Tuesday, August 10, 2010

Hero pujaan hati aku sampai sekarang!

Gile. Mamat kat atas ni memang idola aku masa kecik. Sampai la sekarang aku memang minat gile kat mamat ni. Ultimate Warrior. Jaguh gusti WWF era 80-an dan awal 90-an. Time ni aku masih lagi sekolah rendah. Biasa la, time gini tengok wrestling macam real punya gaduh. Lakonan tu tak nampak sangat. Tak macam sekarang. Dah macam cerekarama TV3 pulak aku tengok. Tak tahu la kalau pemikiran aku masa kecik tengok macam real. Biasa la, budak-budak lagi.
Apa yang buat aku minat kat Ultimate Warior ni adalah dari segi gaya dia masa nak masuk gelanggang. Dah macam orang gile aku tengok. Tapi style. Bagi semangat. Time dia nak kalah dan dapatkan kuasa dia semula pun style jugak. Mula la dia meroyan satu badan lepas tu terus jadi kuat.
Lagi satu, style dia memang gerek. Dengan rambu ramba kat lengan dan kaki, make up kat muka membuatkan aku tertarik dengan Ultimate Warrior ni. Kira masa aku budak, aku dah memang chop la dengan Ultimate Warrior ni. Kalau dulu, tengok wrestling ni best. Macam-macam fesyen ada. Ada yang bawak ular, biawak, kayu beluti, gitar dan banyak lagi. Tapi Ultimate Warrior ni lek-lek kacang je. Setakat make up dan rambu ramba je. Tu pun dah cukup nak buat aku minat gile babeng kat dia ni. Haha..

Beberapa minggu yang lalu..
Hasil selaman aku di kala bosan. Tiba-tiba tergerak hati aku nak pergi selak kat baju budak-budak. Amik kau, aku jumpa baju Ultimate Warrior bersaiz budak berumur lingkungan 5-6 tahun. Vintage. Copyright 1988 WWF. Original merchandise dari WWF. Kain 50/50. Memang emas untuk haritu. Aku akan simpan baju ni untuk diturunkan kat bakal anak lelaki aku agar dia tak lupa kewujudan Ultimate Warrior.

Front
Copyright

Bintang kecik - Aku minat gak dengan The Rockers. Harap-harap dapat baju dia nanti! Aminn..

2 comments:

en_me said...

teringat kebun haku kat jambi darat.. uhuhu

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر