5hb Jun 2010. Aku pun tak tau kenapa gig pada hari ni aku semangat nak pegi. Dah lama aku tak pergi gig kat JB ni. Kawan-kawan sampai dah chop aku ni 'rare'. Tapi gig 'Who Say PUNK Is Dead 2' ni aku betol-betol semangat. Pagi-pagi dah bangun dan cari baju sesuai nak pakai ke gig ni. Hehe.. Biasa la, nak pergi gig kat Embrace Hall ni kena pakai santai-santai je sebab agak panas sikit. Gig ni dijadualkan bermula pada pukul 2 pm. Tapi biasa la, janji melayu.. Aku sampai pukul 3 pun tak start lagi. Ingatkan dah habis tapi bila jumpa Aji, dia cakap band pun tak sampai lagi. Adus.. Ni la yang susah buat gig kat Malaysia ni. Maybe next time, organizer kena letak kat flyers gig start pukul 11 am. Baru la band dan crowd datang pukul 2 pm. Hehe.. ni cadangan je la. Jam 4 pm baru menunjukkan crowd dan band datang. Aku dah semangat ni. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 setiap seorang dan percuma CD daripada band ...Whatever That Means. CD tau bukan CDr. Memang gerek!
Wesgem (JB punk rocker) Band 1st pada harini ialah Wesgem. Band projek dari Plague of Happiness, Damokis dan Syahid. Tapi posisi bass telah digantikan oleh Leman dari Priceless Stupid Box. Wesgem ni dah naikkan semangat aku dengan muzik punk rock bersahaja yang dinyanyikan oleh Nas POH. Lawak juga sebab diaorang ni main belasah je. nama lagu pun takde lagi. Tapi aku memang terhibur la. Diorang bawak 5 lagu sendiri dan 2 lagu cover dari Dewa 19 dan 1 lagi aku lupa. Hehe..
Finger Inc. (JB pop punk) Band kedua naik ke pentas ialah Finger Inc. dari JB. Band ni merupakan band projek dari band Priceless Stupid Box. Band ni juga turut dianggotai oleh 2 orang gadis yang memainkan peranan sebagai vokalis dan juga gitaris. Mutu persembahan mereka cukup memuaskan hati aku walaupun aku tengok crowd macam malu-malu nak joget-joget. Hehe.. Tapi pada pendapat aku, masih banyak yang perlu diperbaiki la. Dari segi muzik okay, cuma showmanship kena powerkan lagi. Anyway, 2 thumbs up dari aku untuk Finger Inc.
Berantakan (KL street punk) Band ketiga pula ialah Berantakan dari KL. Dianggotai oleh 3 orang adik beradik. Memang best bila dapat adik beradik punk! Hehe.. Energetic street punk yang sangat menyeronokkan. Bila dengar, ada sikit-sikit macam Defiance. Idea yang disampaikan oleh mereka ni memang radikal dan politikal. Boleh membuatkan kita semua berfikir. Banyak mengisarkan sistem yang banyak menindas golongan minoriti macam aku dan kita semua ni. Time ni aku tengok crowd dah mula havoc. Ada yang pogo, tolak menolak dan macam-macam lagi la. Best!
... Whatever That Means (Korean punk rockers) Waktu yang ditunggu-tunggu oleh aku dan kebanyakkan crowd yang datang. Whatever That Means dari Korea ini dianggotai oleh 2 orang mat saleh dari US (bekerja di Korea) dan 2 orang Korea. Gig kali ini merupakan gig terakhir mereka di Malaysia dan aku memang tak nak lepaskan peluang menyaksikan mereka secara live. Sebelum ni rakan-rakan di Embrace Hall telah berusaha mempromosikan band ni dengan memberi CDr mereka secara percuma kepada kawan-kawan dan aku juga memilikinya. Dah jatuh cinta, apa lagi kan? Kena la datang. Muzik pop punk yang sangat menghiburkan. Sound ala band-band Fat Wreck yang membolehkan crowd samok. Time ni, crowd dah tak boleh handle. Memang chaos. Aku pun sempat body slam. Hehe.. dah lama tak buat keje ni. So, jangan lepaskan peluang. Mereka membawakan lebih kurang 13 buah lagu. Aku rasa macam tak cukup. Crowd pun sama. Last-last dorang kena paksa bawak lagu Ramones! Hehe..padan muka!
