Wednesday, May 20, 2009

Hujung minggu yang lalu-lalu!

Perghh..dah lama aku tak update blog ni. Dah 3 minggu. Sebabnya, aku baru pindah rumah. So, line internet kena potong untuk transfer ke rumah baru. Telekom cakap lagi 2 minggu dari tarikh aku submit borang dia akan pasang di rumah baru aku. Tapi dah 3 minggu, haram aku tak nampak orang Telekom datang rumah aku ni! Macam gampang! So aku nak kongsi dengan korang apa yang berlaku selama 3 minggu ni. Aku buat ringkas je sebab ada yang dah lupa. Biasa la,orang tua bukan ingat semuanya!

1hb, 2hb & 3hb May 2009 
Time ni cuti panjang. 3 hari. Adik aku yang dah lama tak balik JB akhirnya ingat untuk pulang ke rumah melawat keluarga. Kali ni dia pulang bersama kekasih hati dia. So, parents aku amik keputusan untuk keluar makan beramai-ramai. Abang aku je tak balik sebab dia kat Ireland. Dinner malam tu meriah. Aku bawa kekasih hati aku juga. Adik-adik angkat aku pun ada. Meriah. Yang asik kena buli ialah si Maheera sebab dia gongak. Seperti biasa, aku ni suka buli budak kecik. 
1hb May merupakan hari pembukaan Big Butique. Sebelum ni dah kecoh-kecoh cakap kat butik ni diorang ada simpang barang2 rare. Dah peram 15 tahun. Khabar angin ni dah tersebar luas dan menyebabkan penyelam-penyelam tak sabar menunggu hari pembukaannya. Tiba hari pembukaan, ramai gila penyelam yang dah tunggu. Pintu dibuka jam 3 ptg dan semua menyerbu masuk. Aku terlepas beberapa barang rare! Ciss.. takpe,bukan rezeki aku. Lagi pun harga barang-barang kat situ mahal nak mampus! Kalau takde RM100 jangan berangan nak datang sini eh.
Sempat juga aku menyelam di beberapa buah bundle. Ni jela hasilnya yang tak seberapa rare! Ciss!!
*****

9hb & 10hb May 2009
Pada minggu ni, aku mengambil keputusan untuk ke Segamat. Ada gig. Aku pergi bersama line-up Novele yang melewek. Plan nak gerak pada pukul 10 pagi, last-last pukul 12.30 baru gerak. Time tu gig dah start. Macam rockstar! Pergi konvoi bersama 3 buah kereta. Singgah sebentar di Machap untuk lunch. Ada pancaragam cina. Aku pun pelik, apa dorang buat kat R&R Machap. So, kami sampai di Segamat jam 3.30 petang. Masa tu dah ada 3 band perform. Crowd tak ramai. Aku dah mula rasa kebosanan. Semua band grunge kecuali Dewata, Carbon 14 dan Novelea. Aduih..tepu! Kami mengambil keputusan untuk pulang jam 7.00 petang. Tapi sebelum tu pakcik aku bawa aku makan di Mini Stadium Segamat. Bleh tahan mantap! Dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk singgah di R&R Machap untuk mengeteh! Time tu boleh terjumpa budak-budak Dewata. Meriah la R&R tu dengan lawak buduh Wandi dan Pa'an. Kami selamat sampai di JB jam 12.30 tengah malam! 
So, dalam kesibukan hujung minggu ni, aku sempat menyelam. Minggu ni puas hati sebab dapat barang best-best. Antaranya; The Who '82 American Tour, vintage iron-on '79 t-shirt dan beberapa t-shirt vintage. Hehe..
*****

15hb, 16hb & 17hb May 2009
Minggu ni, That's Cafe ada menganjurkan Junk Sale. Mereka telah menjemput The Good Old Things untuk membuka booth pada hari tersebut. Sambutan amat menggalakkan! Sehinggakan aku tiada masa untuk mengambil gambar. Acara bermula jam 6 petang sehingga 12.00 tengah malam. Fuh..orang yang datang memang ramai! Tak putus-putus sehingga tengah malam! Habuan yang kami dapat..mengancam beb! Boleh buat down payment beli kereta Kancil wa cakap lu!
Ahad lepas, Burgerkill perform di JB. Mereka tour di Semenanjung Malaysia dan Singapura selama 2 minggu! Memang best! Dorang ni idola aku dari aku sekolah! At ast dapat tengok mereka perform di depan mata serta bergambar dengan dorang. Lepas gig pun lepak dengan dorang jugak. Memang rare!
Aku pun masih sempat menyelam minggu ni. Minggu ni hasil tak beberapa menarik la. Tapi aku dapat 'emas'. Kasut The Who tu.. Murah lak tu. Baju The Who dah ada, kasut pun dah ada..lengkap la tu! Hahaha.. Minggu ni memang best!!

6 comments:

podshop/podboy/evagurl said...

meriahnya idup..aktiviti byk...brg pon dpt byk..yaahhah..
rezeki2...

zzzzzzzZZZZZzzzzzzzzzzz.. ~

.miss daimen. said...

dhla ade emas, intan, berlian nak tak?

Si Jambi Darat said...

pod - nak trade ngan siouxsie x?hehehe

miss daimen - berlian nak gak..iron maiden adalah berlian saya..hehehe

x o x o's said...

fuhhh..cantik la kdai dia andy..kayu kayan tu..kaya btol tokey tu

Si Jambi Darat said...

xoxo - habis tu dia beli kedai tu rm1 juta cash tau..mmg kaya pun..hehehe

jahanam!! said...

baju iron maiden x de nk tolak ndi?