Showing posts with label hati panas... Show all posts
Showing posts with label hati panas... Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

Entri ini menunjukkan aku macam bagus sangat!! Part 1

Okay, camni ceritanya. Dah lama aku pendam. Kali ni aku nak luahkan juga perasaan aku yang terbuku ni. Entri ni nampak macam aku ni bagus sangat je. Tapi aku peduli apa kan? Aku nak listkan perkara-perkara yang aku sangat benci dalam hidup aku sekarang ni. Kita mulakan ye!
  • Orang yang sangat trendy. Dulu bukan main indie. Seluar kaler-kaler. Dah macam pelangi aku tengok. Sekarang ni, hardcore tengah in. Semua dah pakai seluar pendek, kasut New Balance etc. baju hardcore. Yang paling best dah pandai joget hardcore. Rilek-rilek sudaa.. Lagi satu yang konon-konon radikal. Radikal ke radi'COOL'? Ah.. Lu pikir la sendiri!
  • Aku sekarang ni kemaruk menyelam. Satu yang aku paling benci bila kita tengak usha barang kat 1 row ni tiba-tiba ada mamat kancung yang menyelit depan aku! Ciss.. rilek-rilek sudaa.. Tunggu turn la bro! Nasib la siapa yang dapat emas dulu kan? Rezeki namanya kan?
  • Aku cukup sakit hati bila ada customer yang tanya macam-macam pasal barang yang aku jual kat blog aku lepas tu tak jadi beli. Paisey gua! Dah la tanya benda-benda remeh. Aduhai.
  • Lagi teruk kalo yang dah berjanji nak beli. Dah siap minta nombor acc tu, pastu tiba-tiba senyap. Spesis makhluk ni memang aku cukup menyampah. Aku terus black list!
  • Ada yang lagi lawak, SMS aku tanya barang ada ke tak. Bila aku cakap ada, dia pun senyap je. Apa point eh? Nak buang kredit sendiri ke? Lawak-lawak!
  • Orang yang selalu buat muka ketat. Susah ke nak senyum? Bukan kena bayar pun. Kejadian ni selalu berlaku kat bazar tempat aku niaga dengan kekasih hati. Biasanya penggemar muka ketat ni perempuan. Sorry, bukan bersifat sexist tapi kenyataan. Tak percaya sila tanya kekasih hati! Ye la, kalau dah berniaga mesti la kena promote barangan kita jual kan? So, bila kitorang promote sambil pelawa orang yang datang, ada la dua tiga pemuka ketat ni wat muka yang kalo korang tengok pun macam nak lempang. Rilek la kak! Kalau geli dengan barang-barang 2nd ni, tolong la jangan datang bazar. Buat semak la kak!!
  • Orang yang meludah merata-rata. Lagi-lagi kalau aku tengah makan. Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba ada mamat lalu sebelah meja aku, meneran kahak 1 kali dan dengan selambanya meludah! Cipet betol!
  • Orang yang suka backstab. Depan kita punya la baik. Belakang kita mengutuk kaw-kaw! Aku masih berdendam dengan budak Rantai mulut besar ni! Elak kena nyak je kalau kau balik JB. Haha.. "Call me a friend but you stab me in the back.. You pretend we get along.. Its all just an act you always use people to get what you need.. You take advantage of others to satisfy yourself - Friends Like You by Sick Of It All, 1987". Baru hardcore gini!

Akan bersambung..kalau aku rajin! Hehe

Tuesday, March 24, 2009

Aktiviti malam hari Jumaat dan Sabtu..