Orkes Kaki Kayuh (JB/Indo anarcho bike punk) Selesai band dari Korea, crowd ditenangkan dengan muzik dari band yang sedang meningkat naik di sini. Orkes Kaki Kayuh dianggotai oleh beberapa rakan punk dari JB dan juga Indo. Muzik mereka mengingatkan aku kepada band Marjinal dari Indonesia cuma OKK ni lagi fun. Dangdut dia belasah. Country dia belasah. Rap pun dia belasah! Cukup menghiburkan hati aku. Aku baru 1st time tengok diorang ni perform. Sebelum ni just dengar orang review je pasal OKK ni. Padahal line up dia semua kawan-kawan rapat aku juga. Memang 'rare' la aku ni! Hehe.. OKK berjaya membuatkan aku gila sebab senyum sorang-sorang. Lirik memang politikal. Kalau budak-budak indie dengar aku rasa diorang tak in kot ngan OKK ni. Ahh.. indie sangat korang ni! 4 thumbs up to OKK! Memang gua akan follow band ni!
Kill The Apprentice (Aussie Garage Punk Rock n Roll) Band terakhir. Kill The Apprentice dari Australia. Band ni aku tak pernah dengar sebelum ni. So, sebelum diorang ni perform aku bisik-bisik kat kawan-kawan aku tanya diorang ni main camne. Hehe.. Ada yang cakap stoner rock, ada yang cakap garage punk. Whatever. Aku pergi kat booth dorang dan terus beli CD yang diorang bawa. Cuma RM10 dan percuma 2 lagi CD iaitu dari band The Wrath (side projek drummer KTA) dan compilation dari band-band Aussie. Bila tengok diorang ni dressing ada sikit-sikit macam psychobilly. Time ni aku dah dapat tangkap apa muzik yang akan diorang sampaikan. Hehe.. Waktunya telah tiba. KTA mula beraksi diatas pentas! Yup.. punk rock n roll! Terbaik! Guitar work yang sangat hebat. Bassist yang samuk dan juga vokalis yang energetik. Time ni crowd dah tak ingat dunia. Aksi mem'burger' telah diadakan. Gapur telah menjadi mangsa. Wak Kang terkehel bahu. Tapi semua enjoy. KTA telah membuatkan Embrace Hall menjadi havoc! Gile.. KTA telah membawakan lebih kurang 9 buah lagu untuk dihiburkan kepada crowd. Sorry, aku tak kira pulak bilangan lagu.
Lebih kurang jam 7.30 pm, semuanya selesai. Aku sangat berpuas hati walaupun crowd yang hadir lebih kurang 50 orang sahaja. Aku pun tak melepaskan peluang membeli sehelai baju Whatever That Means dan meminta mereka untuk menandatanganinya! Dan apa yang memeranjatkan aku ialah diorang cakap, aku orang pertama yang minta tandatangan diorang selama diorang buat band ni. Gile rare! Ye la, mana tau 1 hari nanti diorang jadi besar macam band-band MTV 'konon-konon' Punk. Untung aku. Baju yang diorang sign aku leh jual mahal. Haha..
Bila semua dah settle, rakan-rakan Embrace meminta kerjasama crowd yang hadir untuk memungut sampah yang ditinggalkan. Satu effort yang baik dan patut diamalkan. Sambil-sambil memungut sampah, crowd dihiburkan dengan nyanyian akustik merapu tapi sedap oleh Nas POH. Memang lawak. Semua terhibur. Sessi fotografi pun ada. Ni perkara wajib pada setiap gig kan. Aku pun join sekali. Saje buat kenangan. So, semuanya berjalan dengan lancar. Good. Clean. Fun.
Bintang kecik - Aku guna camera henpon je. Tak mampu lagi nak beli camera canggih!