Showing posts with label Lelong. Show all posts
Showing posts with label Lelong. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Jom kita kasi GEGO!!

16hb Julai 2010. Satu event gempak oleh komuniti JOHO. Macam-macam aturcara ada masa event ni. Ada live show dari local band, skate/bike/in-line demo, Motard autoshow dan juga Junk Sale. Lokasi di Bukit Timbalan, JB. Bermula dari jam 4.00 pm hingga lewat malam. Pastikan korang semua datang! Kat bawah ni adalah aturcara event tersebut ye:
4.00 pm hingga tamat

- Junk Sales
5.00 pm hingga 8.00 pm
- Laughter Yoga Workshop
- Open-mic session
- Skateboard demos
- BMX demos
- Fixie demos
- Motard (scrambler) Autoshow
8.30 pm hingga 9.30 pm
- Culture Malaysiana
9.30 pm hingga tamat
- GEGO live shows


So, di bawah ni peta lokasi di mana aturcara di atas akan dijalankan. Pastikan korang jangan sesat ye!

Kalau orang luar Johor nak datang, di bawah ni peta lokasi event GEGO ni akan diadakan. Senang je nak datang sini. Takkan sesat punya la!

Owh ya, blog shop aku juga akan buka booth kat event ni. Barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai. Kepada sesiapa yang geli nak pakai barangan terpakai ni, abaikan booth aku ye. Nak beli barang baru sila ke butik. Barang-barang yang aku akan jual kali ni ialah band tee, beg, kasut, buku dan juga CD. Kalau sesiapa yang nak dapatkan baju-baju band dengan harga special boleh la datang booth aku! Kepada yang nak beli secara online boleh la klik kat sini! So, kita jumpa pada 16hb Julai nanti ye!

Bintang kecik - For more info layari http://johobaru.blogspot.com/

Thursday, June 11, 2009

Hujung minggu ni weh!!

Jemput la datang! Sila bawa duit dalam kuantiti yang banyak ye! Barang baik-baik akan dijual pada hari tersebut! Chewaaahh...

Thursday, March 12, 2009

Orang tamak selalu rugi..

Dengan riak dan berlagak; memandangkan aku ada 3 helai t-shirt Radiohead (tag W.A.S.T.E) seperti di dalam gambar di atas, aku ingin menawarkan kepada sesiapa yang ingin trade sehelai t-shirt Radiohead dengan sehelai t-shirt koleksi anda! Hanya untuk trade sahaja. Yang kaler hitam tu. Yang 2 helai lagi tu sayang aku nak trade. Original merchandise tau.

So, give me your BEST offer! Agak-agak aku berkenan, korang berpeluang memiliki t-shirt Radiohead ni. Tapi jangan la offer nak trade dengan cup cake pulak. Memang sepak laju-laju perot kau nanti. Untuk keterangan lanjut, sila tengok sini.

Bintang kecik - Kalau sesiapa ada baju sigur ros bgtau ye.

Wednesday, February 11, 2009

Adohai.. badan aku gatal la pakai baju bundle! Wakluuu...


Macam sampah kan? Silap beb. Semua ni t-shirt band. Aku akan upload dalam blogshop aku. Macam-macam t-shirt band ada. Rajin-rajin la usha blogshop aku. Klik sini je. Mudah.

Sekian.

Bintang kecik - Kepada sesiapa yang tak pakai barangan terpakai, jangan sesekali tengok/baca entri ni.

Tuesday, January 13, 2009

Barang lama pun berharga juga kan? [Kewangan aku belum kukuh..]

Ada seorang kawan pernah bercakap dengan aku yang dia tak boleh pakai barang-barang terpakai. Sebab nanti badan dia gatal. Geli aku dengar. Manja sangat. Pada aku, kalau dah basuh baju tu, pakai je la dengan selamba. Kadang-kadang baju terpakai ni cantik. Lepas tu benda rare. Bernilai pula tu.
So, cuba klik sini. Ada barangan terpakai yang berharga tau!

Sumpah, aku tak tipu!

Friday, January 9, 2009

Lukisan comot pun ada harga juga kan? [Kewangan aku belum kukuh..]

Aku bukan seorang pelukis. Malah, dari sekolah rendah memang lukisan aku sentiasa comot. Tapi pernah sekali masa aku darjah 6 aku menang hadiah saguhati dalam pertandingan melukis. Itu pun setelah sorang kawan aku (yang sememangnya pakar melukis) telah membantu aku. Aku hanya mewarna je. Itulah pencapaian aku yang terbaik dalam bidang lukisan ni.