Bukan merempit. Tapi berniaga. Mencari rezeki yang halal. Setelah 3 minggu aku, kekasih hati dan seorang rakan; Mat tidak berniaga, pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu kami mengambil keputusan untuk berniaga. Seperti biasa, kami menjual barang-barang terpakai. Baju, beg, buku, CD, kaset, kasut dan banyak lagi. Masih ada manusia bahlol yang memandang hina kepada barangan-barangan terpakai ni. Sebagai contoh, ada satu kapel muda ni. Yang balak tengah tengok-tengok beg. Dia tunjuk kat awek dia satu beg ni.
"U, beg ni cantik la" kata si balak.
"Eii, tak branded la beg tu. Dah la orang lain pernah pakai." kata si awek.
Eii, bodoh sungguh awek tu. Kalau nak cari barang branded kenapa datang pasar karat tu? Pergi la butik-butik kat pasaraya besar tu. Agak bodoh dan bahlol juga perempuan tu (kenyataan ini tidak berbaur sexist ye!). Aku panas hati la dengar. Kebetulan ada beg Seed yang aku jual murah. Aku paksa la si balak tu beli. Alhamdulillah, si balak ni memahami. Dapat aku RM15. Hehe..
Kadang-kadang aku pelik dengan manusia-manusia macam ni. Apa, hina sangat ke barangan terpakai? Kalau korang pandai pilih, dapat la yang branded dan original. Malah lebih berkualiti dari barangan cap ayam yang melambak jual kat kedai-kedai di pasaraya besar (baca: Crossover/Damage). Dalam keadaan gawat macam ni, elok la spend duit tu kat barang-barang camni. Branded dan murah. Contohnya kalau beli baju bundle. Kalau geli sangat, balik rumah rendam dengan air panas ke, cuci 8 kali ke sampai bersih. Kan senang! Boleh bergaya juga kan? Jangan jadi bodoh dan bahlol. Aku respek dekat makcik dan pakcik yang aku rasa berada juga. Dorang beli barang-barang terpakai kat tempat aku. Siap puji-puji lagi barangan yang kami jual. Tak macam sesetengah orang muda ni. Berlagak je lebih. YUPPIES!!
Hasil jualan kami pada kedua-dua hari tu memang lumayan. Boleh la kalau nak makan ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tom yam campur untuk 8 org makan. Amacam? Ada berani?
*****
Macam biasa la. Sepanjang minggu lepas aku banyak melabur wang aku kat bundle-bundle sekitar Parit Raja, Batu Pahat dan juga Johor Bahru. Ni la dia hasil-hasil dari selaman aku dan kekasih hati sepanjang minggu lepas. Hehe..
  • Keith Haring t-shirt
  • Andy Warhol t-shirt
  • Super Lovers t-shirt
  • Nickleback t-shirt
  • Sheryl Crow t-shirt
  • Husking Bee t-shirt
  • Squeeze t-shirt
  • Snail Ramp t-shirt
  • Joe Strummer t-shirt
  • Rock in Japan Fest 2004 t-shirt
  • OC Supertones hoodie
  • Keith Haring hoodie
  • Jean-Michel Basquiat hoodie
  • 45 RPM hoodie
  • Hysteric Glamour hoodie
  • The Clash hoodie
  • Members Only jacket
Hasil minggu ni sangat meriah. Camne minggu depan plak ye?

Tuesday, March 10, 2009

Supporter konon.. Kalau dah kapitalis tu, memang kapitalis la!

One word: BULLSHIT!!


Bintang kecik - Sunburst anyone?

Wednesday, December 31, 2008

Bila indie tengah hot, semua nak jadi indie..

Sekadar gambar hiasan. Haha..
Macam gampang. Semua nak jadi indie. Apa yang indie sangat korang ni? Pakai baju 'Aku Budak Indie', 'Takkan Indie Hilang Di Dunia', 'Indie Mengiramakan Dunia' etc. dah kira indie ke? Scene muzik Malaysia dah macam apa aku tengok. Band-band tumbuh macam cendawan tumbuh kat taik lembu dah. Kualiti jangan cerita la. Ko dengar je la band ni. Rasa nak muntah plak. Tolong la buat muzik yang kreatif. Kalau orang luar dengar, malu je.

Bintang kecik - Anas, Toya, Icham & Bai. Tolong la buat band baru. Tunjuk sikit kat 'budak-budak' indie ni. Hahaha...

Friday, October 17, 2008

Ah.. Belasah je!




Tepat pukul 3.00 petang ini, aku akan present seminar paper untuk penyelidikan Master aku. Lepas tu aku nak tidur puas-puas dan berpoye-poye dengan kekasih hati.

Dah..

Thursday, September 18, 2008

Penipu..

16hb September 2008..
*****
Dengar kata ada tertubuhnya KERAjaan baru?
Takde pun..
Sekali lagi aku tertipu!!

bintang kecik - Politik negara ni SUCKS betol!!

Wednesday, September 10, 2008

Selsema biasa..BUKAN selsema burung!

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan. Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah:
  • sakit tekak
  • sakit kepala dan sakit badan
  • mata berair
  • demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • batuk, selalunya tanpa kahak
Rawatan
Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan
air yang banyak.
*****
Hari ini...

Apa yang aku dapat:
  • Bersin hampir 10 kali berturut-turut
  • Lubang hidung belah kanan, hingus meleleh tanpa henti
  • Lubang hidung belah kiri, tersumbat
  • Sakit kepala
  • Mata berair
  • Hati panas!!
Demm.. Dah la bulan puasa. Nak korek lebih-lebih hidung ni takut batal pula puasa ni! Siapa ada petua yang boleh menghilangkan selsema dalam masa 1 jam, sila bagitau aku. Ganjarannya; pahala di bulan Ramadhan!