
Tak sangka, ramai juga yang bagi nama pelik-pelik untuk hamster aku ni. Hehe.. Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus dan berusaha untuk memberikan nama yang paling comel. Sekarang aku senaraikan nama-nama tu:
- KID / SENDOH oleh Xam
- HENRY ROLLIN oleh Fahmi Embrace
- JONI ROTTEN oleh Jamshid Muor76
- RAMADHAN AL-MUBARAK oleh Apek
- ZOOEY DESCHANEL oleh Caon
- RAFIQUE oleh Abang Mat Tora
- SID VICIOUS oleh Wewet
- ADNAN oleh Rajuna
- CHEKODOK oleh Cik Cha
- COKI oleh Leng
- BJORK / HARON oleh Meor Lusuhone
- HOWDI oleh Rambo
- JANTAN oleh I-Sya
Fuh..menarik! Tapi aku nak minta maaf sebab tak dapat pilih antara nama-nama yang telah diberikan la. Last-last, aku dan kekasih hati telah sepakat nak bagi nama
JOJO kat hamster aku ni. Nanti yang betina aku bagi la nama
JIJIE plak. Hehe..
So, seperti yang dijanjikan iaitu sehelai baju band untuk nama yang terpilih terpaksa la aku batalkan. Tetapi ada berita baik. Kepada semua yang telah bekerja keras bagi nama-nama yang aku senarai kan tu, aku bagi
DISKAUN hebat kalau korang beli barang kat blogshop aku! So check blogshop aku. Klik
sini!

Jojo dengan aksi tido dia yang tak boleh blah!