Tuesday, May 18, 2010

Chaos JOHO!

Mamat ni dan Blanket Party memang chaos semalam. Walaupun dia ni ada penyakit darah tinggi! Salute!!

Bintang kecik - Baju lu memang champion!

Monday, May 17, 2010

BAZAAR JB ROCKS!!

Satu kawasan tarikan terbaru kat JB ni adalah Bazar JB. Sudah hampir 2 tahun Bazar JB ni wujud. Waktu operasi dari jam 7 malam hingga 1 pagi setiap hari. Lokasinya terletak di pusat bandar JB. Di belakang OCBC Bank. Senang je nak cari. Bazar JB ni juga dikenali dengan nama Pasar Karat. Macam-macam barang ada jual kat sini. Biasanya barang-barang 2nd hand la. Tp skang ni trend niaga kasut Crocs. Menyampah pulak aku. Dulu nak raya sibuk dengan baju Ed Hardy. Lawak! Gambar di atas tu adalah tapak perniagaan aku. So, kepada sesiapa nak beli baju-baju yang ada dalam blog aku dengan harga murah sikit boleh la cari aku di sini eh.
Sudah 1 tahun 4 bulan aku berniaga kat sini dan macam-macam ragam orang yang aku jumpa. Memang best. Naik meluat pun ada. Baju RM5 pun nak mintak kurang. Aduhai. Pening gak kepala aku. Biasa la orang Melayu. Semua nak murah. Tapi ada juga yang pemurah. Tak berkira. Orang macam ni aku suka. Yang paling aku meluat bila ada awek-awek yang konon-konon HOT (tapi muka pecah rumah atau kata lain muka tak siap!) boleh sound macam ni "Bang, ni baju 2nd eh? Eii, geli la..". Macam gampang. Dah tau ni Pasar Karat, yang korang nak cari baju kat butik tu apasal? Gi la CS ke, Jusco Tebrau ke. Bodoh. Memang aku sound direct je kat muka dorang. Tapi yang best bila ada regular customer. Tiap-tiap minggu datang beli baju dengan aku. Biasanya, regular customer ni aku bagi special price sikit. So, marilah jadi regular customer aku. Hehe..
Yang bestnya berniaga kat sini, aku dapat tambah kawan baru. Member-member yang niaga sebelah-sebelah aku. Pakcik jual barang antik kat belakang aku. Customer aku. Bertambah kawan-kawan aku. Banyak pahit manis berniaga kat sini. Berebut tapak dengan bahalol. Hari hujan dan banyak lagi. Tapi tu semua pengalaman dan pengajaran. Susah nak dapat woo...
So kat sini aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kekasih hati sebab selalu tolong dan berniaga sama-sama dengan aku. Matt Rebirth yang dulu berniaga sama-sama. Kawan-kawan yang selalu lepak dengan aku bila aku niaga. Kawan-kawan kat Bazaar JB dan semua orang yang lalu lalang depan tapak aku. Hehe.. Kepada customer The Good Old Things, boleh la datang melawat tapak aku di Bazar JB untuk dapat harga lebih murah. Hehe.. Waktu perniagaan aku pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Datang beb!

Bintang kecik - Geng-geng kamera JOHO, datang la review Bazar JB weh!!! Ada bran?!! HAHA..