Raja bolasepak dah tersungkur! Jelas kekecewaan di wajah mereka. Inilah hasilnya (lihat gambar di atas).. World Cup tahun ni dah lama tamat untuk aku bila Malaysia tak layak masuk World Cup lagi tahun ni. Bodo. Haha..
Bintang kecik - Nasib baik aku tak berjudi masa game Brazil - Belanda!
Tu la kau, nak style pun berpada-pada la. Kan dah tersungkur. Tapi kau ni Lady Gaga, apa ada hal. Cuba ko ni Fasha Sandha ke, Tiz Zaqyah ke.. kompom ko kena gelak kaw-kaw!
Aku mula mengenali band Sigur Rós ni pada tahun 2000. Lagu pertama yang aku dengar adalah 'Svefn-g-englar'. Pertama kali mendengar lagu ini aku seperti meremang dengan alunan muzik ambient post-rock mereka. Lantar tertarik hati untuk dig lagi pasal band ni. Sigur Rós berasal dari sebuah negara kecil iaitu Iceland. Iceland ni banyak melahirkan pemuzik yang hebat. Tak kira la dari jenis muzik apa. Antara mereka yang berasal dari Iceland ni adalah Bjork dan I Adapt (HC/Punk). Sigur Rós ditubuh kan pada tahun 1994 di Reykjavik, Iceland. Mereka merupakan sebuah band ambient post-rock dengan sentuhan emosional dan juga klasikal di mana setiap susunan lagu mereka sangat unik dan kreatif. Sigur Rós banyak membantu aku melayan emosi dengan setiap lagu mereka. Mood pasti berubah bila melayan lagu-lagu mereka ni. So, kat sini aku nak review sikit album-album Sigur Rós yang aku ada.
ágætis byrjun (2001) Dikeluarkan oleh: FatCat Records, UK Tracklist: 1. Intro 2. Svefn-g-englar 3. Starálfur 4. Flugufrelsarinn 5. Ný batterí 6. Hjartað hamast (bamm bamm bamm) 7. Viðrar vel til loftárása 8. Olsen olsen 9. ágætis byrjun 10. Avalon
Album ini dikeluarkan pada tahun 2001 oleh FatCat Recs. Album ini merupakan antara album yang terbaik oleh Sigur Rós pada pendapat aku. Terdapat 10 buah lagu termasuk 1 intro. Dalam album ini, Sigur Rós telah berjaya membuatkan aku melayang dengan sentuhan muzik mereka yang cukup ajaib. Aku susah untuk menyamakan muzik mereka dengan band-band lain yang pernah aku dengar. Susunan muzik mereka cukup kreatif. Melayang. Ambient. Penuh emosi. Ditambah pula dengan vokal high pitch oleh Jónsi Birgisson membuatkan ianya semakin menarik. Dari segi artwork packaging album ni nampak ringkas tapi menarik. Jangan harap nak cari lirik dalam booklet yang disertakan sebab korang pasti hampa. Mereka menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Iceland. Sepatah haram aku tak faham tapi tak mengapa sebab keindahan muzik mereka membuatkan aku dapat in dengan muzik mereka.
Ba Ba Ti Ki Di Do EP (2003) Dikeluarkan oleh: Sigur Rós Tracklist: 1. Ba Ba 2. Ti Ki 3. Di Da
Ok, ini adalah rilisan yang paling unik oleh Sigur Rós sendiri. Hanya terdapat 3 buah lagu yang dirakamkan secara langsung untuk Merce Cunningham's Dance Piece 'Split Sides' di Brooklyn Academy of Music, New York, US. Keunikan rilisan ini adalah kerana mereka merakam secara langsung sambil penari dari Merce Cunningham mempersembahkan tarian mereka mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Sigur Rós sendiri. Muzik yang dibawa oleh mereka untuk rilisan kali ini adalah lebih ke arah ambient. Ianya seperti sebuah soundtrack yang cukup hebat. Tiada suara oleh Jónsi Birgisson. Untuk projek ini, menurut info, Radiohead juga terlibat. Bagaimana pun, Radiohead tidak mengeluarkan rakaman mereka dalam bentuk yang rasmi.
