Showing posts with label Muzik melayang... Show all posts
Showing posts with label Muzik melayang... Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Sigur Rós.. The Collection!

Antara koleksi album dan baju Sigur Rós.

Aku mula mengenali band Sigur Rós ni pada tahun 2000. Lagu pertama yang aku dengar adalah 'Svefn-g-englar'. Pertama kali mendengar lagu ini aku seperti meremang dengan alunan muzik ambient post-rock mereka. Lantar tertarik hati untuk dig lagi pasal band ni. Sigur Rós berasal dari sebuah negara kecil iaitu Iceland. Iceland ni banyak melahirkan pemuzik yang hebat. Tak kira la dari jenis muzik apa. Antara mereka yang berasal dari Iceland ni adalah Bjork dan I Adapt (HC/Punk). Sigur Rós ditubuh kan pada tahun 1994 di Reykjavik, Iceland. Mereka merupakan sebuah band ambient post-rock dengan sentuhan emosional dan juga klasikal di mana setiap susunan lagu mereka sangat unik dan kreatif. Sigur Rós banyak membantu aku melayan emosi dengan setiap lagu mereka. Mood pasti berubah bila melayan lagu-lagu mereka ni. So, kat sini aku nak review sikit album-album Sigur Rós yang aku ada.

ágætis byrjun (2001)
Dikeluarkan oleh: FatCat Records, UK
Tracklist:

1. Intro

2. Svefn-g-englar

3. Starálfur

4. Flugufrelsarinn

5. Ný batterí
6. Hjartað hamast (bamm bamm bamm)

7. Viðrar vel til loftárása
8. Olsen olsen

9. ágætis byrjun

10. Avalon


Album ini dikeluarkan pada tahun 2001 oleh FatCat Recs. Album ini merupakan antara album yang terbaik oleh Sigur Rós pada pendapat aku. Terdapat 10 buah lagu termasuk 1 intro. Dalam album ini, Sigur Rós telah berjaya membuatkan aku melayang dengan sentuhan muzik mereka yang cukup ajaib. Aku susah untuk menyamakan muzik mereka dengan band-band lain yang pernah aku dengar. Susunan muzik mereka cukup kreatif. Melayang. Ambient. Penuh emosi. Ditambah pula dengan vokal high pitch oleh Jónsi Birgisson membuatkan ianya semakin menarik. Dari segi artwork packaging album ni nampak ringkas tapi menarik. Jangan harap nak cari lirik dalam booklet yang disertakan sebab korang pasti hampa. Mereka menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Iceland. Sepatah haram aku tak faham tapi tak mengapa sebab keindahan muzik mereka membuatkan aku dapat in dengan muzik mereka.

Ba Ba Ti Ki Di Do EP (2003)
Dikeluarkan oleh: Sigur Rós
Tracklist:
1. Ba Ba
2. Ti Ki
3. Di Da


Ok, ini adalah rilisan yang paling unik oleh Sigur Rós sendiri. Hanya terdapat 3 buah lagu yang dirakamkan secara langsung untuk Merce Cunningham's Dance Piece 'Split Sides' di Brooklyn Academy of Music, New York, US. Keunikan rilisan ini adalah kerana mereka merakam secara langsung sambil penari dari Merce Cunningham mempersembahkan tarian mereka mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Sigur Rós sendiri. Muzik yang dibawa oleh mereka untuk rilisan kali ini adalah lebih ke arah ambient. Ianya seperti sebuah soundtrack yang cukup hebat. Tiada suara oleh Jónsi Birgisson. Untuk projek ini, menurut info, Radiohead juga terlibat. Bagaimana pun, Radiohead tidak mengeluarkan rakaman mereka dalam bentuk yang rasmi.

Takk... (2005)
Dikeluarkan oleh: Universal Music Ltd.
Tracklist:
1.
Takk...
2.
Glósóli
3.
Hoppípolla
4.
Með blóðnasir
5.
Sé lest
6.
Sæglópur
7.
Mílanó
8.
Gong
9.
Andvari
10.
Svo hljótt
11.
Heysátan

Album paling hebat oleh
Sigur Rós. Dari segi packaging, Sigur Rós tak pernah menghampakan aku. Cuma yang aku menyirap susah sangat dorang ni nak sertakan booklet. Tetapi untuk pengumpul CD macam aku ni, design packaging Sigur Rós memang champion. Terlalu unik, memang in dengan muzik yang diorang ni sampaikan. Untuk album Takk.. ini, packaging nya seperti sebuah buku dengan hard-cover dan print embossed. Klasik. Aku cukup menggemari album ni. 3 minggu bertahan dalam CD player aku. Waktu yang sesuai nak mendengar album ni pada waktu malam dan sunyi. Baru la terasa ambient dia. 11 buah lagi yang pasti membuatkan korang semua melayang. Sound post-rock/ambient yang begitu terserlah. Part meletup yang sangat mengujakan. Apa lagi yang korang nak? Semua ada dalam album ni. Hoppípolla berjaya memenangi hati aku!1 of the best album by Sigur Rós. "Monumental beauty. Extraordinary songs. Their masterpiece." - NME

Hvarf-Heim EP (2007)
Bahagian Hvarf
Bahagian Heim
Dikeluarkan oleh: EMI Records Ltd.
Tracklist:
Hvarf CD
1. salka
2. hljómalind
3. í gær
4. von
5. hafsól

