Wednesday, October 29, 2008

Tuesday, October 28, 2008

Tag oleh Miss Daimen & Cik Cha Cha Cha

1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.Aku pun nak try tag la kawan2 aku:
1. Rambo
2. Apek Terror
3. Sin Chan
4. l.i.f.e
5. Farahwahida
6. Muor76
7. Ukee (i luv kuching)
8. Azmal PoH
9. Nas PoH
10. Pidah

Bintang kecik - muka aku huduh, so aku display badan aku yang huduh je la eh.

Thursday, October 23, 2008

Chicken Chop @ It Roo Cafe, JB




IT ROO CAFE. Alamat: 17, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-222 7780. Waktu perniagaan: 12.00 pm - 12.00 am. Jenis hidangan: western, hidangan cina dan tempatan.

Beberapa fakta mengenai It Roo Cafe:
  • Lokasi kedai ini adalah cukup strategik kerana ia terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Amat mudah untuk mencari kedai ini kerana ia terletak di kawasan 'pondan' yang terkenal di Johor Bahru. hehe..
  • Suasana di dalam kedai ini cukup santai. Ia mengekalkan konsep cafe era 80'an. Terdapat gambar-gambar old school yang digantung pada dinding kedai ini yang membolehkan kita berasa seperti berada di zaman tersebut.
  • Terdapat dua kawasan untuk kita makan iaitu di dalam dan di luar kedai. Di kawasan dalam adalah berhawa dingin dan merokok adalah di larang sama sekali. Di kawasan luar sangat santai dengan dikelilingi oleh pokok-pokok renek yang sengaja diletakkan di sekeliling kawasan kedai. Boleh merokok di luar.
  • Layanan yang cukup baik oleh pelayan kedai ini membuatkan aku selesa dan terasa dihargai dan dihormati. Terbaik.
  • Pernah dianugerahkan "The Best Chicken Chop" oleh surat khabar The Star pada tahun 2003. Kalian harus mencuba Chicken Chop di sini.
  • Set Chicken Chop disajikan sekali dengan hirisan tomato, timun, kacang hijau dan kentang yang dipotong dan digoreng sendiri. Kombinasi ini dapat mengurangkan rasa mual.
  • Saiz Chicken Chop yang agak besar boleh mengenyangkan perot yang sederhana besar macam aku.
  • Harga Chicken Chop di sini berpatutan dengan saiznya iaitu RM11. Harga-harga makanan dan minuman lain juga berpatutan antara RM2 hingga RM20. Jangan sesekali membandingkan harga di sini dengan warong-warong kecil di kampung anda!
  • Kawasan meletak kereta adalah terhad. Jika tidak bernasib baik, anda harus meletakkan kereta anda berhampiran dengan Plaza Kotaraya. Lantas kena berjalan kaki yang amat jauh dan membolehkan ketiak anda berlendir setibanya di sini. Jadi, berdoalah agar terdapat petak kosong di hadapan kedai ini. Membawa motosikal adalah amat digalakkan.
  • Sesuai untuk pasangan kekasih bermadu asmara sambil memakan makanan western. Tetapi diingatkan untuk membuat tempahan tempat duduk kerana tempat duduk adalah terhad.
bintang kecik - gambar-gambar di atas di ambil ketika aku berbuka puasa bersama kekasih hati dan ditemani oleh Wandi Novelea dan kekasih hatinya juga.

Rating - 3

Friday, October 17, 2008

Ah.. Belasah je!




Tepat pukul 3.00 petang ini, aku akan present seminar paper untuk penyelidikan Master aku. Lepas tu aku nak tidur puas-puas dan berpoye-poye dengan kekasih hati.

Dah..

Thursday, October 16, 2008

Surat seorang ibu..

Di kala mood raya masih ada..

Aku terjumpa video ni semasa melayari blog seorang sahabat aku. Saje aku nak kongsi dengan korang semua. Agak sedih bila aku melihat video di atas ni. Kita sebagai anak perlulah menghargai ibu bapa kita selagi mereka masih ada.

Syahdu..

Aku terasa rindu dekat kedua ibubapa aku. Sekarang ni mereka berada di Ireland bersama abang aku. Semalam aku mimpi mak aku. Mak aku bagi hadiah. Aku sayang mereka. Aku nak balas jasa mereka selagi mereka masih ada dan dapat melihat dan berkongsi kejayaan aku.

Aminn..

Bintang kecik - Aku anak mak!

Monday, October 13, 2008

T-shirt untuk di lelong/trade..

RADIOHEAD 'shrug' t-shirt by W.A.S.T.E


Baju Radiohead ni aku dapat pada tahun 2003 kalau tak silap aku. Abang aku belikan masa dia pergi ke konsert Radiohead di UK. Size M, condition 70% okay. Cuma colour dia dah pudar sket. Baju ni adalah original merchandise yang dikeluarkan oleh W.A.S.T.E (company yang dapat license keluarkan merch Radiohead). Aku sayang nak jual t-shirt ni tapi terpaksa. So, kepada sesiapa yang offer harga paling tinggi dan berpatutan, aku akan mempertimbangkan untuk menjual t-shirt ini.

bintang kecik - aku masih memikirkan samada nak jual atau tak t-shirt ni. Saiko aku cepat!!