Takk... (2005) Dikeluarkan oleh: Universal Music Ltd. Tracklist: 1. Takk... 2. Glósóli 3. Hoppípolla 4. Með blóðnasir 5. Sé lest 6. Sæglópur 7. Mílanó 8. Gong 9. Andvari 10. Svo hljótt 11. Heysátan
Album paling hebat oleh Sigur Rós. Dari segi packaging, Sigur Rós tak pernah menghampakan aku. Cuma yang aku menyirap susah sangat dorang ni nak sertakan booklet. Tetapi untuk pengumpul CD macam aku ni, design packaging Sigur Rós memang champion. Terlalu unik, memang in dengan muzik yang diorang ni sampaikan. Untuk album Takk.. ini, packaging nya seperti sebuah buku dengan hard-cover dan print embossed. Klasik. Aku cukup menggemari album ni. 3 minggu bertahan dalam CD player aku. Waktu yang sesuai nak mendengar album ni pada waktu malam dan sunyi. Baru la terasa ambient dia. 11 buah lagi yang pasti membuatkan korang semua melayang. Sound post-rock/ambient yang begitu terserlah. Part meletup yang sangat mengujakan. Apa lagi yang korang nak? Semua ada dalam album ni. Hoppípolla berjaya memenangi hati aku!1 of the best album by Sigur Rós."Monumental beauty. Extraordinary songs. Their masterpiece." - NME
Hvarf-Heim EP (2007)
Bahagian Hvarf
Bahagian Heim
Dikeluarkan oleh: EMI Records Ltd.
Tracklist: Hvarf CD 1. salka 2. hljómalind 3. í gær 4. von 5. hafsól
Heim CD 1. samskeyti 2. starálfur 3. vaka 4. ágætis byrjun 5. heysátan 6. von
Album ini didatangkan dengan 2 buah CD iaitu Hvarf dan juga Heim. Hvarf menampilkan 5 buah lagu yang belum pernah diriliskan dalam mana-mana album Sigur Rós sebelum ini. Manakala Heim pula menampilkan 6 buah lagu yang dirakam secara akustik. Lagu-lagu di dalam album Heim ini pula adalah lagu-lagu yang pernah dirakam di dalam album Sigur Rós sebelum ini. Keunikan album Heim ini adalah dalam bentuk rakaman secara akustik. Memang hebat. Peminat Sigur Rós harus memiliki album ini. 5 electric recording + 5 acoustic recording = awesome!
Jónsi & Alex 'Riceboy Sleep' (2009) Dikeluarkan oleh: EMI Records Ltd. Tracklist: 1. Happiness 2. Atlas Song 3. Indian Summer 4. Stokkseyri 5. Boy 1904 6. All The Big Trees 7. Daniell in The Sea 8. Howl 9. Sleeping Giant
Album ini merupakan projek kedua oleh vokalis Sigur Rós iaitu Jónsi Birgisson dan juga teman istimewanya Alex Somers. Pada tahun 2006, mereka telah mengeluarkan sebuah buku illustrasi yang diberi nama 'Riceboy Sleep' dan pada tahun 2009, mereka telah mengeluarkan album ini. Untuk pengetahuan korang, Jónsi Birgisson adalah seorang gay dan Alex Somers ni adalah pasangannya. Alex Somers juga telah lama bekerjasama dengan Sigur Rós dalam penghasilan artwork bagi kebanyakkan album Sigur Rós. 9 buah lagu instrumental telah dimuatkan di dalam album ini. Hasil kerja mereka berdua amat mengagumkan. Keindahan bunyi dan juga hasil kerja kreatif mereka berjaya membuatkan aku terpaku. Penuh dengan emosi, kesedihan, keindahan dan kegembiraan telah berjaya membuatkan album ini patut dimiliki oleh setiap peminat Sigur Rós. Mungkin album ini boleh dijadikan soundtrack dalam hidup korang? Hehe..
Jónsi Birgisson 'Go' (2010) Dikeluarkan oleh: EMI Records Ltd. Tracklist: 1. Go do 2. Animal Arithmetic 3. Tornado 4. Boy lilikoi 5. Sinking friendship 6. Kolnidur 7. Around us 8. Grow till tall 9. Hengilas
Projek solo oleh vokalis Sigur Rós iaitu Jónsi Birgisson, menampilkan 9 buah lagu yang energetic. Berbeza dengan muzik oleh Sigur Rós, Jónsi Birgisson telah memecah tradisi dengan menghasilkan muzik berbentuk pop/folk yang begitu menarik. Penuh dengan keindahan dan juga kegembiraan dalam setiap lagu yang dicipta. Susunan muzik yang begitu hebat dan kali ini Jónsi telah berjaya membuktikan keaslian muziknya. Its a must to all Sigur Rós fans out there!
Lu kena layan video ni. Buka sikit minda. F**k homophobes!