Tapi aku cukup suka dengan lukisan mamat ni. Nampak comot tapi penuh dengan maksud-maksud yang tersirat. Korang kena cekidaut la mamat ni. Dia peberet aku. Kalau nak tengok merchandise dia pun okay jugak. Just klik kat sini je.

Cerita hindi kadang-kadang best juga kan? [Kewangan tak kukuh lagi..]

Benda alah ni dah lama ada kat aku. Nak jual tapi tak terjual-jual. So, kalau sesiapa berminat, pergi la kat sini. Ada detail pasal benda ni semua. Benda ni pada aku rare. Sebab made in India. Original dari sana. Bukan Malaysia pressing. Tu yang rare. Lagi satu sebab kedua-dua cerita ni memang legend. Korang tak percaya, tanya parents korang. Mesti diorang pernah tengok cerita ni sambil nangis-nangis.

Gua tak tipu.

Thursday, January 8, 2009

Kewangan aku tak kukuh, aku nak jual barang-barang ni [Part 5]

Burberrys Collar neck t-shirt.

Esprit Cargo pants for men

Untuk keterangan lanjut, sila layari the-good-old-things.blogspot.com

Terima kasih.

Wednesday, January 7, 2009

Aku masih mempertimbangkan untuk menjualnya..


Ini merupakan piring hitam koleksi lagu-lagu terbaik Allahyarham P. Ramlee. Merupakan cetakan tahun 1973 oleh Regal Trademark Sdn. Bhd. Dihasilkan di Malaysia. Datang dengan 2 keping piring hitam dan gatefold cover.

Agak-agak ada yang berani letak harga? Hehe..

Tuesday, January 6, 2009

Kewangan aku tak kukuh, aku nak jual barang-barang ni [Part 4]

DIPLOMAT CLASSIC BRIEFCASE
Condition: 90%
Warna: Hitam
Harga: RM60

MALAYSIA AIRLINE SYSTEM VINTAGE BRIEFCASE
Condition: 80%
Warna: Putih Cream
Harga: RM70

Sila email: si.jambi.darat@gmail.com untuk berurusan. Sekian.

Bintang kecik - Harga boleh nego lagi. Hehe.. Semua harga di atas TIDAK termasuk post-paid. First come, first serve basis. Siapa bayar dulu, dia dapat. Ada banyak lagi barang aku nak jual. Nanti aku upload lagi eh.

Thursday, January 1, 2009

Kewangan aku tak kukuh, aku nak jual semua barang-barang ni [Part 3]

MISFITS (1999 Blue Grape Merch) (SOLD)
Saiz: XL
Condition: 90%
Printed: Depan
Harga: RM45

BECK 'Odelay' ALBUM
Saiz: XL
Condition: 90%
Printed: Depan/Belakang
Harga: RM45

AFTERBIRTH (Crust HC band)
Saiz: S
Condition: 90%
Printed: Depan
Harga: RM15

WOODSTOCK FESTIVAL (SOLD to Mat Anak Liar)
Saiz: M
Condition: 80%
Printed: Depan/Belakang (Tag Hanes made in USA)
Harga: RM30

THE GOONIES
Saiz: L
Condition: 90%
Printed: Depan
Harga: RM35

NARNIA (White Witch)
Saiz: S
Condition: 90%
Printed: Depan (glitters)
Harga: RM20

STAR WARS (Darth Maul) (SOLD)
Saiz: S
Condition: 80%
Printed: Depan
Harga: RM15

NAPOLEON DYNAMITE (Original merch.)
Saiz: M
Condition: 90%
Printed: Depan
Harga: RM20

MICKEY MOUSE (Vintage original merch)
Saiz: M
Condition: 90%
Printed: Depan
Harga: RM20

SNOOPY (Original merch)
Saiz: M
Condition: 90%
Printed: Depan/Belakang
Harga: RM20

COPPERTONE
Saiz: Youth L
Condition: 90%
Printed: Depan
Harga: RM15

PALESTINE (SOLD)
Saiz: M
Condition: 90%
Printed: Depan
Harga: RM15

Sila email: si.jambi.darat@gmail.com untuk berurusan. Sekian.

Bintang kecik - Harga boleh nego lagi. Hehe.. Semua harga di atas TIDAK termasuk post-paid. First come, first serve basis. Siapa bayar dulu, dia dapat. Ada banyak lagi barang aku nak jual. Nanti aku upload lagi eh.