DROPKICK MURPHYS 'USA' t-shirt



Baju ni aku aku baru dapat last week. Original dari US, sixe XL dan good condition lagi. Aku sayang juga nak jual t-shirt ni tapi disebabkan saiznya besar aku tak boleh nak pakai. So, kat sini aku nak lelong baju ni. Harga start RM30. Kepada sesiapa yang letak harga paling munasabah memang aku jual kat dia. Hehe..

Friday, October 10, 2008

Apa ada pada nama?





Nama si kecil ini (anak buah 1st aku) ialah Sarah Heidi Bte Izhan Fahmi.

Apa pendapat kamu? Manis bukan?

Thursday, October 9, 2008

Penerang hati..

Tatkala aku kebosanan, aku mendengar lagu dari band ni. Korang kena cekidaut band ni. Lukestar adalah sebuah band power pop dari Norway. Sebuah label dari Malaysia iaitu Quiet.Still.Dead Records telah mengambil inisiatif untuk meriliskan album mereka dalam bentuk kaset. So, enjoy video di bawah ni.

Bintang kecik - kena sabar tunggu dia loading!

LUKESTAR - WHITE SHADE



Rating - 3 1/2

7 hari yang macam haram..

Aku sekarang ni sedang bertungkus lumus menyiapkan report research master aku untuk presentation pada minggu depan. Aku ada 7 hari untuk menyiapkan semuanya. Stress betol aku sekarang ni. Tapi aku yakin dengan diri aku yang aku boleh buat semua tu. Bak kata sorang kawan aku, "belasah je..".

7 hari yang macam haram. Wish me luck!

*****

Haa..sambil bosan-bosan aku ada buat superhero test. Result aku adalah seperti di bawah. Tapi pada aku semua tu karut je. Aku main belasah je. Last-last kuar aku ni sebagai Green Lantern. Sorry, aku tak kenal sangat Green Lantern ni siapa. Pada aku, aku adalah aku. Green Lantern yang tiru aku. Takde personaliti langsung. Kalau tengok kat result tu pun, 75% je aku sama dengan Green Lantern. So, nampak sangat, aku adalah aku. Ha Ha..

Your results:
You are Green Lantern



Green Lantern
75%Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.


Click here to take the Superhero Personality Quiz




Dengan semangat superhero yang ada dalam diri aku ni, aku yakin aku dapat menyiapkan segala kerja aku. Aku kena tabah segala cabaran yang mendatang! Kamon endy!! Yu ken du it!!

Wednesday, October 8, 2008

Senandung Aidilfitri..

Signboard Sg. Jambi Darat, Rengit.

Pandangan hadapan rumah atok aku.

Parit di depan rumah atok aku.

Ayam peliharaan atok aku yang terlepas dari disembelih.

Proses memasak ketupat di petang raya.

Tahun ini, kami sekeluarga telah menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung sebelah abah aku di Sg. Jambi Darat, Rengit, Johor. Raya di sini meriah sikit berbanding raya di kampung sebelah mak aku di Parit Kadhi, Muar. Mungkin sebab family sebelah abah aku ni unite sikit berbanding sebelah mak aku. Di tambah pula dengan makcik-makcik aku yang kepoh serta kuat bergossip sambil memasak di dapur. Agak meriah.

Kami sekeluarga bertolak dari Johor Bahru pada hari Isnin (29hb September) dan tiba di Sg. Jambi Darat selepas waktu berbuka. Ketika itu, kesemua pakcik dan makcik aku dah pulang ke sana. Maybe nak standby masak ketupat, rendang daging dan ayam, sambal kacang, dan kuah lodeh. Suasana kat dapur time tu memang meriah. Aku asyik kena bahan bila nak kahwin.

"Ala, rilek la..umur baru nak masuk 27 tahun. Jiwa muda lagi.." aku reply.

"Calon akan dipertontonkan tak lama lagi ye.. Harap bersabar." aku tambah.

Walaupun suasana meriah tapi kadang-kadang sedih juga bila tengok nenek aku sedih terkenangkan arwah atuk aku yg telah pulang ke Rahmatullah pada 14 Ramadhan yang lalu. Aku pun kadang-kadang sebak gak bila terkenang kenangan beraya bersama. Atuk aku la yang selalu jaga api ketupat, arah pakcik-pakcik aku standby dengan kayu api. Kadang-kadang dia tidur dan pakcik-pakcik aku mengambil tugas menjaga api. Memang arwah la yang paling ceria time raya ni sebab semua anak-anak dia pulang beraya di kampung. Tapi tahun ini, semua itu hanya menjadi kenangan.

"Tolong jaga api ketupat tu jap.. Abah nak baring." abah sound aku.