Buruk kan baju ni? Haa.. kepada sesiapa yang tak layan baju terpakai ni memang akan berfikiran camni. Tapi kepada orang yang menghargai atau pengumpul baju-baju terpakai ni mungkin akan berpendapat sebaliknya.
T-shirt ni aku perolehi semasa 'menyelam' di Bazar JB beberapa minggu yang lalu. Ada 1 bundle baru bukak dan aku memperolehinya dengan harga yang cukup berpatutan (tak boleh bagitau berapa RM). Agak 'kanchung' gak la bila dapat baju ni sebab printing nya jenis 'iron-on'. Kepada sesiapa yang tak tau apa tu 'iron-on' boleh la baca kat SINI. Kebiasaannya printing jenis 'iron-on' ni amat popular pada tahun 70'an dan juga awal 80'an kerana proses membuatnya mudah berbanding printing jenis dye.
Contoh tag Hanes dari 1910 hingga awal 1990-an
Berbalik kepada baju ni, tag pada baju ni juga membuat aku 'kanchung' sebab t-shirt jenama Hanes ni agak pelik. Aku belum pernah jumpa selama aku 'menyelam' kat Malaysia ni. Nak kata Jepun punya buatan, memang bukan sebab baju ni takde tulang. Nak kata US aku tak pernah jumpa langsung. Cari dalam internet pun tak jumpa. So, aku selalu surfing internet dan buka website DEFUNKD ni untuk cari maklumat pasal tag baju ni. Tapi still tak jumpa juga. Tanpa berlengah lagi aku terus email author website ni;
Hi james.. Fendy here from Malaysia. I own a blog call The Good Old Things that u've review on your page.I always surfing ur website and it's quite helpful for me to learn more about vintage tee.I love to read about the brands column. Its help me to know what years of the tag. So, i would like to ask you about a tee that i found last few days here in Malaysia. It's a Hanes tee but i dont know what year its produce. Can you help me? enclose here is the pic of the tee. 100% old cotton with glitter iron on printing.. Hope you can help me..TQ
Dan tidak sampai sehari, aku dapat reply dari author website tersebut;
hello! yes, i know yours well....favorite malaysian blog! http://www.defunkd.com/2010/02/16/hanes/ looks to be the late 1960s early 70s version
wow though amazing shirt. you should sell that one on eBay...it will get a lot of attention and $$ ....please let me know if you do and I will do a blog post about it.
could be really rare...I posted this in my forum: http://www.defunkd.com/forum/brands-f13/very-interesing-hanes-tag-and-elvis-shirt-t359.html
Jimmy J
Perghh, macam nak menjerit je bila baca email ni. Menurut mamat ni, baju yang aku dapat ni kemungkinan berasal dari akhir tahun 60'an atau awal 70'an. Aku pun tak lahir lagi tu (bermakna aku muda lagi). Dan yang best sekali bila dia cakap aku boleh dapat duit banyak-banyak kalau jual baju ni kat Ebay! Malangnya, aku tak terfikir lagi nak jual baju ni. Biar la aku simpan dulu. Mana tau 5 tahun lagi harga baju ni juta-juta. Pergi haji terus aku. So, kat sini aku nak cakap la, baju buruk ni kadang-kadang bernilai juga. Jangan pandang hina kat orang yang pergi dan beli baju-baju bundle ni. Apa kelas Topshop? Quiksilver? A|X? Agas boleh la..shoohh.. shoohh..
Bintang kecik - Jual je baju ni, aku nak terus kawen. Miss Daimen, sila standby!
Haha.. nak tergelak aku bila tengok video ni. A bunch of Psycho Moron Jewish buat bantahan kat depan kedai menjual pakaian dari jenama Freshjive sebab Freshjive keluarkan t-shirt yang memaparkan gambar Yasser Arafat. Apa yang lawaknya, JDL ni accuse yang Freshjive support terorrism. Hahaha.. What a loser and narrow minded jewish!
Situasi 1 (8:07 am 08 Jun 2010) Pelanggan 1: Isi pam 7 RM5 dengan rokok Dunhill 20 sekotak. Pekerja wanita bertudung: (Setelah mengambil rokok di belakang kaunter). Ok, ni rokoknya. Pelanggan 1: (Leka) Pekerja wanita bertudung: Bang..ni rokok!! (Dengan suara bernada tinggi) Pelanggan 1: (Berlalu pergi) Pekerja wanita bertudung: Bodoh betol!! Pagi-pagi dah pekak!!
Situasi 2 (8:09 am 08 Jun 2010) Seorang penunggang motosikal menghadapi masalah untuk mengisi minyak di pam 15. Dia memberi isyarat kepada pekerja wanita bertudung yang berada di kaunter dari pam 15.