Heim CD
1. samskeyti
2. starálfur
3. vaka
4. ágætis byrjun
5. heysátan
6. von


Album ini didatangkan dengan 2 buah CD iaitu Hvarf dan juga Heim. Hvarf menampilkan 5 buah lagu yang belum pernah diriliskan dalam mana-mana album Sigur Rós sebelum ini. Manakala Heim pula menampilkan 6 buah lagu yang dirakam secara akustik. Lagu-lagu di dalam album Heim ini pula adalah lagu-lagu yang pernah dirakam di dalam album Sigur Rós sebelum ini. Keunikan album Heim ini adalah dalam bentuk rakaman secara akustik. Memang hebat. Peminat Sigur Rós harus memiliki album ini. 5 electric recording + 5 acoustic recording = awesome!

Jónsi & Alex 'Riceboy Sleep' (2009)
Dikeluarkan oleh: EMI Records Ltd.
Tracklist:
1. Happiness
2. Atlas Song
3. Indian Summer
4. Stokkseyri
5. Boy 1904
6. All The Big Trees
7. Daniell in The Sea
8. Howl
9. Sleeping Giant


Album ini merupakan projek kedua oleh vokalis Sigur Rós iaitu Jónsi Birgisson dan juga teman istimewanya Alex Somers. Pada tahun 2006, mereka telah mengeluarkan sebuah buku illustrasi yang diberi nama 'Riceboy Sleep' dan pada tahun 2009, mereka telah mengeluarkan album ini. Untuk pengetahuan korang, Jónsi Birgisson adalah seorang gay dan Alex Somers ni adalah pasangannya. Alex Somers juga telah lama bekerjasama dengan Sigur Rós dalam penghasilan artwork bagi kebanyakkan album Sigur Rós. 9 buah lagu instrumental telah dimuatkan di dalam album ini. Hasil kerja mereka berdua amat mengagumkan. Keindahan bunyi dan juga hasil kerja kreatif mereka berjaya membuatkan aku terpaku. Penuh dengan emosi, kesedihan, keindahan dan kegembiraan telah berjaya membuatkan album ini patut dimiliki oleh setiap peminat Sigur Rós. Mungkin album ini boleh dijadikan soundtrack dalam hidup korang? Hehe..

Jónsi Birgisson 'Go' (2010)
Dikeluarkan oleh: EMI Records Ltd.
Tracklist:
1. Go do
2. Animal Arithmetic
3. Tornado
4. Boy lilikoi
5. Sinking friendship
6. Kolnidur
7. Around us
8. Grow till tall
9. Hengilas


Projek solo oleh vokalis Sigur Rós iaitu Jónsi Birgisson, menampilkan 9 buah lagu yang energetic. Berbeza dengan muzik oleh Sigur Rós, Jónsi Birgisson telah memecah tradisi dengan menghasilkan muzik berbentuk pop/folk yang begitu menarik. Penuh dengan keindahan dan juga kegembiraan dalam setiap lagu yang dicipta. Susunan muzik yang begitu hebat dan kali ini Jónsi telah berjaya membuktikan keaslian muziknya. Its a must to all Sigur Rós fans out there!

Lu kena layan video ni. Buka sikit minda. F**k homophobes!

Wednesday, February 3, 2010

Deepset! Mono!









30th January 2010. Deepset + Mono. 1 words = AWESOME!!

Thursday, January 8, 2009

Hardcore bukan hanya pada muzik tapi pada diri..[tajuk tiada kena-mengena dengan entri]



Langkah 1.
Lihat dan hayati video klip ini.

Langkah 2.
Ulang semula video klip ini sambil menutup mata. Kosongkan fikiran.

Tak nak kongsi apa yang korang terbayang?

Thursday, August 28, 2008

Soothing..

This is some of the latest CD I've got...

Deepset "the light we shed shall burn your eyes" CD
This is the latest album I've got this week. This CD is still playing in my CD player until today. Yes, I love this CD.
Previously know as Deepset Joy (now Deepset), it's no news to the people that Deepset is one of the most thoughtful and talented post-rock band coming from Kuala Lumpur. This Kuala Lumpur quartet has already released one self-titled EP a few back years. One good turn another, they've finally released an album called "The light we shed shall burn your eyes" is a masterpiece of relentless beauty and soul. They really put a strong sense of psychedelic ambience that adds a great effect to their songs and put out a unique atmosphere that only they can creat. The music rise and falls severals times as the melodies shift back and forth. After a little while, the music begins to slow down and recede, when as usual, the drums come in and the guitars distort and it grows and explode in the end and that time I just move my head to the melodies. All of their songs have their own blend of depression, angry, pain, happy and sometimes really makes me wanna cry. I don't know what to say. It feels like I'm walking down memory lane,memorizing my childhood years. The ups and downs I faced through the years of being a kids. Then face the truth reality of this fuck up world. The major problem that stems from this album is the fact that it sound remarkably similar to the mighty Japanese post-rocker, Mono but who cares as I really love this album so much. Deepset demonstrate with "The light we shed shall burn your eyes" that feelings and emotions can be provoke not by ear-crushing,heavy pounding noise but with simple melodies driven by true heart and soul. Really recommended!!

Rating - 4

Catch their showcase this Friday (29th Aug 2008)