Orait. Aku jaga api ketupat sambil menghembuskan asap rokok Pall Mall menthol (aku tak puasa pada hari tu atas sebab-sebab yang dibenarkan).

Pagi 1 Syawal..

Aku bangun lebih kurang pukul 7 pagi. Time ni memang berat sikit la sebab aku hanya dapat melelapkan mata lebih kurang jam 6 pagi. Tapi semangat nak raya berkobar-kobar. Tahun ni baju raya aku warna pink. Memang jambu. Family aku semua pakai warna pink. Nak sedondon la kononnya. Tapi hanya family aku je. Abah, mak, aku dan adik aku. Abang aku tak tahu warna apa sebab dia beraya di Ireland dengan akak ipar aku. Lepas sembahyang raya, kami semua pergi menziarahi kubur arwah atok aku. Berlinang juga air mata aku (aku memang cengeng sikit. Hehe..).

Pulang ke rumah atuk aku, perut aku dah mula berkeronchong. Memang kena isi perut ni. Kalau tak ia boleh membuatkan aku moody sepanjang hari. Aku belasah ketupat dan lauk-lauk sampingannya. Gentle sedap gile. Sampai aku berak dengan kadar kepuasan tahap maksima. (Perhatian: makanan yang di makan bertukar menjadi taik bukan darah daging! Darah daging??)

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Benda ni wajib dilakukan pada setiap pagi 1 Syawal. Bermaaf-maafan bersama sanak saudara dan untuk budak-budak kecik, time ni memang happening. Duit raya time. Aku dah di kategorikan sebagai lelaki pra-matang, so takde duit raya dah. Aku pun tak boleh bagi duit raya gak kat sepupu-sepupu aku yang kecik sebab aku pun budak sekolah. Selamat. Time bermaaf-maafan ni memang sedikit syahdu la sebab time ni je la time aku peluk dan cium parent aku. Biasanya salam cium tangan je.

Di Sg. Jambi Darat ni, kami mengamalkan tradisi mengadakan kenduri kesyukuran dan tahlil pada setiap 1 Syawal. Tapi 2 tahun sekali la bila semua sanak saudara semua berkumpul. Rumah atuk aku menjadi markas perkumpulan saudara-saudara aku semua. Atuk saudara aku semua serta anak dan cucunya akan berkumpul di rumah atuk aku untuk majlis ini. Kehadiran di anggarkan sebanyak 200 orang pada pagi tersebut. Time ni la aku nak refresh semula nama-nama saudara aku semua. Setelah tamat majlis, aku menghilangkan diri dan sambung tidur. Sedar-sedar, dah pukul 6 petang! Yes, aku tak beraya langsung.

*****

Fakta menarik 1 Syawal (1hb Oktober 2008)

  • 1 Syawal jatuh pada 1hb Oktober 2008 bersamaan dengan tarikh lahir aku yang ke-27. Dengan riaknya, semua umat Islam menyambut syawal merangkap besday aku! Aku bangga. Dua hari sebelum aku menyambut hari lahir aku yang ke-27, buah hati aku (Miss Daimen) telah menghadiahkan sehelai baju Black Flag yang sangat rare (lihat gambar di bawah). Sungguh riang hati ini bila membuka bungkusan hadiah yang diberi olehnya. Aku bangga. Aku bongkak buat seketika. Memang aku mengidamkan baju ini tetapi tidak mampu untuk membelinya. Saya sayang kamu Intan!

Bintang kecik - aku cukup segak bergaya dengan baju Black Flag ini. Perasaan: Bongkak!

  • Besday aku tahun ini aku takde dapat MMS gambar aku dengan si tonggeng macam tahun lepas. Tahniah!
  • Aku menyambut 1 Syawal (1hb Oktober 2008) dengan penyakit demam chikungunya. Malang sungguh. Antara tanda-tanda penyakit ini adalah; Demam panas mengejut sehingga 39 darjah Celcious, sakit teruk pada sendi, ruam pada badan (seperti rajah di bawah) dan sakit kepala. Penyakit ini sering disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

Ruam pada tangan

Ruam pada kaki.

  • Aku telah mengurangkan pengambilan ketupat, rendang, sambal kacang dan kuah lodeh pada hari tersebut. Hanya 2 ketul ketupat sahaja yang telah aku bantai. Tekak aku pahit. Selera kurang. Rasa macam nak mengamuk tapi mungkin ada hikmah disebalik penyakit aku ni. Berat badan pun tak la bertambah secara mendadak Syawal ni kan? Hehe.. Nak sedapkan hati sendiri.
  • Aku beraya dengan hand phone baru iaitu Sony Ericsson K810i. Perasaan bangga menyelubungi diri.
  • Yes. Aku bergelar pakcik pada 1 Syawal (1hb Oktober 2008). Akak ipar aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan (lihat rajah di bawah) seberat 3.5kg pada pukul 7 malam waktu tempatan di Dublin, Ireland. Lepas ni besday aku di sambut secara berduet.


Bintang kecik - Panggil aku Uncle Ngah!