Pekerja wanita bertudung: Bengap betol! Hari-hari isi minyak pun tak tau lagi!!
Peristiwa di atas berlaku ketika pelanggan ramai di dalam kedai serbaneka Shell tersebut. Aku berada di empat kejadian. Macam gampang!
*****
Situasi 3 ( 5:56 pm 08 Jun 2010) Sedang aku beratur nak bayar air tin Nescafe, seorang pelanggan di hadapan aku bertanya kepada pekerja Shell tersebut.
Pelanggan wanita cina: Excuse me. Did you sell Touch n Go card here? Pekerja lelaki lembut: I'm sorry, we didn't sell the card here. Pelanggan wanita cina: May I know where can i buy the card? Pekerja lelaki lembut: I'm not sure. (Sambil buat muka malas nak layan) Pelanggan wanita cina: Where is the nearest place that i can buy that card? Pekerja lelaki lembut: Not sure.
Pelanggan wanita tersebut berlalu pergi dengan hampa. Tiba-tiba..
Pekerja lelaki lembut: Bodoh. Aku cakap tak tau, tak paham-paham lagi!
Mak ai, kasar betol bahasa. Depan pelanggan lain pulak tu cakap camtu. Apa kena dengan pekerja Shell ni harini?
Dah lama sebenarnya aku tak review CD yang aku ada. Tiba-tiba sekarang ni aku naik semangat nak review. Time semangat ni elok buat cepat-cepat kan? CD ni aku baru dapat semalam daripada vokalis band ni sendiri semasa berada di Embrace Hall. Agak terharu juga la sebab dapat free je kan. Vokalis band ni bermain untuk band Kill The Apprentice di posisi drum. Okay, band ni berasal dari Queensland, Australia. Ni kali pertama aku dengar pasal band ni. Bila first time CD ni berada di tangan aku, aku tertarik dengan artworknya. Layout dan grafik memang terbaik. Tu yang membuatkan aku tak sabar nak dengar. Sumpah aku tak dapat nak bayangkan diorang ni main camne. So, tunggu kat rumah baru aku layan. Fuh..terbaik! 1st song yang cukup energetic. Riff guitar yang cukup tajam dan laju dah macam speed metal. Campur plak drum beat yang mantap dengan double paddle yang macam machine gun. Part vocal memang rock n roll! Aku classifiedkan music diorang ni horror punk rock n roll. Hehe.. Influence dari Misfits, Danzig, Tider Army dengan sedikit sentuhan punk rock. Apa yang menarik pada band ni ialah part sing-a-long time chorus yang membuatkan aku semangat. Pendapat aku, band ni telah berjaya mencipta satu genre music mereka sendiri. Susah sebenarnya aku nak samakan band ni dengan band-band lain. Tak macam certain band 'indie' kat sini. Cilok sebijik! Tak rare! Haha.. Album ni memuatkan 10 buah lagu yang sungguh powerful dan energetic. Takde lagu feveret aku dalam album ni sebab pada aku semua lagunya mempunyai feel yang berbeza. Semuanya best. Setakat ni dah 3 kali aku ulang CD ni tanpa henti. Biasanya aku ni kalo band yang aku minat memang lama la CD dia dalam player aku. Hehe.. Aku tak sure la sampai bila aku boleh bertahan dengar album ni sebab aku belum bosan lagi. Hehe.. Dari segi artwork sleeve CD ni pun terbaik. Berkonsepkan gothic dan horror. Lirik disertakan juga dalam booklet album ni. Ianya banyak berkisarkan tentang realiti kehidupan. Friendship, penipuan, kematian, mayat hidup semula dan banyak lagi. Memang dark. Aku bukan bodek sebab dapat CD ni free. Tapi ni lahir dari hati yang jujur. Hehe.. Kalau band ni baca pun bukan dia paham pun kan? Hehe.. So, aku syorkan kat music lover di luar sana, dig la pasal band ni. Tak rugi. Korang boleh klik kat sini untuk check page myspace diorang k. Sila dengar lagu dorang jugak!
Track list: 1. Prelude - Ressurection 2. Hellbound Train 3. Zero 4. Runs With The Wolves 5. So Long 6. Children Of The Dead
7. Last Breath 8. All Your Days 9. Downward Enemy 10. Terrorvision
Tahun ni 29 tahun. Belum kawen. Perot boncit. Sihat tubuh badan. Kuat makan. Tido lena. Suka mandi lambat. Nak kawen tahun depan. Berhati suci. Tengah jobless tapi berduit.