menjadi dan menyerlah!

Bintang kecik - Sorry, aku lupa nama-nama tempat dan lupa nak ambil gambar. Biasa la, dah tua.

19 comments:

ayob said...

nama kota kecil itu ialah kota a famosa.

Si Jambi Darat said...

anak jaini - bukan la..ni btol2 kat sebelah sungai melaka. A Famosa aku pun tau..

ayob said...

oh. kota atlantis kot. ntah. aku pun tak tau. haha

iyan said...

siot!
da pki tshirt ozma...
br nk tanye nk jual ke x?

muor76 said...

sonot berjalan? eh next time ko makan ler asam pedas ikan mayong.. perghh cam tak gune ler.. ko rase sendiri.. bundle mane yg ko gi tu? bundle cikede ke?

Anonymous said...

alololoooo sweet laa u all ni.

Evagurl said...

ak rse 2 kota babylon..btol x?
comme des girl xnmpk pon hr 2..

Si Jambi Darat said...

anak jaini - siot je ko..hahaha

iyan - ozma tu rare.kain 50/50.. muat2 aku lak tu..syg nak jual..hehehe.

muor76 - aku x minat sgt ikan mayong.ikan merah mmg peberet aku..perghh..kecur air liur aku.haha..aku g bundle cikedek, pastu 2 bundle lagi kat jln bakri.hehehe

modandi - biasa la..jeles x?haha

pod - babylon terapung la weh..haha.ada la comme des tu.warna hitam..ko siap cium lagi..heehe

.miss daimen. said...

en jambi..nnti bg saya gambo2 percutian kite di muor-melaka ye..huhuhu..

Si Jambi Darat said...

miss daimen - beres..i dah email pun..sila check email ye..

Anonymous said...

hysteric saiz apa???

Si Jambi Darat said...

Qarma - saiz M & L..lengan panjang..

Evagurl said...

betol ke ak cium..ataw ak sudah nyanyok?

Si Jambi Darat said...

pod: ko cium la..ko siap ckp ni mcm baru dpt je..hehehe

.miss daimen. said...

THANX PIC2 TU YE SYG..
NNTI KITE BERJALAN LG YE..
NEK BAS DUA TINGKAT PULAK..
HEHEHE..

Si Jambi Darat said...

miss daimen - beres..nextime kita gerak g melaka pagi plak..nak g mini malaysia..hehehe

.miss daimen. said...

jom2..
kte g tmn buaya la..
nek beca ok?

Si Jambi Darat said...

miss daimen - okay gak tu!jom..jom!best berjalan2..

ammar said...

salam bro, nak tanye kat mane kedai jam old skul tu?